Tuesday, May 8, 2012

PERSEDIAAN PERCUTIAN KE KOREA

Assalammualaikum wrt...salam ceria...;))

Setelah beberapa bulan saya meninggalkan jejak-jejak saya di tanah Korea, hari ini barulah saya ada kelapangan untuk berkongsi cerita pengalaman saya ketika 6 hari berada disana bersama-sama suami tersayang dan adik beradik saya. Kami ke sana dari 16 Januari 2012 hingga 21 Januari 2012.

Syukur Al-hamdulillah dengan izinNya, saya dan suami dapat menjejakkan kaki ke tempat yang menjadi idaman saya sejak dahulu lagi iaitu KOREA - WINTER SONATA.

Allah permudahkan segala urusan kami dari segi tempahan di travel agency yang kami pilih sehinggalah kepada urusan-urusan permohonan kebenaran ke luar negara. Sebetulnya bukan saya dan suami sahaja yang pergi, kakak2 dan abang ipar serta 2 lagi anak saudara saya turut serta dalam percutian ini dan kerana itu saya mengklasifikasikannya sebagai PERCUTIAN ADIK BERADIK.

Rasa teruja yang teramat sangat hanya Allah sahaja yang tahu. Maklumlah..ini pertama kali saya dan suami berpeluang untuk melawat ke negara luar. Selalunya, cuti-cuti dalam Malaysia sahaja [pengakuan jujur nih...heheheee...]

Kami pergi melalui travel agency dan segala urusan dengan travel agency diuruskan oleh kakak saya. Suami hanya bank in kan duit mengikut harga yang ditetapkan dan seterusnya kami sibuk menyediakan perkakasan yang perlu dibawa untuk musim sejuk memandangkan kami memang sengaja memilih percutian WINTER SONATA. Dan sudah semestinyalah kami banyak memborong baju sejuk untuk winter, sarung tangan, beg dan sebagainya. Rasanya jumlah kami membeli baju sejuk dah nak sama dengan tambang kami seorang [teruja sangat kannn....=)))]

Suami saya kata.

"tak pe la...bukan selalu...lepas ni kalau nak ke negara bermusim sejuk..kita dah tak payah beli..."

setuju sangat dengan suami saya yang sangat memahami [sambil pn isteri tersenyum simpul =)))]

Peralatan yang dibeli berpandukan kepada nasihat daripada kakak-kakak saya yang berpengalaman melancong ke negara-negara luar. Dan ternyata ianya sangatlah berguna.

Selain itu travel agency sendiri ada memberi listing barang-barang penting yang perlu dibawa.

(i) baju sejuk - sudah semestinyalah...pada kami yang suka berposing sana sini ni..sehari satu baju [kemain kannnn.....hehehe] tapii pastikan baju sejuk yang bersesuai dengan suhu di sana... yg penting keselesaan.....[cantik pun perlu jugak.....bg orang yang suka bergayalah kannn.......hehehee...]

[selalunya..jika kita pergi dimana-mana sahaja kedai yang menjual baju sejuk yang berjenama ini UT/ Zara/Esprit/Uniqlo dan sebagai2nya [tapii saya beli yang cap ayam sajooo.... heheheeee]- sales asst. pasti akan bertanya kepada kita di negara mana yang akan kita kunjungi kerana di setiap negara..suhunya berbeza-beza... sama jugalah dengan long john...bermacam2 jenis ada...sooo pastikan beli yang betul2 tau...sebab kalau salah beli baju sejuk......alamatnya membekulah anda2 sekalian...hihihii...yang penting keselesaan dan berbaloi-baloi]

(ii) long john [diperbuat dari wool] - wajib dibeli untuk keselesaan badan. [pastikan bersusaian dengan suhu negara yang ingin kita kunjungi] -seperti di fasa (i) tadi...

(iii)Sarung tangan untuk kegunaan harian semasa melancong. 

(iv) stokin [diperbuat dari wool]

(v) Topi musim sejuk.......

(vi) scarf - ikut suka la..kalau nak beli pun tak pe..tak nak beli pun tak pe....saya beli 2 in 1 punya...blh jadi topi.... boleh jadi scarf....=)))

(vii) mask / penutup mulut - sangat berguna kepada saya yang tak tahan sejuk...dan kepada yang ada baby dan anak2 kecil juga...

