Monday, July 2, 2012

FAMILY TRIP TO JAKARTA-BANDUNG DAY 2

Selamat sore...hari ini adalah hari ke 2 [27.05.2012- Ahad] kami berada di kota Bandung...

Seawal pagi kami dah bangun untuk meneruskan keterujaan kami [bagi kaum ibu la] untuk bershopping... kalau diikutkan dengan apa yang ditetapkan, sepatutnya kami ke Trans studio. Menurut kata pak Irawan, memandangkan hari ini adalah hari minggu, dikhuatirin tempat itu akan terlalu sesak dengan orang ramai. Untuk menunggu bermain satu permainan sahaja mengambil masa yang lama. Jadi kami semua bersetuju untuk ke Pasar Baru dan shopping di outlet pada hari ini dan menggantikan ke Trans studio pada hari ke 3 iaitu hari Isnin. [Benar juga kata Pak Irawan...hehehe].

Sambil menunggu bas mengambil kami, di luar hotel, terdapat banyak jualan. Kebetulan dihadapan hotel penginapan kami terdapatnya sebuah taman rekreasi [kalau dekat Malaysia ni di Taman Tasek Titiwangsa/ di Padang Polo Ipoh]. Di dalam taman itu sendiri berderetan peniaga2 menjual pelbagai jenis makanan.... Saya dan en suami sempat menjelajah ke gerai2 berkenaan. Ya Allah..kehidupan kita disini jauh lebih kedepan berbanding mereka disana. Pada pengunjung kecil yang berminat untuk menunggang kuda.. Rp3,000 ditetapkan untuk sekali pusingan. [sangat murah kalau dibandingkan dengan penat orang yang membawa kuda yang sedang berlari itu....]
Ditepi kaki lima hotel, terdapat beberapa penjual menjual barangan mereka. Ada yang menjual telekung, pelekat peti sejuk, tali pinggang dan bermacam-macam jualan mereka promosikan kepada pengunjung yang menduduki hotel tersebut. Didalam kedinginan itu, saya bersyukur dengan kehidupan yang Allah kurnia dan limpahkan kepada saya. Saya tidak perlu bersusah payah memujuk dan merayu orang untuk mencari rezeki... Mereka tidak dibenarkan memasuki kawasan hotel kerana jika memasuki kawasan hotel, mereka akan diambil tindakan atau dihalau...

Di kawasan hotel itu sahaja dah riuh rendah dengan jualan...belum lagi ke pasar baru... adoyaiiii....[hanya pada hari minggu sahaja]

ayah ali..mak teh dan kakak saya sedang tawar menawar
beginilah keadaan di kaki lima hotel
sekali pusing Rp3,000 = RM1 (lebih kurang la...)
beginilah keadaan jualan di dalam taman rekreasi itu...;))
Jam 8.45 pagi - Bas kami sampai untuk membawa kami ke Pasar Baru. Di dalam bas, Pak Irawan banyak kali berpesan... bagi kaum wanita atau lelaki...pastikan beg galas senantiasa berada di bahagian hadapan...kerana dikhuatiri, akan adanya penyeluk saku...mereka ini sangat licik. Pastikan beg duit [bagi kaum lelaki] di ubah ke hadapan. Memandangkan hari ini hari ahad, Pasar baru akan sesak dengan orang ramai yang berkunjung ke sana bagi membeli belah. Berkali2 pak Irawan berpesan kepada kami... seperti kami...beliau juga tidak mahu sesuatu yang buruk berlaku. Beringat sebelum kena...Pak Irawan juga turut berpesan kepada kami supaya jangan memandang tepat ke anak mata sesiapa sahaja yang datang menegur kami [orang yang kami tidak kenali] kerana di sana sekarang tengah sibuk memperkatakan tentang pukau... ramai yang sudah terkena.. orang berkenaan akan menegur dan menyapa kita seolah2 dia mengenali kita... jika kita melayani kerenahnya nak memandang tepat ke arah anak matanya... tanpa kita sedari kita telah di pukau dan segala barang beharga kita akan kita serahkan tanpa kita sedari... [macam2 la manusia kalau nak buat kejahatan.... nauzubillahiminzalik..]

