Friday, December 30, 2011

BERAKHIRNYA CUTI SEKOLAH BERMULANYA TAHUN BARU 2012

Assalammualaikum wrt...

Kesunyian mula dirasai selepas seorang demi seorang anak2 saudara saya pulang ke rumah masing-masing. Daripada keriuhan gelak ketawa dan gurau senda mereka, sekarang hanya tinggal saya, suami, mak dan abah sahaja di rumah.

Selalunya, balik saja dari kerja...adalah yang menyambut kepulangan saya...dari dalam kereta lagi saya dah terfikir, "nak masak apa ye petang ni untuk budak2 tu?", bila balik rumah, tengok rumah bersepah..ada je suara yang lantang akan memarahi mereka..(suara saya la tu..), bila malam pulak, saya akan membentangkan tilam untuk mereka dan mereka secara automatiknya tahu dimana mereka nak baring dan tidur, pukul 12tengah malam, kedengaran periuk dan pinggan berlaga menandakan chef ican sedang memasakkan mee maggie untuk mereka makan bersama-sama manakala anak2 perempuan sedang nyenyak tidur, pukul 3/4 pagi..masih kedengaran suara anak2 saudara lelaki bermain game dan menonton perlawanan bola sepak, lewat jam 11 pagi, baru mereka terjaga dari tidur dan kedengaran suara opah mereka membebel akibat bangun lambat tadi dan semua itu tidak terkesan di hati mereka., kedengaran juga suara mereka yang ada ketikanya bertelagah, namun itu hanya sementara dan selepas itu kedengaran pula gelak ketawa mereka, menikmati makan tengah hari, minum petang dan makan malam bersama-sama, ada ketikanya si lelaki sibuk membodek uncle kamal mereka untuk ke IMAX.... Maghrib, kedengaran suara lunak mereka mengalunkan ayat2 suci al-quran dan muqaddam.. Ya Allah..aku rindu akan suasana seperti itu.

Sekarang mereka telah kembali ke pangkuan ibu bapa mereka untuk menunaikan tanggungjawab mereka sebagai seorang anak dan pelajar. Semoga menjadi anak2 yang soleh dan solehah, pelajar yang cerdik dan cemerlang.

Sesungguhnya kenangan cuti sekolah "balik kampung" ini akan senantiasa menjadi kenangan terindah buat kami semua. InsyaAllah, dengan izinNya jua, saya berharap agar, ianya akan dapat dinikmati untuk tahun2 akan datang.

Semoga Allah panjangkan umur kami semua,
sihatkan tubuh badan kami
untuk menikmati anugerah terindah dariMu Ya Allah....
Semoga Allah panjangkan umur bondaku dan ayahdaku
untuk melihat kejayaan demi kejayaan cucunda mereka
di masa akan datang....amin...




 
 
Terima kasih kerana membaca entry ini =)))

No comments:

Post a Comment