Monday, January 9, 2012

KENANGAN TAHUN 2011

Assalammualaikum wrt...

Syukur alhamdulillah kepadaMu Ya Allah kerana masih memberiku kudrat dan iradatMu untuk bernafas di muka bumiMu ini. Tahun 2011, banyak kenangan yang terkesan di hati dan naluri saya. Di penghujung tahun 2011 umpamanya, banyak berita2 yang mengejutkan.

Tanggal 23 Februari 2011, bapa saudara saya Mohd Sulaiman bin Ngah Abd. Ranie, telah kembali ke rahmatullah. Berita kematiannya mengejutkan kami sekeluarga kerana Oda meninggal secara mengejut akibat serangan jantung ketika sedang mengambil wuduk. Ketika mendapat berita kematian oda, saya sedang dalam perjalanan ke tempat kerja. Rasa macam tak boleh nak terus drive masa dapat tahu berita permergian Oda..... tapi sy gagahkan juga..... tiba je Office terus bgtahu yang saya EL kerana ada kematian.
 
Hanya Allah yang tahu akan perasaan saya ketika itu. Namun, kami sekeluarga harus redha dalam menerima qada' dan qadar Ilahi kerana sesungguhnya Dia yang menentukan segalanya. Kalau kita menyayanginya, kita kena ingat bahawa Allah lebih menyayanginya. Kita adalah hak Allah. Jadi kita perlu redha menerima segala-galanya. Kalau saya terasa sedih... apatah lagi anak-anak arwah... semoga Allah memberi ketabahan kepada mereka semua...amin...


Semoga bapa saudara kesayangan kami semua di tempatkan di kalangan hamba2Nya yang soleh dan beriman..... Semoga kita bertemu di taman2 syurga Ilahi....Allahumma Amin....


Bulan Disember 2011 - Pertama sekali, terkejut dengan berita kematian suami rakan sekolah akibat kemalangan jalan raya. Walaupun, saya dan dia tidak rapat, tetapi saya mengenalinya kerana kami satu sekolah dan di tingkatan yang sama... saya mengenali wajahnya namun, kami bukan sekelas. Sebagai manusia biasa, saya sedih dengan berita kematian itu kerana saya juga seorang isteri dan cukup memahami perasaannya akan kehilangan itu. Walaupun bukan saya yang megalaminya, namun, saya cuba meletakkan diri saya di tempat beliau...semestinya begitu berat untuk ditanggung..ditambah pula apabila menatap wajah anak2 yang masih kecil yang tidak mengeti apa-apa.

12.12.2011 (Isnin) - Ibu saudara saya Hajah Zaleha bt Mosmen dari Singapore, telah kembali ke rahmatullah. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya dan menempatkannya di kalangan hamba2Nya yang beriman. Kami sekeluarga tidak dapat menziarah jenazah kerana almahum opah masa itu berada di rumah saya dan keadaannya juga agak kritikal pada ketika itu.

13.12.2011 (Selasa) - Pada jam 6.25petang, nendaku Robiah bt Dion pula dijemput oleh Allah swt sehari selepas pemergian menantu tirinya. Maha SuciMu Ya Allah. Sesungguhnya dariMu kami datang dan kepadaMu jua kami dikembalikan. Kami sekeluarga redha dan pasrah menerima ketentuan yang Maha Agung.

21.12.2011 - Selang beberapa minggu kemudian, sekali lagi, saya dikejutkan dengan kematian suami teman baik saya ketika kami sama2 berkuliah....... Suaminya meninggal kerana menghidapi kanser. Tapi kali ni, saya benar2 terkejut kerana saya sendiri pergi ke majlis perkahwinan mereka dan masih teringat lagi anaknya nurin menggelar saya "acik pengantin" kerana melihat gambar2 saya di facebook. Menitis air mata mengenangkan nasib yang menimpa. Semestinya dia lebih sedih dari saya. Melihat wajah anak yang masih kecil yang masih memerlukan kasih sayang dan belaian seorang ayah. Ya Allah..Engkau tabahkanlah hati sahabatku untuk menerima segala ujian dan dugaanMu itu....

“Ya Allah!
Anugerahkanlah kematian kami dengan kematian yang baik lagi mulia,
lancarkan lidah kami mengucap kalimah “Lailahaillallah. ..”
semasa sakaratul maut menghampiri kami.

Amin..amin.. amin Yarobbal a’lamin..”

Semoga nafas yg terakhir, kita tetap dalam iman & pergi ke suatu tempat yg abadi bersama iman…Amin…


Yang pergi akan tetap pergi dan tidak akan kembali lagi... kita yang hidup ini perlu meneruskan kehidupan walau segetir mana sekalipun. Allah telah merancangkan sesuatu yang terbaik untuk kita. Percayalah..setiap ujian dan dugaanNya, pasti ada hikmah yang tidak ternilai harganya. Saya senantiasa mengingatkan diri saya sendiri supaya tidak lalai dan alpa... sekali diuji...kembalilah kita kepadanNya..sedarilah bahawa... apabila Allah menguji kita..itu tandanya Allah mengingati kita sekaligus menunjukkan bahawa Allah amat menyayangi kita.


Terima kasih kerana membaca entry ini =))

No comments:

Post a Comment