Tuesday, May 22, 2012

FAMILY TRIP TO KOREA DAY 1

Entry ni agak panjang....jadi bertabahlah membaca ye...

Alhamdulillah... kami selamat tiba di KLIA tepat jam 9.00 malam dan dijangka akan menaiki pesawat jam 11.00 malam. Kelihatan, kakak saya [yang tinggal di KL] telah bersedia menunggu kami bersama tour leader Pn Aisyah. Perasaan teruja menyelubungi diri. Ibaratnya badan disini, hati dan pemikiran semuanya dah sampai dahulu ke Korea.

Kami menaiki penerbangan Korean Air, dan ianya sangatlah selesa. Dibelakang bangku setiap penumpang disediakan monitor untuk kami menonton apa sahaja video, bermain game, mendengar lagu, informasi ketinggian kami di awanan, dan di negara mana kami berada semuanya disediakan [tiba-tiba macam jakun jee... haruslah....ni first time naik kapal terobang kot.......kesian kat saya kannn.....hehehee..]

Dijangkakan penerbangan kami mengambil masa selama 6 jam. Namun, terus terang saya katakan, sesungguhnya, saya tidak suka menaiki pesawat. Hanya berdoa agar cepatlah sampai ke destinasi. En suami, sibuk melihat video cerita kegemarannya selain bermain chess bersama-sama anak saudara saya ican. Jenuh jugalah saya mengalih-ngalihkan badan saya ke kiri dan ke kanan, menyandar di bahu suami semuanya rasa serba tak kena. "owh tuhan..percepatkanlah penerbangan ini..." ;(.


 
penerbangan Korean Air


 
Buat perangai dalam pesawat...hehehe

Bercerita mengenai pramugarinya, apa yang istimewanya, sanggul mereka di buat mengikut logo korean air. Salah seorang daripada mereka fasih berbahasa melayu. Setiap kali kapten membuat pengumuman, salah seorang pramugari itu akan transletkan apa yg diumumkan oleh kapten ke bahasa melayu [semua nak cite kannn....bosan tahap dewa dewi sangat....jadi sekecil2 benda semuanya saya record......hahahaa]

Disebabkan bosan dalam kalapl terbagng tu kan....makanya terkeluarlah semua gambar2 dibawah ini... layan kan aje okeh....



Pramugari yang setia melayan karenah penumpang....... ;))


 
snack kami di dalam pesawat..kacang ini sangat sedap....kerja saya...asyik mengunyap je dalam flight.....dah macam kambing!!!! hahahaaa....


 
makanan kami di dalam pesawat... ni signal pertama.....ahahaha...makanan2 yang bakal kami makan bila tiba di Korea nanti.....[andaian je nih....jangan percaya......ahahaaaa...]


Nampak takkkk........syukur kita ada makanan....dari yang tak ada tu.....[pujuk hati......hehehee....]

6 jam di dalam pesawat, amat menyeksakan (walaupun sebenarnya pesawat itu sangat selesa). Alhamdulillah, akhirnya, apabila kapten mengumumkan kami telahpun sampai ke Incheon International Airport Seoul, South Korea, perasaan yang tadi rasa tidak selesa bertukar menjadi teruja. Waktu Korea pada ketika itu tepat jam 6.00 pagi dimana waktu tempatan jam 5.00 pagi. Mudah sahaja kalau nak tahu waktu Malaysia dan waktu Korea. Jam kita lewat 1 jam dari Korea. Walaupun jam mereka menunjukkan jam 6.00 pagi, tetapi ianya seperti jam 9.00 pagi. Kalau di Malaysia, jam 6.00 pagi masih gelap, tetapi di Korea, jam 6.00 pagi hari dah terang.

