Wednesday, May 23, 2012

FAMILY TRIP TO KOREA DAY 5

Pejam celik pejam celik dah masuk hari terakhir kami berada di kota Seoul South Korea. Malam- saya sibuk mengemas barangan yang makin bertambah-tambah. Beg dah semakin sarat dengan barangan... terpaksa saya tinggalkan mee maggie untuk housekeeping mengambilnya. Selain itu, en suami saya terpaksa korbankan baju sejuknya [harga agak murah kalau dibandingkan yang lain] untuk memberi ruang kepada barangan yang baru untuk dibawa pulang sebagai kenangan dari Korea.

Morning call kali ni jam 7.30 pagi. Jam 8.30 pagi kami diminta untuk berkumpul di lobby hotel. Perjalanan kami diteruskan dengan sarapan pagi di Restoran Korea Pakistan [pernah pg restoran ni menikmati sup daging ginseng istimewa]. Memandangkan kebanyakkan penduduk kota telah pulang ke desa untuk meraikan Oriental celebration.. jadi lalu lintas di Seoul agak smooth..kurang sibuk berbanding selalu. [Macam orang kl balik ke kampung la utk perayaan hari raya puasa]. Kami menikmati sarapan pagi yang enak...


Berselera makan pagi-pagi nih..

Kami meneruskan perjalanan ke NATIONAL FOL MUSEUM OF KOREA bagi mengenali dengan lebih dekat lagi kebudayaan orang-orang korea. Istimewanya Museum ini.. terdapatnya banyak artifak2 lama yang masih dijaga sehingga kini di translate dalam bentuk tempat atau patung dalam penggunaannya..[sama je kot macam museum kat Malaysia...]







 12 jenis binatang mengikut tahun


Bersama tahun masing-masing.
Seterusnya kami dibawa ke NAMSANGGOL HANOK VILLAGE- ia merupakan Istana lama dan salah satu perkampungan diraja Korea pada dahulu kala dimana barangannya masih dikekalkan hingga kini. Tempatnya agak menarik kerana melalui penjelasan Mr. Vincent....raja itu diutamakan sehingga tapak untuk berjalan di hadapan istana juga terpaksa dilakukan dengan teliti untuk mengelakkan bunyi tapak kasut yang kuat sehingga menganggu raja. Terlalu banyak informasi yang kami perolehi ttg sistem diraja mereka. Semuanya menarik perhatian kami. Sememangnya sedari dahulu lagi... mereka bijak dalam mencipta peralatan.... Sehingga kini buyong2 yang menyimpan kimchi pada musim sejuk masih terdapat di istana berkenaan... lebih tertarik pada padlock dahulu kala yang masih kukuh ada di pintu istana selain tiang2 yang mempunyai maksud tersendiri yang berusia lebih 600 tahun.


 hahahaaa...sempat lagi tuh.....












Mr. Vincent menunjukkan kepada kami semua cara-cara bermain permainan ni...ni permainan tradisional negara mereka... kalau kita kat sini...macam gasing tu la... tapii gasing kita lagii mencabar dari gasing kat sana.... hehehehe...
 


Ni tempayan-tempayan asal yang digunakan untuk menyimpan kimchi ketika musim sejuk...kebanyakkan tempayan-tempayan ni dah rosak dan setengahnya masih elok.

Kata en suami saya yang menggunakan faktanya sendiri... ni tandas mereka.... jangan percaya okeh.... ntah betul fakta atau auta.... hehehe... tapiii bila di lihat dan diamati..macam betul je fakta en suami saya....ehhh entahlah.... hahahaa...hantam sajalah labi oiii...


Inilah istana raja dimana kesemua pembesar-pembesar diraja akan berkumpul...dan batu-batu dibawah itu adalah yang asal yang dibuat oleh penduduk2 dahulu kala. Jika diteliti dengan betul..susun atur batu2 tersebut tidak sama...inilah yang saya bgtahu tadi.....tujuan disusun berlekuk lekuk...bagi mengelakkan bunyi tapak kasut rakyat2 yang melalui kawasan istana ini supaya tidak mengganggu raja mereka. 
 

 sangatlah klasik....
Kesemua bahan binaan di istana ini adalah yang asal dan masih bertahan sehingga kini
almari-almari antik yang masih kukuh di dalam kamar salah satu rumah isteri2 raja.

