Wednesday, June 20, 2012

AMBIL MY TABBY DARI HOTEL

Alhamdulillah..semoga hari ini lebih baik dari semalam.

Perkara pertama yang perlu dilakukan [30.05.2012 - Khamis] ialah mengambil my meoww meoww Tabby...Ya Allah..tersangatlah rindunya kat kucing yang baikkk sangat tuu.... Sampai sahaja di Klinik Haiwan, saya dan suami terus mengintai Tabby dari cermin luar kerana tahu, Tabby diletakkan ditempat yang paling hujung dan boleh dilihat melalui cermin luar. Dari jauh dia termenung sekejap seolah tergamam melihat saya dan suami. Saya dan suami menyerahkan resit pembayaran kepada petugas di klinik itu dan terus masuk melihat Tabby. Bagai nak menitik air mata melihat Tabby yang mengeowwww tak henti2 seolah2 ingin membuka pintu kaca itu untuk meluru ke arah kami berdua.

Saya mengusap kepala Tabby yang tak henti2 mengeoww... rindu sesangat lah tu.....ke banyak sangat cerita yang dia cuba nak bgtahu....kitaorang je yang tak faham.....

Kelihatan badan Tabby agak kurus. Mungkin dia sedih kerana selama ini dia tidak pernah ditinggalkan selama ini di tempat lain. Atau mungkin kucing saya yang kuat makan ni tak dapat makanan yang cukup...[makanannya mengikut diet yang ditetapkan oleh doktor...hehehee...]. Balance makanan yang diberi masih banyak. Kalau ikutkan, satu pek kecil Royal Canin [kucing saya memilih makanan...so..kena bekalkan makanan utk dia..kalau tak mesti lagii kurus nii...] hanya boleh bertahan dalam cukup2 5 hari. Tapii..masih ada balance yang banyak. [biasalah tu... diet doktor..janji kucing saya selamat...dan sihat...itu sudah memadai.

Agak lawak jugak bila Tabby masuk sendiri kedalam sangkarnya.... adoyaiii... tak sabar nak balik ye sayang.... hehehe...kalau tak...usah harap lah kan.....

Sepanjang perjalanan ke rumah, meowww nya tak henti2 seolah menceritakan perasaannya kepada kami berdua...hehehe... sayang betul la kucing baikk niii... dah penat mengeowww dia terus terlena....[sangat comel] ;)))

Dirumah, bila masuk sahaja ke dalam kandangnya, dia mencium2 bau kandangnya, terus menuju ke tempat makanan dan mencium pasirnya..... mencium buaiannya yang dah saya basuh...[ya Allah...macam rindu sangatlah tempat dia tu....]. Beberapa jam selepas dia beristirehat, saya membawanya masuk ke dalam bilik saya [yang dah macam dia punya bilik], seperti biasa, dia mencium sana dan sini dan terus menggeselkan badannya dekat unclenya...memang tak nak jauh pun dari kami....seolah macam tak nak dah berpisah mcm tu....mungkin dia ingat kitaorang ni dah buang dia......haiyooo....kucing pun ada perasaan jugak tauuu..... andaian je...tapiii cara Tabby macam mengiakan andaian saya tu.....keee saya yang perasan sangat......hehehe.....

Dah lama melayan Tabby......akhirnya 3 makhluk terlena di dalam bilik.... bahagianya rasa.... terima kasih ya Allah.... ;))))



Terima kasih kerana membaca entry ini =))

No comments:

Post a Comment