Dari dalam pesawat lagi dah kelihatan kabus tebal dan ada di beberapa kawasan di situ diliputi salji. Rasa tak sabar nak turun dari pesawat melihat dan merasai sendiri keadaan itu. [sangat teruja]

Selepas melepasi landasan, kami semua mula merasa teruja. Apa tidaknya, kesejukkan mula terasa hingga ke tulang. Kami sempat pergi ke toilet, almaklumlah, selama 6 jam berada di dalam pesawat, kami sekali pun tidak ke toilet, jadi untuk lebih merasa selesa, kami terus sahaja menuju ke toilet yang disediakan, mungkin lebih selesa. Ternyata ianya tidaklah menghampakan. Mungkin menjaga kualiti dan standard mereka di pintu masuk negara Korea, toiletnya sangatlah bersih. Semuanya menggunakan sensor. Tapiiii...harus ingat ya...tak ada air...soo...faham sendiri la ye... hahaha

Selepas melepasi emigration, Pn Aisyah membawa kumpulan kami [muslim tour] untuk mengambil luggage. Kami dinasihatkan untuk mengenakan baju sejuk, sarung tangan dan memakai long john, kerana keadaan cuaca yang sangat sejuk. Kalau tak silap saya, suhu pada ketika itu negative 4.

Selesai mengambil luggage, kami dibawa oleh Pn Aisyah untuk berjumpa Tour Leader yang akan membawa kami menjelajahi Korea iaitu Mr. Vincent. Di luar bangunan sementara menunggu bas penumpang yang akan membawa kami, cuaca sangatlah sejuk. Keluar sahaja dari bangunan airport, secara automatiknya mulut kami semua keluar asap. Ya Allah...terasa sangat2 teruja.... Pertama kali menikmati cuaca sesejuk itu. Pipi, mulut dan tangan hampir kebas. Terus sahaja saya mengenakan sarung tangan. Rasa macam tak tentu hala dengan keadaan seperti itu. Terlalu sejuk, hanya tuhan sahaja yang tahu. Di tambah pula dengan tiupan angin pagi menambahkan lagi kesejukkan kami. Dari situ, kami mula mengenali ahli kumpulan yang sama dengan kami dimana kesemuanya terdiri dari orang islam [dah namapun muslim tour kan]. Semuanya datang dari negeri dan daerah yang berbeza. Seronok juga berkenalan dengan mereka.



beginilah cuaca pagi di luar Incheon International Airport...sangat nyaman lagi menyejukkan


 
test asap keluar dari mulut... kejakunan kami2 semua mula teserlah disini.... hehehe


 
Sempat bergambar sebelum memulakan perjalanan dengan bas yang akan membawa kami.

"Anyeohasaeyo"... Di dalam bas, Mr. Vincent memperkenalkan dirinya dan driver yang akan setia membawa kami. Beliau menyerahkan helaian kertas yang menunjukkan translation dari korea ke english. Mr. Vincent fasih berbahasa inggeris dan sedia melayan setiap persoalan kami. Selain itu, jadual waktu solat juga dikepilkan sekali. Itu yang penting, walau dimana kita berada..senantiasalah mengingati Allah...kerana tanpa DIA... kita tidak akan mampu untuk ke mana-mana pun... Terima kasih Ya Allah..


 
Inilah Mr Vincent Tour Leader kami selama berada di Korea

Mr. Vincent mula memperkenalkan Korea dan menceritakan serba sedikit mengenai tempat2 yang akan kami lawati. Tempat pertama yang akan kami kunjungi ialah NAMI-ISLAND...

Ok, saya ceritakan sedikit mengenai Nami-Island. Dahulu, sebelum adanya cerita Winter Sonata, tempat itu hanyalah taman rekreasi keluarga. Sebenarnya banyak juga cerita ttg asal usul Nami-Island ni, tapi..ianya tidaklah begitu menarik dihati saya. Nami-Island mula menjadi famous selepas cerita winter sonata. Tempat itu sememangnya semulajadi cantik kerana berada di tengah-tengah pulau, cuma ianya tidak begitu diberi perhatian oleh pelancong. Hanya selepas cerita Winter Sonata yang memperkenalkan betapa cantiknya tempat itu, dan betapa romantiknya tempat itu, maka dari situ, ia mula di beri perhatian dan dijadikan sebagai salah satu tempat perlancongan yang utama di sana. Dan kerana cerita itu jugalah yang menarik saya dan kakak2 saya serta kami semua ke situ.

