Wednesday, May 23, 2012

FAMILY TRIP TO KOREA DAY 4

Kita sambung cerita Korea hari ke 4.

Seperti biasa, morning call pukul 6.30 pagi... Kami berkumpul di lobby hotel jam 7.30 pagi, kami dibawa ke Restoran Halal Pakistan untuk menikmati minum pagi yang sangat enak. Antara menunya, spaghetti kari, roti nan dan macam-macam lagii.. apa yang penting...sememangnya sangat enak.










 Ok...ni la kawasan yang perlu kami lalui utk ke restoran ni... mejoriti kedai disini kesemuanya milik orang islam arab... soo..sangat senang nak dapat makanan halal disini. Tapiii..kena tahan penat sikit lah ye..sebab kena jalan naik bukit nih.... atas lagiii masjid negeri...tapii kami akan singgah petang nanti... 



lihatlah buah strawberry nya yang sangatlah yummy...
 anggota bomba yang sangat sporting
Sementara menunggu bas yang tersekat dalam trafic jammed...kami ambik kesempatan utk bergambar di station minyak.... harga minyak mereka sangat mahal.....

Selepas puas bersarapan pagi, kami dibawa ke tempat-tempat penting di Seoul Korea Selatan. Antaranya, kami melawat ke tempat pentadbiran utama Korea Selatan iaitu BLUE HOUSE [Rumah president Korea Selatan]. Dahulunya, kawasan pentadbiran ini ditutup kepada orang luar. Pelancong dilarang masuk sama sekali. [sekarang pun hanya melihat dari jauh je... yang nampak hanya bumbung je...dan diawasi oleh pasukan polis yang ramai..]. 

 Polis ada dimana-mana bagi mengawasi keselamatan Presiden mereka.
 Blue House ada di belakang bangunan nih.
 Jom kita seberang jalan nak ke taman pulak....




kakak dan abang ipar saya di gong besar kebudayaan Korea

 Kami sempat melawat ke kawasan seberang blue house. Sempat mengambil gambar kenangan bersama tugu [patung yang menceritakan tentang pentadbiran di Korea] di taman yang cukup luas dalam cuaca yang sangat kedinginan dgn angin yang sepoi2 bahasa... sejuk ok..
 

Puas bergambar ke sana sini di sudut2 taman, kami seterusnya dibawa ke "THE FACE SHOP" [produk buatan Korea]. Produk ini ada dijual di Malaysia di dalam butik mereka sendiri... Kami diberi kad diskaun. Kegunaannya, apabila membeli produk mereka, kami akan diberi diskaun. Sempat melihat demo ttg produk mereka... semuanya berasaskan tumbuh-tumbuhan. Apa yang penting, ianya sangat murah kalau dibandingkan disini. Saya dan kakak2 saya sempatlah memborong mask, sunblock cream, pencuci muka dan banyak lagii... rasa puas hati kerana mmg tersangat murah kalau dibandingkan disini. Contohnya satu mask berharga 1000won = RM3[ada diskaun lagiii ok..]... memang sangat berbaloi, kalau ke sana..wajib beli produk ini banyak2 untuk dibawa balik ke Malaysia.  

Sementara menunggu yang lain sebuk bershopping...kakak saya berjumpa dengan pelancong dari Indonesia yang baik ini. Tiba-tiba boleh jadi mesra..katanya...
"kalau ke Bandung..jangan lupa hubungi saya yaaa....boleh kita berkenalan dengan lebih dekat lagii..."




Ok..kenapa ada gambar nih dan atas tu gambar en suami saya... masa kai menunggu yang lain sibuk bershopping... kami ternampak seorang pakcik tua..menaiki anak2 tangga nih dengan laju..Mungkin keadaan muka bumi di sini berbukit bukau... jadi mendaki bukit2 seperti ini adalah kebiasaan bagi penduduk di sini... dan percaya atau tidak... Mr Vincent berjalan lebih pantas dari kita semua...mengah jugaklah makcik dan pakcik nak kejar dia.... hehehee....



