Tuesday, May 8, 2012

PERMEGIAN

Salam ukhwah untuk semua...

"Dari DIA kita datang dan kepadaNya kita dikembalikan"

Tanggal 24 April 2012 (Selasa) Jam 11.50 malam perginya seorang insan yang budiman. Insan yang terlalu baik dimata saya. Walaupun saya bukan ada apa-apa pertalian dengannya, tetapi saya sudahpun menganggapnya seperti bapa saya sendiri. Kerana kebaikkannya dan keikhlasannya, membuatkan insan ini terbaik dimata saya sama seperti abah saya.

Insan itu adalah Hj Sariff Bin Tan yang pergi menemui Peciptanya pada lewat malam Selasa 24 April 2012 sehari selepas hari kelahirannya 23 April 1943 akibat serangan jantung dan sakit tua. Beliau meninggal di Kuantan Pahang, dirumah anak perempuannya dan di kebumikan selepas A'sar di Pantai Remis Perak pada 25 April 2012 (Rabu) jam 5.00 ptg.

Beliau adalah bapa mertua kakak saya yang begitu rapat dengan kami sekeluarga. Kebaikkan dan susahpayahnya masih tersemat kuat di dalam kotak fikiran saya. Saya masih ingat kesungguhan almarhum bersusah payah datang hanya dengan menaiki motosikal sambil membawa barangan yang ingin dijadikan hantaran pertunangan saya pada majlis pertunangan saya. Almarhum pasti akan datang di setiap kali keluarga saya mengadakan kenduri, baik kenduri perkahwinan sekalipun kenduri doa selamat dan kenduri kesyukuran. Di majlis perkahwinan saya, Almarhum bersusah payah menaiki motosikalnya dari pantai remis semata-mata untuk menghadiri ke majlis perkahwinan saya demi memenuhi undangan kedua ibu dan bapa saya (besannya). Allahu Akhbar... betapa ikhlas dan baiknya hambaMu itu.

Berita kesedihan itu saya terima seawal jam 12.05 pagi beberapa minit selepas almarhum menghembuskan nafasnya yang terakhir. Kakak saya terus menghubungi saya memaklumkan pemergiannya. Tersentak rasa hati diatas berita tersebut.

Semoga rohnya tenang di sana. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya dan di tempatkan dikalangan hamba-hambaNya yang beriman... Aminn... 




Terima kasih kerana membaca entry ini =))

No comments:

Post a Comment