Perjalanan dari airport ke Nami Island mengambil masa selama 3 jam [lebih kurang]. Dalam perjalanan yang sejuk itu, kami semua sempat terlena. Mungkin kerana penat di dalam pesawat. Memang tak sedar diri kami semua tertidur. Tersedar sahaja, apabila Mr Vincent mengucapkan "Good Morning"... dan dari situ saya sempat melihat keadaan diluar dimana kesemua rumah diselaputi salji. Ya Allah...cantiknya dan sungguh indah ciptaanMu Ya Allah... kalau sabelum ini, saya hanya melihatnya melalui televisyen..tetapi kini saya melihatnya secara live... Disetiap rumah yang ada membela anjing, pasti di luar rumah ada terdapatnya rumah anjing yang sangat comel. Apa yang membuat saya kagum, kawasan perumahan mereka sangat bersih..seindah mata memandang. Malangnya, saya hanya boleh membawa balik ceritanya sahaja, kerana cermin bas di tinted[dan tak berapa cantik kalau ambik gambar]..ianya menyukarkan saya untuk mengambil gambar.

Hampir 3 jam perjalanan, akhirnya kami sampai ke destinasi yang menjadi keterujaan pelancong ke sana. Sekali lagi saya mengunjungi toilet mereka. Masih bersih walaupun beribu pengunjung yang datang kesana. Kerana tidak tahan dengan cuaca yang sangat sejuk [mungkin pertama kali badan saya merasai cuaca sesejuk itu] tangan rasa semacam nak beku, bibir pula dah terasa kebas, hidung mula berair... namun sempat kami semua ketawa sesama sendiri kerana kesemuanya merasai situasi yang sama dengan saya... ada yang hidungnya merah..bibirnya biru...hehehe... Dalam bas memang menyediakan air mineral..soo..apalagi..ambil je la air mineral tu kann...


 
sementara menunggu ahli yang lain membuat urusan..jom ambik haba di sini


 
di setiap tempat mmg ada unggun pemanas ini...



Al-maklumlah, kerana rasa tersangatlah sejuk... sementara menunggu yang lain membuat urusan dan temujanji mereka di toilet korea... [he he he]..en suami saya [mungkin kesian melihat saya] mengajak saya untuk membelanjakan won kami [buat pertama kalinya] untuk membeli sarung tangan baru dan mask. Kami pergi ke kedai yang berdekatan. 1000 won bersamaan dengan RM3... jumlah keseluruhan yang saya beli mask dan sarung tangan ialah 5500 won. Mr Vincent kata..ianya tidak berbaloi kerana mungkin tempat itu adalah tempat perlancongan. Tapi tak apa lah..sekurang-kurangnya saya ada kenangan yang hendak dibawa dari sana...sarung tangan crochet sulam bunga..... ;)))

Makanya, sayapun memakailah mask yang dibeli tadi... en suami mentertawakan saya dengan mengatakan saya seperti ninja korea.... ha ha ha.... apa nak buat..dah tak tahan... terpaksalah pakai jugak...rasa selesa sedikit memakai mask tersebut.

Berbalik kepada penjelajahan kami tadi. Untuk ke Nami-Island, kami perlu menaiki boat penumpang. Ya Allah...punyalah ramai manusia... dari pelbagai negara yang datang berkunjung ke sana. Bayangkanlah dengan cuaca sejuknya, manakala dengan anginnya lagi.... kami semua gagahkan juga untuk menerokai pulau yang paling romantik itu... Hampir setengah jam di dalam boat, sempat juga kami mengambil gambar kenangan, melihat air laut yang membeku, menikmati alam yang sejuk itu,...akhirnya kami sampai juga ke pulau romantik itu.