Dah berhabisan shopping barangan kecantikan, kami dibawa pula ke satu lagi hasil utama kerajaan Negara Korea iaitu GINSENG FACTORY [tempat-tempat ni WAJIB pergi] Kami diberi penjelasan tentang keluaran ginseng mereka yang sangat terkenal dan berkualiti. Bermacam-macam keluaran ginseng, ada berbentuk tablet, ada berbentuk minuman... yang pastinya ianya sangat pahit... Seronoknya, penerangan yang diberikan kepada kami menggunakan bahasa melayu..bangganya apabila bahasa sendiri didengari di negara luar. Ok, berbalik kepada ginseng itu tadi, ada juga dikalangan ahli kumpulan yang membeli ginseng itu. Kami sempat pergi ke kedai yang menjual produk2 yang kesemuanya berasaskan ginseng... coklat ginseng, teh ginseng, keropok dan kacang ginseng, gula2 ginseng... sekadar menjamu mata je la.... teringat kata salah seorang ahli kumpulan kami En. Mazlan yang sangat kelakar... "badan tak biasa dgn ginseng ni... tiba2 kalau aku makan...dengan aku2 sekali gol...." hehehe... 

Kami tidak dibenarkan utk mengambil gambar...huhuhu

Mencium bau ginseng yang agak memeningkan, kami kemudian dibawa untuk sekali lagi menjamu mata [especially kaum hawa] ke AMETHYST SHOWROOM. Kami diberi sedikit penjelasan mengenai keluaran batu kristal korea yang kesemuanya bewarna purple. Wahh..rasa sangat teruja melihat kilauan kristal yang pelbagai bentuk.. semuanya dijual dalam Dollar ok... 



Apa yang lebih menggembirakan saya... en suami saya menghadiahkan saya sebentuk cincin bertahtakan kristal amethyst... tersangat suka..terangat teruja... gamsahamnida en suamiku.... selain saya.. kakak saya juga dapat cincin yang sama corak dengan saya dihadiahkan oleh abg ipar saya kepadanya... wahh.. hari ni hari happy kami berdua... hehee...

Tersangat gembira menerima hadiah pemberian suami di kota Seoul... kami dibawa untuk menikmati satu lagi hidangan istimewa Korea Selatan iaitu sup ayam halal ginseng. Istimewanya sup ini, ayamnya direbus bersama-sama ginseng yang terkenal di Korea. Masuk je ke restoran itu, bau ginseng yang kuat menusuk ke dalam rongga hidung...alamak... kemudian kami dihidangkan dengan quarter ayam bersama sup ginseng [sorang satu mangkuk besar] dimana di dalam sup itu ada sedikit nasi dan sayuran. Hidangan wajib kimchi [pelbagai] disediakan sekali. Ermm... rasa sup agak menarik... sedap lah jugak... yang penting kita merasai kelainan jenis masakan di negara orang. Makan je la... selain bagus juga untuk kesihatan kita... ;)))

susunan ginseng yang berkualiti di restoran ini

 Jeruk lobak putih



 Ok..ni lah dianya bubur ayam ginseng....

selamat menjamu selera...hehee

Selesai makan tengahari, kami dibawa pula untuk bershopping di NAMDAEMUN MARKET. Namdaemun market antara market yang tersibuk sekali di Seoul Korea [kalau kat Malaysia mcm Petaling Street la dan di tgh2 KL]. Memandangkan kami pergi pada tarikh oriental celebration [perayaan orang korea] ramai manusia sibuk membeli belah untuk persediaan akhir perayaan mereka. Kami menyusuri lorong-lorong di Namdaemun Market dimana dikiri kanan lorong tersebut banyak kedai2 yang menjual barangan yang berjenama dan lebih banyak butik2 produk kecantikan. Bayangkanlah..di sepanjang perjalanan, kami disapa oleh wanita2 cantik yang mempromosikan produk kecantikan mereka..antaranya face shop dan macam-macam lagii... Dari pemerhatian saya, kulit orang-orang korea tersangatlah cantiknya. Mereka amat mementingkan kecantikan dari yang muda sampailah ke tua..dari wanita sampailah ke lelaki. Kagum betul dengan kesungguhan mereka dalam menjaga kecantikan diri. 




 Mata pun dah naik bling bling.... hahahaa...tapii saya tak beli banyak....hanya utk dibawa balik sebagai kenangan sahaja....harga....ermm... boleh tahan la jugak... Pada sesiapa yang suka dengan brooch yang terkenal dengan batu swarovski bolehlah memborong sakan ye....hehehe...

Berbalik kepada Namdaemun Market.... saya dan kakak2 saya sempatlah memborong kasut boot dimana harganya sangatlah berpatutan. Kami diberi masa 3 jam untuk menjelajah Namdaemun market yang sangat besar. Jenuh juga la berjalan. Konon nak mencari handphone jenama samsung yang famous di pasaran sekarang dengan harapan harganya lebih murah berbanding di negara kita kerana negara Korea adalah pengeluar utama jenama Samsung. Ermm.. masuk je kedai handphone... agak terpaku seketika.. harga lebih mahal berbanding di negara kita... huhuhu... tak pe la.. saya simpan duit untuk meningkatkan lagi perolehan negara sendiri... ;))) Kebanyakkan peniaga menjual barangan untuk musim sejuk..jadi kami hanya menjamu mata melihat fesyen2 terkini yang terkenal di Korea iaitu K-Pop... . Disana juga banyak terdapat restoran2... disebabkan pesaing yang banyak..pelbagai promosi diadakan bg menarik pelanggan masuk ke restoran mereka. Rekaan keunikkan restoran juga turut dititik beratkan....
 

