Tuesday, May 22, 2012

FAMILY TRIP TO KOREA DAY 2

Okey...kita sambung lagii percutian saya ke Korea untuk hari yang ke 2

Hari ini saya nak ceritakan tentang percutian hari kedua ketika berada di Korea. Mengikut kepada lampiran yang diberikan oleh Mr. Vincent kepada kami... kami akan melawati Teddy Bear Museum dan bermain ski...

Seawal jam 7.00 pagi, kami berkumpul di lobby hotel dengan membawa kesemua beg kerana kami akan bertukar ke hotel lain pula. Terasa sangat segar pagi ini. Selepas breakfast, saya, suami dan kakak2 saya sempat merakamkan kenangan di luar hotel yang diselaputi salji. Seperti orang jakun yang baru melihat salji tebal dihadapan perkarangan hotel, kami tidak lepaskan peluang untuk mengambil gambar kenangan di luar hotel. Bukan kami saya yang teruja, kesemua ahli kumpulan turut merasa teruja dan tidak lepaskan peluang untuk bergambar. Rupanya malam tadi, salji turun dengan lebatnya sewaktu kami semua lena diulit mimpi. 


 inilah sarapan pagi kami...salad, telur goreng, bebola sayur dan keropok sayur...
 Masih sempat nak berposing...hehehe..

Lepas tu terus keluar dan ambik gambar macam orang jakun bila tgk salji tebal kat depan hotel tu...
Selepas puas bergambar, kami dibawa oleh en driver ke TEDDY BEAR MUSEUM

Jaraknya hanya mengambil masa selama setengah jam perjalanan sahaja. Yang sangat gembira apabila ke sini adalah anak saudara saya Zara. Gembira dan ceria betul wajahnya apabila dapat melihat pelbagai jenis teddy bear. Bukan setakat Zara, saya pun teruja sama... geram betul melihat kesemua teddy bear tersebut. Ada teddy bear yang sedang menjahit, melakukan tugasan seharian, dan macam-macam lagi tetapi kesemuanya Teddy Bear... dari yang kecil sampailah besar.. di setiap sudut dan tempat. Tak cukup dengan itu, terdapat taman-taman yang menempatkan teddy bear yang cukup cantik yang dipanggil Teddy Bear Garden. 



 amboi-amboi... seronok betul budak kecik ni dapat bergambar dgn teddy bear













gambar-gambar yang saya share ni adalah antara koleksi teddy bear yang terdapat di dalam museum Teddy Bear ni. Sebenarnya ada banyak lagi..tapiii banyak sangat kan..cukup mana yang menarik di mata saya je la okeh.... Ni baru kat dalam museum..belum yang dekat luar..dia punya garden... 









 yang ni saja captured sebab sangat comel...rasa mcm nak taruh kat rumah je... hehehe

Hampir 1 jam berada di Teddy Bear Museum, kami dibawa ke tempat persalinan bagi persediaan untuk bermain Ski. Haa... yang ini sememangnya kesemuanya rasa teruja. Oleh kerana salji di tempat bermain ski mencapai tahap beku, kami diperlukan untuk memakai pakaian lengkap bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku. Wahh...tak sabarnya nak bermain ski.... wajib mencuba..kalau tak memang rugilahh.... Untuk pengetahuan anda semua... untuk bermain ski....kitaorang kena bayar RM150 [nilai duit kita] untuk bermain ski ni....bayaran ni termasuklah...baju..kasut dan peralatan bermain ski tu...tetapi tidak termasuk glove... yang tu kena beli...kalau nak senang..beli siap dari sini...murah sikit saya rasa..macam kitaorang.... memang travel dah bgtahu siap2...so... beli siap dari sini...kat sana main je.... hehehe... Boleh juga kalau tak nak main..tetapi sewa kasutnya sahaja.... so..kalau pergi dgn travel agency...diaorang pasti akan bgtahu pasal ni... kalau tak bagitahu..sila tanya ya....  Bayaran ni tidak termasuk di dalam pakej. Kenapa tidak termasuk dalam pakej... sebab ada dikalangan ahli kemungkinan besar tidak mahu bermain ski.


First sekali... kami dibawa ke tempat persalinan baju..kat situ...kita kena salin baju dan seluar pakai baju sejuk yang mereka sediakan mengikut size masing-masing.

Ok..kami dah salin baju...kat dalam tempat persalinan ini juga ada menjual glove..goggle dan macam2 keperluan lain la...harganya lebih kurang sini jugaklah...so..bagi sesiapa yang tak ada glove ke apa ke..boleh je beli kat sini dengan harga yang berpatutan.
yeah..kitaorang dah ready nak bermain ski.... teruja nak mam kannn.... hehehe...