Tiang yang berusia 600 dimana setiap susunan tiang ini mempunyai ceritanya tersendiri
maskot "welcome to Korea..." heheheee

Setelah puas menjelajah tentang sejarah diraja Korea, kami akhirnya dibawa ke satu kompleks yang menjual barangan berjenama [free duty]. Sekali lagi kami diberi kad diskaun bagi yang ingin membuat pembelian. Saya cuba comparekan harga barangan kosmatik [yang saya guna] dengan harga disana... bezanya RM20 satu barang. Dan..ingin diberitahu disini..kesemua barangan yang dijual adalah dalam Dollar ok.....soo..kami2 ni hanya menjamu mata je laa.... hehehe... Saya cuba untuk mencari perfume berjenama dengan harapan harganya lagii rendah berbanding disini... namun..harganya lebih kurang di negara kita..soo..buat apa nak beratkan beg kan... kita try tengok kat KLIA nanti lah...[kalau sempat la...].



Dah habis round dan tengok dan jenguk2 barangan yang berjenama itu..kami membuang masa mengambil gambar di luar kompleks yang exclusive itu....

Selesai menjamu mata, kami terus dibawa ke Kompleks free duty di Incheon International Airport, Seoul South Korea. Disana, bagi sesiapa yang ingin membuat pembungkusan barangan..bolehlah berbuat demikian tanpa bayaran. [buat apa pun... memberatkan tangan jee...]. Sempat lagi saya dan kakak2 saya memborong beberapa barangan kosmetik seperti lotion..sebagai shopping terakhir kami di Korea. Sangat murah dan berbaloi baloi... hehehe..

 sempat bergambar dengan en driver ni yang setia dan bersabar membawa kami semua menjelajahi Korea selama 5 hari... tq en driver..sangat baik.... 

Dan akhirnya kami tiba di Incheon International Airport. Terasa sayu la pulak untuk meninggalkan Mr. Vincent. Kelihatan wajahnya agak sedih untuk melepaskan kami. Harap kita dapat berjumpa lagii untuk percutian musim lain pula.... Mr. Vincent memang seorang Tour Leader yang terbaik.. sehingga kami masuk ke departure..barulah dia beredar. So..kami semua mmg tak ada masalah dengan dia... sangat baik dan memahami... membuka peluang dan memberi peluang untuk kami merasai apa sahaja keistimewaan dan kelebihan di negara Korea.

Hati mula merasa sayu untuk menamatkan percutian yang seronok ini. Untuk kembali ke dunia nyata..iaitu pergi kerja..balik kerja... huh..bosankan.. kalau boleh..hari2 nak bercuti macam tu... boleh tak....

Sementara menunggu waktu berlepas..kami sempat menjelajah ke kedai2 free duty di airport.. semuanya sama je... so..kami hanya duduk dan menunggu waktu untuk berlepas...
 


 Kebanyakkan staff disini memakai pakaian tradisional mereka... agak menarik perhatian kami...so...terpaksalah cik yang cantik nih melayan kerenah orang jakun macam saya nih.... hehehe

tgh jalan-jalan nak cari prayer room kat dalam airport nih... tetiba ada perarakan nih... so..berhenti sekejap..ingatkan adalah persembahan ke apa ke...gayanya macam membawa perutusan raja.....tapiiii......depa cuma jalan je kot.... hehehe... tapii at least dapat la tgk costume baju kebudayaan mereka....

Nak bagitahu sikit informasi mengenai airport disini. Kami mencari prayer room di dalam airport yang besar nih... memang dah jumpa..tapiii malangnya...ianya unisex satu dan kebetulan masa kami nak masuk tu ada orang didalam bilik tu....ramai...lelaki dan perempuan....huhuhu....  so..pada sapa yang nak bersolat...rasanya kat mana-mana airport di luar negara...mesti ada sediakan prayer room... 

