Friday, December 16, 2011

PERGINYA NENDAKU YANG TERSAYANG

Assalammualaikum wrt...

Kesedihan masih lagi menyelubungi diri ini. Antara percaya dengan tidak, kami sekeluarga telah kehilangan seorang yang menjadi tunggak utama dalam keluarga iaitu nendaku telah pergi buat selama-lamanya pada tanggal 13 Disember 2011 bersamaan dengan 17 Muharram 1433 Hijrah, hari Selasa jam 6.30 petang di kediaman kami. Kami perlu tabah dan redha dalam menerima kehilangan ini. Tiada siapa boleh menghalang janji Ilahi. Semuanya telah tertulis di luth MahfuzNya, bahawa mati itu PASTI , tidak akan lambat atau cepat walau sesaat.

Namun saya tetap bersyukur kerana diberi peluang untuk berbakti kepada opah saya di saaat akhir kematiannya. Mungkin rahmat tuhan tiada siapa boleh menyangkanya. Emak antara anak yang terpilih untuk berbakti kepada ibundanya dalam mengharungi sisa-sisa kehidupannya kerana sakit tua. Selepas ibu saudara menjaga opah, emak dengan rela hati menyuruh ibu saudara menghantar opah ke rumah kami kerana mak nak menjaga opah. Tanpa disangka, malam itu juga opah kena strok dan keesokkannya opah di bawa ke hospital dengan ambulans dan dimasukkan ke wad. Selama di hospital, mak saudara yang menjaganya.

Hampir 4 hari di Hospital, akhirnya opah dibenarkan keluar dan mak sekali lagi menyuruh adiknya membawa opah ke rumah kami. Keadaan opah semakin hari semakin teruk dan saya melihat sendiri perkembangan itu. Kami sekeluarga selalu mengikuti perkembangan opah walau dimana saja opah berada (di rumah anak2nya). Dua minggu opah berada di rumah kami, emak menyuapnya makan, minum, memandikannya. Saya dan suami berkesempatan berbakti kepada opah. Memandikannya, mengangkatnya kerana opah sudah tidak berdaya. Bangun tidur, balik kerja, balik dari jalan, wajah itu yang akan ditatap dahulu.

Perasaan sedih jelas terasa bila melihat keadaan opah di hari terakhir pemergiannya. Sebagai anak, emak mempunyai naluri yang kuat mengatakan opah dah semakin lemah. Opah tidak mahu makan sekalipun minum. Matanya tertutup rapat, hembusan nafasnya semakin lemah. Emak menghubungi adik2nya mengatakan keadaan opah semakin lemah dan meminta adik beradiknya untuk datang dan berkumpul di rumah.

Dikala saya pulang dari kerja, saya pelik melihat mak2 sedara (adik perempuan mak) ada di rumah. Keadaan opah memang lemah. Saya menyarankan agar memberi opah air glucose.. tapi apabila disuap ke mulutnya, opah tak boleh menelannya. Akhirnya bapa saudara saya (adik ipar mak) menyuruh opah dimandikan. Itulah kali terakhir bapa saudara saya dan anak2 perempuan opah memandikan opah dan melayan opah. Wajah opah tersenyum dikala melihat dia dilayan oleh anak2 perempuannya. Saya melihat opah memandang satu persatu anak2 perempuannya sambil tersenyum [tetiba rasa sebak bila dikenang balik.....]

Agak terkejut apabila melihat di belakang opah penuh dengan kesan lecur sedangkan semalam, tiada satu tanda lecuran pun dibelakang opah. Kelam kabut kami memandikan opah. Apa yang pelik, tiada kedengaran perkataan "sakit" dari mulut opah seperti selalu. Sepanjang mandi itu, opah sentiasa tersenyum.. Ya Allah... tiba-tiba menitis air mata mengenangkan semua ini. Terasa lebih sedih apabila opah terpaksa menanggung penderitaan sebegitu. Kami yang ada kat situ beranggapan.... mungkin sebab opah pakai pampers...dan kulitnya sensitive.