Kami tiba di Pasar Baru yang buka pada jam 9.00 pagi [waktu Malaysia jam 10.00 pagi]. Apalagi..kami mula menjelajahi dari satu kedai ke satu kedai untuk mencari barang yang menjadi idaman kami semua. Saya berjalan bersama abang dan kakak ipar saya menaiki ke tingkat 5. Sempat juga membeli jubah seperti yang saya idamkan... murah2 sahaja... rasa berbaloi..saya beli 2 pasang je... hehehe... yang kedua..saya ingin mencari telekung kain cotton..yang mahal disini tetapi murah disana... alhamdulillah... saya jumpa apa yang saya ingini. Sempat membeli 2 pasang telekung kain cotton bersulam...Orang dah mulai ramai mengunjungi Pasar Baru. Badan dah naik berpeluh peluh di dalam himpitan manusia yang ramai. [adoyaiii... beginikah shopping disini.....aaaaa....]. Namun semangat untuk bershopping tu wajib diteruskan.

Teringat nak membeli kain pasang. Masa itu saya dan en suami [dah mula monyok sebab en suami saya tak suka crowded....huhuhuhuuu] mencari adik beradik yang lain kerana kami terpisah dari awal tadi. Dalam hati tak henti2 berdoa..biarlah berjumpa dengan mak atau mak teh [mak sedara]. Alhamdulillah...tak sampai 10 minit saya berjumpa dengan mak dan mak teh. Kebetulan mak teh baru je shopping kain, jadi beliau membawa saya ke kedai berkenaan. Punya berpusing mencari kedai... [pesanan umum: kepada sesiapa yang ingin berkunjung ke Pasar Baru..kalau ada yang dah berminat, terus sahaja membuat tawaran dan beli...kerana untuk mencari kedai yang sama...teramatlah susahnya....] selepas bertanya orang/peniaga disitu, akhirnya berjumpa dengan kedai yang berkenaan. Apalagi...saya pun memborong kain pasang cotton yang bersulam... [hanya kedai tu je yang menjual kain cotton kosong bersulam okeh....huhuhuuu]. Selesai membuat tawar menawar... kami terus ke kedai lain untuk membeli kerudung [tudung]. Alhamdulillah..apa yang saya inginkan semuanya dapat saya perolehi. Namun masa amat mencemburui kami semua. Saya ingin melihat2 untuk teman2 baik saya..namun, masa dah semakin suntuk...keadaan di dalam Pasar Baru semakin sesak. Nak beli skirt jeans dan maxi cotton pun tak sempat....[huhuhuuu...sedihnya..sebab harganya tersangatlah murah....kalau compare kat sini...] Kami terpaksa berada di tempat yang dijanjikan ontime kerana keadaan jalan semakin sesak dan bas tidak dibenarkan untuk parking sesuka hati..sebab itulah kami perlu berkumpul mengikut masa yang tepat [mintak maaf pada teman2...kerana tiada apa yang saya belikan untuk mereka...mungkin mencuba nasib di tanah abang, Jakarta] 

Keadaan diluar tempat kami berkumpul tersangatlah sesak dengan orang yang berjual itu dan ini..."bapak...ibukkk..murah-murah saja..... boleh ibuk atau bapak mahukan harga yang kurang.....beli bukkk....beli pak...."...adoyaiii...bukan seorang dua tetapi terlalu ramai berkerumun....."owhhhhh tidakkkkk....." akibat dari kepenatan, kami duduk di tangga pintu masuk Pasar baru... ada yang menyanyi...ada yang menjual barang dan macam-macam lagiii.... huhuhuu...hujan emas di negara orang...hujan batu di negara sendiri...lebih baik di negara sendiri....
Setelah semuanya dah berkumpul, Pn Dianaa menghubungi Pak Irawan dan bas sedia menanti kami..kami terus dibawa menaiki bas... Ya Allah... dah selamat naik ke bas..di dalam kesesakan tersebut, naik pulak seorang seniman jalanan ni...main guitar menghiburkan kami sekeluarga. Niatnya untuk mencari rezeki.... di sepanjang perjalanan kami ke Restoran untuk makan tengahari, beliau menyanyikan bermacam2 jenis lagu [kami ikut serta menyanyi bersamanya]...dan kami menghulurkan wang Malaysia kepadanya...gembira dan ceria terpancar diwajahnya. Betapa susahnya kehidupan mereka disana... mereka terpaksa melakukan pekerjaan sebegitu kerana kepadatan penduduk dan kekurangan peluang pekerjaan disana.... betapa mewahnya kita disini..dan masih ramai yang malas bekerja.... fikirkanlah....