 
Inilah boat yang membawa kami ke Nami Island

 
sempat posing dalam boat 


 
dalam kesejukkan tu...masih berkeinginan nak ambil gambar di luar...memang tersangat2 lah sejuknya..tapii best... hehehe..

Melangkah turun dari boat, kami disambut oleh susunan pokok chestnut yang sangat cantik. Malangnya, tempat itu tidak diselaputi salji seperti yang saya bayangkan... Namun masih cantik. Kami menjelajahi tempat2 pengambaran cerita Winter Sonata. Masing2 tidak terlepas untuk mengambil gambar termasuklah kami adik beradik.


 
inilah Nami Island







Jam 12 tgh hari waktu Korea, kami dibawa ke restoran yang terdapat di situ untuk menikmati Nasi Goreng Kimchi. [Namanya macam menarik..tapii sedap ke....] belum cuba belum tahu... hehehe...


 
Menariknya...ianya disediakan di dalam bekas 4 segi nih... soo..sebelum buka..kena goncang goncang dan goncang.. awas ok..bekas nih sangat lah panas.... tapii jangan risau... kedai ni ada sediakan glove untuk kita pegang bekas yang panas nih.... sangat special...


 
 nilah dianya glove tuuu...soo..wajib pakai ye...


 
Taraaaaaa....beginilah rupanya nasi goreng kimchi nih bila dah dibuka... memula tu macam tak berselera je nak makan... tapiii bila dah rasa sekali... agaknya perut pun dah memang sangat lapar kan....dah nyanyi lagu keroncong pulak dia........so...sampai kehabisan jugaklah saya makan.... sedappp okeh... harus cuba...



hidangan nasi goreng kimchi ni dimakan bersama dengan sup jejari sayur ni...sangat lazat dan menyelerakan jugaklah....



ni nasi goreng seaweed khas untuk anak saudara saya... sedapp jugakkk.... hehehe

Apa yang menariknya restoran itu ialah...ianya terdapat logo halal yang dikeluarkan oleh kerajaan Korea. Keyakinan untuk menikmatinya itu 100% yakin. Kami meggelarkannya sendiri dengan nama nasi goreng shake..shake..shake... penyediaannya sangat istimewa...dan buat pertama kalinya kami semua makan kimchi. Mungkin kerana terlalu lapar atau cuaca sejuk yang membuatkan kami lebih berselera untuk makan nasi dengan sup jejari sayur yang panas...

Selesai menjamu selera, Mr Vincent yang kebetulan mula mesra dengan anak sedara saya ican, mula memanggil kami kerana tiba-tiba sahaja salji turun. Bagi kami semua yang belum pernah merasai salji yang sebenar, akhirnya dengan izin Allah...saya dapat merasakan salji yang turun ditangan saya. Seperti debuan kapas yang bila turun sahaja di tangan ianya akan cair dan sejuk. Malangnya ianya hanyalah sementara sahaja. Mungkin dalam masa hanya 5 hingga 10 minit salji turun. Namun saya masih bersyukur kerana diberi kesempatan itu pada hari pertama kami berada di sana. Mr Vincent menjelaskan, salji hanya akan turun lebat [jika berpandukan ramalan cuaca di Korea] pada hari Jumaat.




 
wajib ambik gambar dengan menampakkan susunan chestnut tree kat belakang tu...


 
teringin jugak nak bergambar ala-ala winter sonata....tapi versi muka melayulah..... =)))


 
orang salji dalam cerita "winter sonata"....dah kena contenglah tapiiii.....






 
panaskan kaki ;))

Selepas puas menjelajah pulau yang romantik itu [kaki pun dah naik kebas berjalan di atas pasir yang sejuk].. Kami di bawa oleh en driver bas ke Mount Sorak, lebih kurang 2 jam perjalanan dari Nami-Island. Sekali lagi kami semua mengukir mimpi2 indah di dalam lena setelah penat berjalan di Nami-Island.