Kami berlepas jam 4.00 petang dengan menaiki pesawat yang sama Korean Air dan tiba di Kuala Lumpur International Air Port pada jam 10malam.




 Hidangan kami di dalam flight nasi briyani udang...sangat yummy...


Hidangan ke dua...roti salad...sangat tak sedap... 
Ok..selamat tinggal Korea.... hello tanah airku yang tercinta.....

Bila dah tiba di negara sendiri, baru lah terasa kepenatan yang amat sangat. Memandangkan hari yang kami sampai itu hari perayan tahun baru cina, jadi jalan agak sesak..kami tiba agak lewat sedikit ke rumah. Seawal jam 4.00 pagi kami tiba di rumah. Emak dan abah menyambut kepulangan kami. Terus sahaja saya membersihkan diri dan terus terlena di katil dan bantal yang dirindui...[baru nak rindu..hehehee..kat sana tak ingat dunia...-kalaulah bantal dan tilam itu boleh bercakap....hahahaa]

Cuaca sangatlah panasnya sehingga menyebabkan saya [tak tahulah suami atau kakak2 saya] terpaksa duduk di dalam aircond siang dan malam...[berlagak la pulak sejak dua menjak ni...hehehe]

Akhirnya saya tewas juga dengan cuaca [utk menyesuaikan semula walaupun tak sampai seminggu] saya demam panas... huhuhuu... tak pe la..yang penting... percutian itu sangatlah menyeronokkan dan memberi jutaan memori yang sangat indah.. Pada pasangan yang ingin berhoneymoon...saya memang sugestkan percutian ini kerana sangat berbaloi baloi...

Begitulah sedikit kisah dan pengalaman yang mampu saya terjemahkan di dalam blog ini. Sebagai info kepada sesiapa yang ingin berkunjung ke Korea Selatan. Kami tidak menjengah ke Jeju Island kerana kami pergi musim winter.. Pulau Jeju mengikut kata Mr. Vincent... sangat cantik pada musim bunga dan luruh... jadii.. insyaAllah... kalau ada kesempatan dan di beri rezeki... saya dan suami ingin mengunjungi ke negara luar pada musim bunga pulaaa.... moga-moga dimakbulkan tuhan...amin...


6 comments:

  1. Kak, masa ni bulan berapa ye? Sy insyaAllah nk pg sana 10Nov. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Fida Rafidah
      Owh ye ke... 10 Nov?? akak pegi 16 Jan - 21 Jan 2012 hari tu... sangat best...akak pg winter.... rasa nak pg lagii tau...pengalaman yang sangat indah ;))

      Delete
  2. kak, boleh sy tau ni pakak amek travent agency mane?
    berminat :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hye faradeeba....

      sorry saya baru perasan komen ni... =))

      Maaf la..saya tak boleh bgtahu disini... tapii awak boleh buat pilihan yang tepat untuk kesempurnaan dan keselesaaan percutian awak.... apa yang penting..kita enjoy dengan percutian itu dan kita berpuas hati.... antara tempat yang menarik di Korea yang harus dan wajib pergi adalah...Nami Island...Mount Sorak[sangat best]... main ski [wajib cuba]... teddy bear museum... tempat buat kimchi... handbook... everland...nanta show[sangat best jugak...] dan kalau nak pergi musim autumn.... boleh ke jeju Island....

      Selamat bercuti ya... =))

      Delete
  3. saya pun nak tahu travel agency mana satu sbb klau apa2 berlaku , saya x salahkan puan , jgn bimbang , ada sbab2 x boleh bagitahu ker?

    ReplyDelete
    Replies
    1. actually tak ada masalah dgn travel agency nih... sangat2 berpuas hati sebenarnya... dengan tour guide yang sangat best... tapiii tak semestinya akan dapat tour guide yang sama... ikut nasib sebenarnya... hehee....
      boleh je kalau nak tahu.... email terus pada saya alia1602@yahoo.com. saya mmg highly recommended travel egency ini... :))))

      Delete