Selesai semua sesi persalinan, kami di bawa ke sebuah restoran untuk makan tengahari. Restoran ini menyediakan kesemuanya sup sayur. Kali ni terasa kurang berselera..kerana hidangannya tidak menepati lidah kami semua. Seperti biasa..hidangan wajib kimchi pastinya ada... nak tak nak kami terpaksa makan juga demi mengumpul tenaga untuk bermain ski... hehehe...



Inilah restorannya.... nak kena tanggal kasut la pulak...hehehe...



seaneka kimchi ada dalam hidangan nih.... owhhh...



 Ni belakang kedai tu...tujuan melilau sampai ke belakang kedai..sebab rasa teruja salji yang penuh kat atas bumbung tu...hehee...lepas tu ternampak pulak..ada ladang kat belakang kedai tu..ladang kubis untuk dibuat kimchi..tapii malangnya..kesemua kubis tu mati...
Ni la dianya kubis yang mati disebabkan oleh salji...

Selesai menjamu selera dan menjelajah restoran tersebut...akhirnya kami dibawa ke Phoenix Park, South Seoul Korea... perjalanan mengambil masa sejam untuk sampai ke sana. Disepanjang perjalanan, terdapat banyak kedai yang menjual barangan bermain ski. Sememangnya permainan ski menjadi permainan utama disini ketika musim salji. Kami sampai di Phoenix Park Resort untuk check in ke bilik. Mr. Vincent memberi masa setengah jam untuk kami turun semula untuk mengambil peralatan bermain ski di Phoenix Ski Resort.








Kami di beri bilik yang betul2 bertentangan dengan tempat bermain ski. Saujana mata memandang. Terlalu ramai pengunjung yang berkunjung ke situ dari yang kecil sehinggalah yang dewasa dan keseluruhannya pandai bermain ski. Hotel yang kami duduki sangat selesa.



Dan rehat sekejap...Kami berkumpul semula di lobby hotel dan dibawa ke tempat mengambil kasut dan peralatan yang berada bersebelahan dengan hotel tersebut. Ya Allah... berat betul kasut yang terpaksa kami pakai...rasa mcm nak tercabut je pergelangan kaki... huhuhuu.... kata mr Vincent yang sabar dengan karenah kami semua..... itu demi menjaga udara sejuk untuk masuk ke dalam kaki yang kemungkinan besar, kalau tidak ketat, kaki boleh menjadi beku.


sukat saiz kaki
 okey dah dapat dah kasut mengikut saiz
Okeyyy..kami dah selesai pakai kasut dan ambik semua peralatan ski ditempat yang disediakan dan dah ready nak main ski.... yeah...

Begitu sukar untuk berjalan dengan kasut yang seberat itu, tetapi kami gagahkan juga. Mujur ada en suami yang selalu memegang tangan saya dan membantu saya membawa peralatan ski...(^____^) terima kasih en suami.

Wow... sampai sahaja ke tempat permainan, saya dapat melihat ramai juga peluncur2 ski yang professional yang mengelak-ngelak kami. Mr. Vincent yang juga pemain ski professional menjadi jurulatih kami yang baru nak bertatih ni. Dari tak tahu, kami akhirnya menjadi tahu..walaupun kami diberi kawasan berbukit yang kurang tingginya berbanding pemain yang professional. Segala teknik2 untuk bermain ski diajar oleh Mr. Vincent. Dan akhirnya, saya sudah pandai melucur bersama kayu ski... tetapi...asyik nak terjatuh je... hehehe...




 Pada mereka2 yang dah professional tu...boleh je meluncur dari tempat dan bukit yang tinggi...macam kitaorang yang baru nak merangkak2 ni...kat bawah bawahan je...hehehe...tu pun failed okeh...
 Kami yang baru belajar ni..memang kena pakai vest hijau ni..[mengikut kumpulan la kan...] sebab kalau terjatuh terlentang ke...yang pelucur professional tu tak kan marah dekat kitaorang ni..sebab baru je belajar kan...paling tidak pun depa akan mengelak kitaorang...
 Tengoklah begitu ramianya manusia masa nih....
tengok tu...anak saudara saya zara..dah jatuh..tapiii kuat semangat budak kecik nih...tak nangis tak apa..dia boleh bangun balikkk dan naik balik bukit ni pelan2... good girl la...