Disepanjang perjalanan, kami melalui perkampungan orang2 korea. Dimana rata-rata mereka mungkin bekerja sebagai petani kerana terdapat banyaknya ladang2 yang diselaputi salji tebal. Saya juga melihat penduduk di sepanjang perjalanan ke Mount Sorak mengeringkan ikan di dalam cuaca yang lembap ini. Itu menjadi persoalan di minda saya yang akan saya ajukan kepada Tour Guide kami Mr. Vincent. Masih lagi kagum dengan keindahan suasana penduduk di sana. [Mungkin itu salah satu kawasan perkampungan orang Korea...] memasuki sahaja kawasan yang saya kira itu kawasan pergunungan, jalan raya dan keseluruhan rumah penuh diselaputi salji tebal. terasa sangat indah mata memandang. Pengalaman ini adalah pengalaman yang paling indah buat saya dan suami. Melihat sendiri, jentolak menolak ketulan ais di jalan raya, ketulan2 ais salji di lereng2 bukit dan diatap rumah...terdapat juga aliran air bukit yang membeku...Subhanallah... ye..benar... saya sangat teruja.

Hampir 2 jam perjalanan, akhirnya kami sampai ke destinasi kami iaitu MOUNT SORAK NATIONAL PARK. Turun sahaja dari bas, sekali lagi terasa kesejukkan yang teramat sangat kerana...suhu kali ini lebih sejuk berbanding tadi. Oleh kerana ianya kawasan pergunungan dan memandangkan hari pun dah petang, suhu semakin sejuk dan cuaca lembap. Kami gagahkan juga untuk berjalan menuju ke cable car sambil mengambil gambar2 kenangan.


 
Inilah dianya Mount Sorak... kami akan di bawa naik ke puncak sana..


 
berjalan dalam kesejukan yang berganda-ganda...sebab tu suruh pakai kasut yang bersesuaian.....part yang macam ni lah yang nak kena bertahannya..... hehehe....

Saya ceritakan sedikit mengenai Mount Sorak. Disini terdapatnya beruang yang habitat asalnya di Mount Sorak ni, ada ketika pengunjung boleh melihat sendiri beruang-beruang ini berkeliaran di kaki-kaki bukit. Beruang ini sangat istimewa kerana di bahagian dada beruang ini ada bulu bewarna putih yang berbentuk "V".

Hampir keseluruhan kawasan Mount Sorak ini diselaputi salji tebal. Namun, dalam kesejukkan saya, saya masih sempat bermain salji..menggengam dan merasai salji itu sendiri. Seperti menggenggam ais kepal... terus terang saya katakan pemandangan dan tempat ini sangat cantik... ianya semulajadi... berbaloi rasanya menikmati perjalanan hampir 2 jam dan akhirnya kami dihidangkan dengan keindahan alam semulajadi yang sangat mempersonakan.

Kami dibawa menaiki cable car untuk mendaki pergunungan Mount Sorak. MasyaAllah... pemandangan sememangnya sangat mempersonakan. Bayangkan... hanya menaiki cable car yang bergerak perlahan dan dipandu dengan komedenan penggunaan komputer dan elektrik, kami dapat mejelajahi puncak gunung yang tinggi itu. Betapa besarnya kekuasaan Ilahi dan cantiknya ciptaanNya itu tidak dapat digambarkan dengan kata-kata. Kami mendaki puncak pergunungan yang diselaputi salji sambil mengambil gambar kenangan. Mata kami disajikan dengan pemandangan yang sangat mempersonakan. Oleh kerana musim salji, saya berpendapat, kemungkinan besarnya, beruang-beruang itu berhibernasi...[pepandai je nih..jgn percaya okeh...hehehe]. Kami dijamukan dengan permandangan yang sangat indah. Merasai dan menikmati panorama keindahan di puncak gunung Mount Sorak sangat menenangkan jiwa.