Disebabkan tahun ni tahun Naga...jadi mereka menjual makanan ni yang berbentuk naga...macam unik je....


cantik dan comel sangat....kalau la ada baju mcm ni utk kucing....confirm saya akan belikan utk Tabby....hahahaa...owh lupa.... kat sini...banyak sangat jual baju utk anjing2... macam2 fesyen.... comel dan menarik.... 



Sama macam Petaling Street....hehehe...sangat sesak okeh...
 Di setiap lorong PASTI ada kedai kecantikkan dan kat depan kedai mesti ada awek2 cun mempromosikan produk kecantikan mereka


Disebabkan pesaingan yang hebat dalam pembukaan restoran yang terlalu banyak disini..mereka melakukan pelbagai cara bagi mempromosikan restoran mereka...dan 2 gambar [atas dan bawah] cara mereka mempromosikan restoran dan makanan yang ada di restoran mereka yang membuatkan mata saya terpaku dan terpegun melihat kesungguhan mereka mempromosikan menu2 dan harga tawaran yang diberikan.
 
Di celah2 lorong ini..terdapatnya restoran yang cantik seperti ini.






Selesai menjamu mata, akhirnya kami berkumpul semula di tempat yang dijanjikan... Kami dibawa untuk melihat persembahan istimewa oleh rakyat Korea Selatan iaitu Nanta Show. Kami dibawa masuk ke dalam theater bagi melihat sendiri persembahan secara live oleh anak2 muda korea selatan. Kami tidak dibenarkan untuk mengambil gambar dan merakam aksi2 anak2 muda itu dalam membuat persembahan. 



Saya ceritakan sedikit mengenai persembahan Nanta Show. Ianya terdiri dari 4 orang anak muda dan seorang pemilik restoran. Berkisar mengenai anak bos ingin belajar memasak bagi menyertai ujibakat masterchef [disana pun ada masterchef] . Jadi bapanya menyuruh anaknya belajar dengan 3 orang tukang masak profesional di restoran milik bapanya. 3 orang tukang masak ini apa lagii... mereka meregging la budak hingusan ini dengan membuat bermacam2 aksi dengan menggunakan pisau... [rasa takjub seketika melihat kepintaran dan kecekapan mereka dalam menggunkan pisau] dari babak ke babak [memasak live di situ] sampailah ke aksi mereka memasak kek dan sebagainya...semuanya dibuat live dan bahan2 yang betul2 bahan kek... bergaduh berebut pekerja wanita dan macam2 lagii sampailah akhirnya, mereka berjaya dan anak tokey restoran berkenaan akhirnya berjaya memasuki masterchef... sangat menarik dan wajib tengok!!!!...

Akhirnya kami dibawa untuk melawat ke INTERNATIONAL MOSQUE OF KOREA. Di satu tempat yang majoritinya semua beragama islam dari pelbagai negara. Kami terpaksa berjalan menyusuri jalan2 yang berbukit di mana dikiri kanan jalan itu kesemuanya menjual barangan halal khas untuk orang yang menganut agama islam dimana kebanyakkan kedainya adalah milik orang arab dan pakistan. Saya dan suami sempat singgah ke sebuah kedai menjual roti milik orang arab dan membeli roti dan sedikit manisan. Kami akhirnya sampai juga ke rumah Allah... Ya Allah..indahnya... hilang segala penat selepas melihat keindahan masjid tersebut.


 


Seterusnya kami dibawa menikmati makan malam di restoran halal pakistan yang sangat lazat...restoran itu juga ada menyediakan nasi briayani yang sangat sedap ok... kiranya makanan bukanlah masalah utama kami... yang menjadi masalah utamanya... masa yang singkat....cepat je nak balik Malaysia...huhuhuu...



Kita jumpa esok...saya akan ceritakan destinasi terakhir kami di Seoul Korea Selatan....


Selamat malam cinta... ;)))




18 comments:

  1. Replies
    1. Zie Noorzail

      Alhamdulillah..kenangan yang sangat indah.... =))

      Delete
  2. Salam Akak,
    Harga brooch bape ringgit yer untuk batu swaroski tuh. :)
    http://thefunnjoy.blogspot.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. w'salam...