Selepas opah dimandikan, sekali lagi opah diangkat, dan kali ini opah terpaksa di ngerengkan ke tepi bagi memudahkan kami menyapu ubat. Saya sendiri dapat merasakan kesakitan itu. Tetapi tiada lagi suara jeritan "sakit" dari opah. Lama kami berbincang samaada nak membawa opah ke hospital atau tidak dan akhirnya keputusan diambil untuk membawa opah ke hospital dan biar saya sendiri yang menghubungi ambulans. Di saat itulah apabila kami memalingkan opah, Opah dah lemah dan tidak bermaya. Mak saudara sempat mengajar opah mengucap di saat akhir nafasnya. Ya Allah... hanya engkau yang tahu betapa sedihnya saya pada saat itu. Setelah mengharungi penderitaan sakit tua, akhirnya opah pergi jua meninggalkan kami untuk selama-lamanya.
 
Selepas isya', pada malam itu juga, opah dibawa balik ke rumah anak lelakinya (bapa saudara saya) di kampung. Berat hati untuk membenarkan mereka memindahkan opah ke sana, namun itu semua keputusan keluarga. Saudara mara opah ramai di kampung, dan saya akur dengan semua itu. Jenazah opah dibawa sambil diiringi doa dan air mata saya. Saya terasa kehilangannya. Hanya tempat baringan opah, tongkat dan bangku menjadi kenangannya.

Opah dikebumikan keesokkan paginya di tanah perkuburan di kampung halaman saya. Disaat opah dikafankan, terlihat wajah jernih dan ketengannya menemui penciptanya. kelihatan wajah opah bersih dan tersenyum. Ya Allah damaikanlah nendaku disana.

Dikala ini, tiada lagi kedengaran suara opah, senyumannya dan segala2nya. Selama arwah berada di rumah....kami adik beradik suka bergurau dengan opah....kini...semuanya tu tinggal kenangan pada kami semua.


Ya Allah,
Aku amat merinduinya,



Nendaku yang ku panggil OPAH,
Insan yang mengajar aku mengaji sehingga khatamnya Al-Quran dengan sebutan yang betul.
Apabila terseliuh saja tangan ini, opah terus mengambil minyak dan mengurutku,
Opah yang akan menyediakan sarapan pagi setiap kali kami tidur di rumahnya
Yang tidak pernah membenarkan kami pulang dengan tangan kosong,
Pasti ada buah-buahan atau gulai atau apa saja yang boleh diberi akan dibekalkan kepada kami.
Yang menemaniku dikala emak dan abah pergi menunaikan Fardhu Haji
Insan yang akan kelam kabut apabila tibanya musim perayaan..lemang, ketupat, dodol
Insan yang banyak berbakti kepada kampung halamannya....

Kini...
Insan ini telah pergi meninggalkan kami buat selama-lamanya
terbujur kaku tanpa kata-kata
Disaat dimandikan dan dikafankan...sehingga ke liang lahat...
wajahmu tetap dalam ingatan ini,
senyuman dan serinya wajahmu masih terbayang di mata ini.

Nendaku...ketahuilah bahawa rindu ini tidak akan pernah pudar
seperti laut yang tidak akan pernah berpisah dengan ombak :'(
Semoga nendaku damai di sana...

"Ya Allah, ampunilah dosa-dosa nendaku,
kasihanilah dia, lindungilah dia dan maafkanlah dia,
muliakanlah tempat kembalinya,
lapangkanlah kuburnya,
bersihkanlah dia dengan air salju dan air yang sejuk.
Bersihkanlah dia dari segala kesalahan,
sebagaimana Engkau telah membersihkan pakaian putih dari kotoran,
dan gantilah rumahnya -di dunia- dengan rumah yang lebih baik -di akhirat-
serta gantilah keluarganya -di dunia- dengan keluarga yang lebih baik,
dan pasangan di dunia dengan yang lebih baik.
Masukkanlah dia ke dalam surga-Mu
dan lindungilah dia dari siksaan kubur dan siksa api neraka"

Amin..amin..amin...Ya Rabbal'alamin



Cetusan rasa seorang cucu buat nendaku yang tersayang... :'( 





Terima kasih kerana membaca entry ini =)))

No comments:

Post a Comment