En suami dan Ican (anak saudara) saya, boleh meluncur dengan jayanya. Banyak kali juga mereka mencuba dan mencuba...dan akhirnya mereka berjaya seperti pemain professional [walaupun ada juga terjatuh-jatuh sampai terlentang.... hehehe]... yang penting..kami semua enjoy.... masa dihabiskan sehari suntuk untuk bermain ski. Dan... apa yang lebih menyeronokkan...kami boleh bermain sehingga lewat malam... berapa kali nak terjatuh ke..nak terlentang ke... ikut suka hatilah... Namun kami masih dibawah pemerhatian Mr. Vincent yang mengambil berat tentang keselamatan kami... 

Akhirnya saya dan kakak2 saya ambik gambar je la kannn setelah beberapa kali main jatuh..main jatuh dan main jatuh....... berposing...hehehee....








 owhhhh...my bolat dah terjatuh....masa nih jahatnya saya dan kakak2 saya gelakkan dia...dah macam nangka jatuh je.... hehehe
 gaya je lebih nih....


 auwwwww...masa nihh...tetiba je la pulak en hubby angkat saya..dia kata berat lah....ehhh yang berat tu bukan saya..kasut tuuu...kasut tu tauuu.... heheheee...









 Macam-macam gaya dan aksi... memang happy dan seronok sangat kat sini...WAJIB pergi kalau ke sini masa winter...pengalaman yang sangat2 menyeronokkan... serius..tak tipu....

Ni tempat untuk menghilangkan kesan2 salji kat kasut dan juga peralatan ski.


Sebelum balik...posing dulu...hehehe

Selepas penat bermain, kami akhirnya masuk ke bilik untuk menunaikan solat dan sempat berehat seketika sementara menunggu ke jam 6 petang untuk dibawa pergi makan malam. Sempat jugaklah pekena nescafe dan milo instant...memang terasa nikmat sesangat bila diminum di dalam cuaca yang sangat sejuk tu... 
 
Kami dinner di salah sebuah restoran yang menyediakan ikan salai yang paling famous di Korea. Kami diberi seorang seekor ikan salai..namun ianya tidaklah memenuhi selera kami semua. Tapi kalau ada cili dan bawang serta kicap...sudah pasti..ianya akan membuka selera kami semua... Orang korea ssangat suka makan sup sayur dan hidangan wajib adalah kimchi dan kerana itulah kulit orang korea sangat cantik dan lembap.


Nilah dianya ikan salai yang special tu...sorang dapat banyak nih.... memang tak larat nak habiskan...

Ok, bercerita mengenai ikan salai itu tadi..kenapa dikatakan ianya sangat famous di Korea.. Pada hari pertama, disepanjang perjalanan ke Mount Sorak, saya ada terlihat kebanyakkan penduduk-penduduk mengeringkan ikan di cuaca yang lembab itu. Sebenarnya, itulah ikan kering [yang tak berapa nak kering]. Ikan itu akan disalai dan dimakan. Menurut kata Mr. Vincent, ikan itu sengaja dikeringkan diwaktu cuaca lembap bagi mengekalkan rasa keaslian ikan tersebut. Itu antara menu yang istimewa ketika musim salji.

 Nasi yang dihidangkan di dalam mangkuk nih...
 Menu wajib..seaneka kimchi
 Sup sayur




Yang pasti, my hubby punya ikan sardin goreng tetap menjadi pilihan utama dan habissss.... hehehe... mak punya ikan bilis goreng cili juga menjadi tarikan semua ahli kumpulan kami.







Koleksi ginseng dan herba yang digunakan dalam masakan mereka
Kami diberi teh giseng sorang sebotol untuk mengembalikan tenaga yang hilang selepas penat bermain ski. Teh giseng ni Mr. Vincent yang belanja kami...En suami yang suka sangat minum...saya nak minum.... memang tak laaaa...hehehe... 
Tradisional betul...ni tuan kedai yang buat sendiri bagi mengelakkan pengunjung ke restorannya tak sejuk.... hehehe
Inilah dianya owner restoran nih....sangat sporting...
 Inilah dianya Restoran yang kami kunjungi tu....
 
Selesai menjamu selera, kami dibawa balik semula ke hotel untuk sesiapa yang nak bermain ski, boleh meneruskan permainan itu [dengan pengawasan Mr. Vincent] dan bagi sesiapa yang hanya ingin berehat, bolehlah berehat di bilik masing-masing. Saya dan suami mengambil keputusan untuk berehat di bilik...melepak di bilik kakak saya sambil menikmati milo panas dan maggie... terasa anagtlah nikmat sambil memerhatikan orang ramai yang bermain ski.

 Sempat berposing di lobby hotel..


Minum nescafe dan makan maggie sambil menikmati panorama ini... memang terbaik... hehehe...



Selamat malam korea... jumpa di entry yang seterusnya... ;)))



































No comments:

Post a Comment