Selesai menikmati keindahan alam yang indah ciptaan Ilahi... kami dibawa turun semula dengan cable car. Disepanjang perjalanan untuk menuju ke bas..saya dan suami sempat mengambil gambar2 kenangan berlatar belakangkan keindahan pokok2 yang semulajadi cantiknya.


 
cable car yg membawa kami ke puncak Mount Sorak

 
 
KAMI di puncak Mount Sorak

 
kemainnyalah saya posing gaya mcm tu......tgh terfikir....motip posing macam tu dah kenapa......ahahahaa.....


 
main ais batu.....selalu dapat tgk kat dalam peti ais yang bhgn beku tu je kan....tu pun yg jenis dedulu punya......hehehe.....


 
Family di Korea [muslim tour]... mereka semua sangat best!!! Nampak tak patung beruang kat belakang tu....ada bentuk "v" kat tengkuk dia tu.......


 
suasana yang sangat mempersonakan...


 
macam2 gaya.....


 
salji!!! Niat hati nak buat orang salji....tapiii takut kena tinggal....ahahaaa.....



Kami meninggalkan Mount Sorak dengan seribu kenangan yang indah. Di dalam bas, saya masih sempat melihat kembali gambar2 yang kami ambil di Mount Sorak... Ya Allah... aku bersyukur kerana diberi peluang untuk menikmati keindahan ciptaanMu...

Hampir 1 jam perjalanan, Mr. Vincent membawa kami ke hotel Sorak Kumho Resort, South Korea. Kami mendapat bilik yang sangat selesa seperti sebuah apartment yang tersedia dapur gas dan segala peralatan memasak. Apa yang istimewanya... Resort yang kami diami ini bertaraf 4 bintang. Terdapat sebuah bilik [jika kita nak baring dibawah/dilantai-tilam disediakan] seperti bilik Doraemon... [hehehee...sangat teruja] dimana lantainya diperbuat daripada buluh dan mengeluarkan haba.


 
bilik doraemon... Sizuka masih sempat berposing...en Sinuyo ambik gambar nih......hahaha

Pn Aisyah, pergi dari satu bilik ke bilik memberitahu kepada kami arah kiblat. Alhamdulillah...terasa segar selepas dapat membersihkan diri dan bersolat, kami bersiap untuk turun semula dan berkumpul di lobby hotel untuk ke destinasi seterusnya iaitu dinner seafood dan ke Daephoning Fish Market [pasar basah ikan]

Jam 7.00malam, waktu Korea - kami dibawa untuk makan malam di salah sebua restoran halal yang menyediakan masakan semuanya berasaskan Seafood. Keistimewaannya di restoran ini, adalah sup seafoodnya. Supnya sangat sedap. Kalau kat Malaysia, macam tomyam seafood, tetapi disana..supnya rasa seperti kari yang dicampur tomyan atau (lebih sedap dari itu) dan didalamnya penuh dengan ketam, udang, lala dan taufu. Hidangan wajib adalah kimchi... huhuhu...

Oleh kerana en Suami saya tidak makan seafood, Mr. Vincent dengan baik hatinya meminta tukang masak menyediakan nasi goreng kimchi bercampur telur untuk suami saya. Ternyata ianya tidak mengecewakan suami saya. Kami semua agak berselera menjamu selera pada malam itu ditambah dengan hidangan tambahan yang istimewa dari Malaysia iaitu sardin kering dan ikan bilis cabai....uuummmppp...sangat sedap okeh...


 
sup yang sangat sedap...



antara hidangan2 kimchi yang disediakan

 
 
nasi goreng kimchi telur untuk en suami saya... ;)))

Selesai memenuhkan perut... kami dibawa ke Daephoning Fish Market, dimana market ini dibuka 24 jam dan kesemua peniaga menjual hasil tangkapan mereka [hasil laut]. Apa yang membuatkan saya serta yang lagi berasa kagum... boleh dikatakan kesemua peniaga menjual hasil laut yang masih hidup.. kebanyakkan hasil laut yang dijual disitu adalah ketam, udang, ikan sebelah, sotong, siput, ikan buntal dan bermacam-macam jenis hidupan laut...dan kesemuanya masih hidup. Merekalah peniaga..mereka jugalah pemilik restoran.