(viii) kasut - boot / yang bersesuaian dengan musim sejuk

Yang penting sesuai dengan cuaca dan suhu. Sangat penting untuk keselesaan kita nak berjalan ke sana dan kemari... kalau lah kaki tu rasa macam nak beku je kan... mana best nak berjalan....soo akan rasa mcm tak enjoy pulak... Tapii... kalau rasa tak selesa..harus dan wajib beli je kat sana... harganya sangatlah berpatutan selain kita akan rasa sangat-sangatlah selesa... almaklumlahkan..musim salji..pastilah banyak jualan barangan musim salji termasuklah kasut.

(ix) tisu basah/wet tissue - penting pada sesiapa yang suka membuat temu janji di toilet. Untuk makluman...walaupun toilet disana sangat bersih..tapii TIADA air/paip air disediakan di dalam toilet itu...so..itulah bergunanya wet tissue ini..selain air mineral yg dibawa ke sana dan ke mari.. Saya akan bawak kemana sahaja botol air meneral tu.....wet tissue + air mineral =)))

(x) Tisu kering

(xi) baby oil / krim pelembap - kulit kita akan jadi kering di dalam cuaca sejuk.. pemulihannya hanya ada di negara itu sebenarnya..tapii pada peringkat awal..bergunanya baby oil ini utk melembapkan kulit kita...untuk permulaan je lah..... dah 2 hari kat sana....boleh guna krim kat sana......mana2 country yang kita pegi....untuk kulit kita ke apa ke..... gunakan krim keluaran negara mereka [yang bahannya berasaskan tumbuh2an bukan dari haiwan....] Ianya boleh membantu redakan kekeringan kulit mengikut cuaca.

(xii) lip balm - sangat penting utk bibir kita yang AKAN mengering dan merekah...

(xiii) Pastikan anda membawa hanya 2 jenis semburan sahaja di dalam luggage...samaada perfume [beberapa liter yg ditetapkan] atau body spray
 
Lain-lain keperluan.....berus gigi, ubat gigi dan segala keperluan kita lah.....dan charger hp jangan dilupakan... dan segala mak nenek gadget kitalah kan.....

Okey..disebab kami mengambil pakej Muslim tour..jadinya kami tidak perlu risau tentang makan. Tetapi... masih membawa maggie..instant milo dan necafe..biskut..junk food dan sebagainya...senang cite..satu beg tu memang penuh dengan makanan2 itu... tak dilupakan......uncang teh lipton dan gula jugak turut dibawak......ahahahaaaa...... [kemain...ingat pg berkelah ke hapa.....sabar je lah......al maklumlah....tekak saya tekak melayu......minum teh lipton bkn teh ginseng ok....sabar je lah.....]

Dari awal lagi saya memasukkan barang2 yang hendak dibawa ke dalam luggage supaya bila tiba masanya tiada satu barang yang penting pun tertinggal.

Sehingga pada hari kami nak pergi, masih ada lagi barang yang belum dibeli iaitu padlock. Padlock untuk kesemua bag yang dibawa. Itu penting bagi mengelakkan kejadian2 yang tidak diingini berlaku. Beringat sebelum terkena.

Apa yang istimewanya, suami saya sempat masakkan untuk kami sekeluarga sardin goreng yang menjadi menu istimewa dan palingggg sedap buat bekalan kami di Korea. [kan dah kata lidah melayu.....ahahahaa......terbaik sangat en suami saya tu......pn isteri duduk tepi sambil tgk jeee.....hewhewhew]

sesungguhnya menu itu menjadi santapan yang paling istimewa buat kami semua ketika berada di Korea. Dan lebih istimewa, emak juga turut bekalkan kami ikan bilis goreng bercili untuk bekalan kami disana [memang terbaikkkk sangat makkkkk saya tu.....lebiuuu makk]

kalau nak tahu..kedua2 menu ini habis licin. ;)) [wajib dibawa sebagai bekalan utk lidah org yg tak biasa dengan masakan sup sayur dan kimchi....- menu ini sebagai penambah selera kami di sana...]

Tepat Jam 4.00 petang, kami adik beradik bergerak menuju ke destinasi impian kami. Semoga Allah melindungi kami di sepanjang perjalanan kami semua...amin... 



sukasuki di KLIA



saya dan en suami...tgh teruja nak ke KOREA... yeahhh...



KAMI dalam train di KLIA

Next entry InsyaAllah saya akan ceritakan keterujaan kami dalam menerokai korea mengikut hari demi hari...=))







Terima kasih kerana membaca entry ini =)))




No comments:

Post a Comment