keadaan jalanraya yang sangat sesak di Bandung
hahahaaa...beginilah kesibukkan di pasar baru..anak saudara saya pun pening
sibuk dan sesak dengan orang ramai...
ini di panggil spedar moto...
Inilah seniman yang naik ke dalam bas untuk menghiburkan kami sekeluarga...
selepas penat bersesak dengan org ramai..kami dihiburkan... ;))
 Kami akhirnya dibawa ke restoran bagi menikmati makan tengah hari kami. Kali ini kami dibawa ke Restoran masakan Padang... Terdapat 7 hidangan diatas meja kami dengan pelbagai jenis masakan. Sangat menyelerakan.



Selesai menjamu selera, kami dibawa ke Toko Tiga. Disini memang dikhaskan untuk menjual jeans yang berjenama Levis, Hugo, Crocodile dan bermacam2 jenama yang ada. Yang pasti harganya sangat murah jika dibandingkan di sini. Ayah ali, abah dan abang ipar serta anak2 sedara saya sibuk memilih jeans...dan yang pasti..mereka beli okeh...[suami saya tak pakai seluar jeans...jadi dia tidak berminat dengan seluar ituuu...].
Dah berhabisan mereka-mereka itu bershopping di Toko Tiga, kami kemudian dibawa pula ke Factory Outlet. Tempat pertama yang kami pergi adalah "The Summit". Saya mencari baju untuk anak2 sedara saya [anak kakak sulung saya]. Habis satu outlet..kami ke outlet yang lain yang semuanya berdekatan di situ. Baik yang lelaki mahupun yang perempuan..sibuk memilih baju untuk anak2 mereka dan diri mereka sendiri. Senang je nak tahu yang original atau pun yang tiruan. "Sekiranya tag baju itu dipotong sehabis mungkin, di koyakkan, di gariskan dgn pen...bermakna..baju itu adalah original brand tetapi ada terdapatnya reject dimana-mana..samaada di jahitannya ke...butangnya ke..." Kebanyakkan outlet disana..tidak sehebat dulu...[menurut kata kakak saya yang pernah berkunjung kesana suatu ketika dahulu]... dah banyak baju2 tiruan dijual... jadii...kami kurang membeli di outlet2 tersebut. Destinasi terakhir pada hari ini....kami di bawa ke Levy Outlet...[tempat jualan pakaian dan barang keperluan kanak2- namapun shopping trip kan....hehehe]. Kali ini kakak2 saya dan abang saya banyak memborong pakaian anak2 mereka. Semuanya murah2 belaka. Pelbagai jenama [tapii limited] yang ada...Guess...Oshkosh... Gap... Seed dan macam2 lagii... bagi sesiapa yang ingin mencari barangan baby... banyak botol susu berjenama Tommiee tippiee [lebih kurang lah kot ejaannnya], dan barangan keluaran 'mothers care' terdapat disini dengan harga yang murah...[yang penting original].

Akhirnya kami dibawa untuk menikmati hidangan makan malam di salah sebuah restoran tertutup di pekan Bandung. Selesai menjamu selera, kami dibawa balik ke hotel dan seperti biasa morning call jam 4.30 pagi untuk solat dan kedua pada jam 7.00 pagi... Esok kami akan ke Trans Studio...yeay....

es kelapa jeruk dan jus strawberry... wajib di cuba..sangat yummy ok...








3 comments:

  1. thanks utk info ni, Insyallah akak nak kesitu tak lama lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wahhhh bestnye... akak pg shopping trip ke...
      Masa pg ke sini kitaorg tak pg pun Takuban Perahu... pastikan trip akak pg... mesti lagii best...

      Delete