Dalam perjalanan menjelajah Market tersebut, sempat saya memerhatikan salah seorang pembeli yang ingin makan disitu, membeli seekor ketam, lalu si peniaga mengambil ketam berkenaan, menimbang dan terus mengetuk ketam itu dengan kayu baseball lalu memasukkannya ke dalam bekas yang berhaba dan dikukus.. [alamak..kejam betul bila tengok cara mereka mematikan ketam itu..timbul pula rasa kasihan..almaklumlah..saya adalah pecinta binatang]. Begitulah yang dilakukan kepada ikan dan sewaktu dengannya.

Namun, satu perkara yang membuat saya tertarik disitu adalah kebersihannya. Terus terang saya katakan...ianya sangat bersih sehinggakan kesemua akuarium dan air hidupan di dalam akuarium bersih dan jernih tanpa ada bau hanyir dan sebagainya. Ternyata orang Korea sememangnya sangat menitik beratkan tentang kebersihan. Satu lagi pengalaman berguna yang akan saya bawa balik ke Malaysia Tanah air yang tercinta.








 
di semua gerai jual ikan mcm ni...

Jam 10 malam, kami balik semula ke hotel selepas penat menjelajag suku daripada percutian kami di Korea. Saya dan en suami saya, terus sahaja berkumpul di bilik kakak saya untuk menikmati maggie dan milo panas [milo instant yang dibawa khas dari Malaysia..hehehe]. Terasa nikmatnya hanya tuhan sahaja yang tahu...

Mr. Vincent pesan... tomorrow morning call at 6.30am... soo..selamat malam dunia... kita teruskan keterujaan kita esok k.... ;)))






Terima kasih kerana membaca entry ini =))

12 comments:

  1. Salam...wahh..tak penat ke berjam2 atas flight pastu berjam2 pulak atas bus..

    ReplyDelete
    Replies
    1. w'salam...

      maaf lambat reply.... =))

      penat dalam flight tu dah terubat bila melihat suasana yang sangat mempesonakan di Korea... hehehee...

      Delete
  2. salam...
    ritu vincent jugak yg bawa kami tour korea.

    ReplyDelete
    Replies
    1. w'salam...

      ye ke... best kalau dengan dia... =D

      best nye blog awak..... saya dah follow... salam perkenalan...

      Delete
  3. salam. baju sejuk sangat lawa okehh. awk beli kat mana? hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. w'salam... tq munira mohamed...
      ala..baju sejuk biasa2 je tu... kalau tgk kat butik2 yg jual baju sejuk..ada yang lebih lebih lawa lagiiii.... :))))

      Delete
    2. saya pun tgh buat preparation ni. tp punyalah susah nak cari bj sejuk yang cantik and yet tak terlalu mahal.. suggst lah sikit? hehehe

      Delete
    3. tak pastilah Munira..kerana lain kedai memang lain harga dan design nya... tambah pulak sekarang...mesti lagi banyak keluaran baju sejuk yg cantik2... hehehe
      Semasa saya ke UT SOGO kl untuk membeli barangan mcm sarung tangan semua tu... sempat jugak la tgk2 baju sejuk dia... barangannya agak murah berbanding tempat lain..cuba ke sana utk lihat sendiri..mana tahu ada yang berkenan di hati ;))))

      Delete
  4. nak tanya apa nama restoran kedai makan tu ye? dkt are sokcho ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Auni...

      entahlah..saya pun tak perasan nama tempat tu....sorry... ;)))

      Delete
  5. salam... awk bole x nak.tau amik.agent mane ye tok muslim tour.ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. w'salam....
      awak tgk page dia disini ya....
      [ramai yang email saya tanya.... tak pe lah...saya share disini]
      https://www.facebook.com/cuticuticeriamuslimpakej?fref=ts

      Delete