      Hye Amanda Musa... salam perkenalan....
      Ok..harga brooch ada yang murah dan ada yang mahal. Tapi harga bermula dari 10,000 won = rm30.00 ++. Yang kecil 2 pasang 10,000 won [bergantung kepada kedai/gerai]. Pada saya la...[ni pendapat masing-masing]. Kualitinya sama je kat Semua House KL malahan saya rasa...di sini ada banyak corak dan bentuk yang lebih menarik. Tapi...kalau nak buat kenangan.... boleh la beli satu atau dua set.... =))

      Delete
    2. ooo..ok. harap dapat jumpa kedai yang murah. tq kak :)

      Delete
    3. Kedai dia sederet tu semua jual brooch...
      ok..u r most welcome n selamat bercuti ya... =))

      Delete
  3. Salam. Hi Alia jumpa blog ni masa google2 carik info korea, nice blog, gud info. akak folow dah. Nak kesana Insyaalah esok. nak tanya kat mana tempat shoping yg banyak jual hand beg?
    - Haneem -

    ReplyDelete
  4. w'salam....
    tq akak.... salam perkenalan ya...

    maaf kak lambat reply..saya baru je balik ke M'sia. Pastinya akak dah menjejakkan kaki ke bumi korea kan...dan pastinya seronok..tak sabar nak baca kisah2 menarik akak disana... =))

    ReplyDelete
  5. Salam, nak tanya samsung boleh ke beli di korea? Sistem nya sama ke dengan malaysia ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. w'salam Hapuni mean..

      Firstly..harganya jauh lebih mahal dari harga disini walaupun mereka adalah negara pengeluar.

      Keduanya... software dia tak sama... Jadi pada pandangan saya laa... tak berbaloi kalau beli disana.... tapiii terpulang la pada pendapat masing2.... ;))))

      Delete
  6. yeayy..akhirnya saya dah pergi ke korea tahun lepas.. rindu sangat nak pergi korea lagi. strawberry yang besar gedabak saya beli tahun lepas masa promosi kat Lotte Mall. 3 pack 10000Won. murah gila.. Masjid Korea yang nun kat atas bukit dengan air wuduk yang sejuk gila. Pakai hanbok dekat myeangdong...serius best gila.. harap dapat pergi lagi...
    http://thefunnjoy.blogspot.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Seronok kan Amanda Musa.....satu pengalaman yang tak dapat dlupakan.... mungkin lepas nih boleh cuba pergi musim lain pulak.... hehehe.... ;))))))

      Delete
    2. tau takpe..kalau sis rindu nk minum susu pisang, boleh beli dekat cold storage.hihi..akak nak pergi musim ape? nie tgh plan nk ke autumn, itupon kalau ada rezeki.. http://thefunnjoy.blogspot.com

      Delete
    3. InshaaAllah... Ada rezeki tu... Akak tak plan pun nk ke sana lg... Nk cuba ke negara lain dulu... Hihihi

      Delete
  7. Assalamualaikum, nk tye,product the face shop halal ke? Maaf sbb bertye,.sekadar ingin tahu,.sbb sye teringin memakai product korea,. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam Adeela Asmawi..

      Terima kasih kerana bertanya...dan saya pun mcm lupa ingatan untuk tulis di dalam entry ni mengenai halal atau tidak jenama The Face Shop ni.
      Kebanyakkan produk The Face Shop ni berasaskan tumbuh-tumbuhan... Apa yang saya dan kakak saya lakukan sebelum membeli...kami baca ingredient di belakang setiap produk yang kami nak beli. Selain kami banyak bertanya kepada Tourist guide kami ttg kandungan bahan di belakang produk tu..[kalau kami tak faham sebab kebanyakkannya tulis dalam bahasa korea].
      Selagi kandungan itu tertulis no animal derived ingredient...selagi itu ianya halal digunakan sebab ianya berasaskan tumbuh-tumbuhan.
      Kalau di sini... kat butik the Face Shop... Adeela boleh bertanya kepada sales girl ttg kandungan bahan dalam produk yang Adeela nak beli tu....atau baca ingredient di belakang produk tu ok....
      terima kasih sekali lagi ;)))

      Delete
  8. Bestnyer g korea...but sambung study kat korea lagi best kan....😇😘📖📚..pray for me on pt3 exam this year..huhuhu..1 hati lagi nk exam..😯😯....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Good luck for your pt3 nadia... semoga berjaya dengan cemerlang & mencapai apa yg diimpikan... 😉

      Delete