Monday, July 2, 2012

FAMILY TRIP TO JAKARTA-BANDUNG DAY 3

Alhamdulillah... kami sekeluarga nampak ceria dan bersemangat untuk meneruskan perjalanan kami di Kota Bandung. Kami bersarapan di hotel menikmati masakan orang indonesia. Masih sempat bergambar bersama-sama di sekitar hotel.

tempat ambil wuduk

Tepat jam 9.00 pagi -  kami dibawa ke Rumah Mode Factory Outlet untuk membeli belah di sana. Tempat dan barangan yang dijual di Rumah Mode sangat eksklusif. Ada jugalah beberapa helai baju dan blaus saya dan kakak2 saya borong. Kebanyakkannya kakak2 dan abang saya memborong utk anak2 mereka. 
Masih sempat mengambil gambar kenangan di Rumah Mode [kerana tempatnya sangat nyaman dan menarik]. En suami, abang saya dan pak Irawan sempat mengopi di Java Bean [kalau kat sini Coffee Bean..standard nya lah...]. Apa yang menariknya di sana...setiap secawan kopi akan dihidangkan sekali dengan 2 ketul biskut yang sangat lazat... dan kopinya sangat enak diminum.. Kerana kelazatan biskutnya, kami semua sempat memborong banyak biskut di Java Bean. Dan ternyata, harganya tersangatlah murah.... habis biskut kami borong disana...hehehe....

barangan yang dijual di rumah mode ;))

kami sekeluarga... family trip..sangat BEST!!
Lepaking di Java Beans

Hampir satu setengah jam berada di rumah Mode, kami akhirnya dibawa ke Trans Studio. Bas menghantar mak, mak teh dan ayah ali ke Pasar Baru kerana mereka tidak sesuai untuk ke Trans Studio, jadi mereka memilih untuk ke Pasar Baru untuk berbelanja ribuan rupiah yang masih ada. Manakala abah pula akan mengikut Pak Irawan dan Pak Muniadi serta Pak Budi round kota Bandung.

Setengah jam perjalanan..akhirnya kami tiba di Trans Studio. Dari kejauhan lagi dah ternampak lambang Trans Studio dan jeritan manusia2 yang menaiki ala-ala roller coaster. Kesemua anak2 saudara saya dah teruja untuk masuk ke Trans Studio. Kami dibawa oleh pak Irawan untuk mengambil tiket. [Untuk makluman semua, di Trans Studio..semuanya perlu menggunakan kad (yang disediakan). Kita perlu Top Up kad tersebut untuk membeli tiket, membeli makanan atau membeli apa sahaja barangan di dalam kedai2 dalam Trans Studio]. Disebabkan pakej ini termasuk sekali dengan harga tiket masuk ke Trans Studio..jadi..segala-galanya diuruskan oleh Pak Irawan. Beliau hanya top up utk harga masuk ke Trans Studio sahaja...selebihnya..kalau kita nak berbelanja di dalam sana...top up sendiri okeh... hehehe...satu keluarga satu kad...

Dari jauh dah nampak ni...
budak-budaklah yang paling seronok sekali

Selesai mengenai pas masuk..dan kami pun dah dapat kad masing-masing...jam pun dah menunjukkan ke angka 12 tengahari, apalagi...abang saya pun ajak nyum nyum la... hehehe... ok.. Trans Studio ini terletak di dalam shopping kompleks. Di dalam shopping compleks ini terdapat banyak restoran2 fast food seperti Pizza Hut, KFC, A & W, Coffee Bean dan macam2 lagi... At last kami decide utk makan di Pizza Hut.. menurut kata abang saya yang dah pernah sampai ke Bandung ni...Pizzanya bukan seperti pizza di sini yang sebijik2 mengikut ala2 barat...Pizza di sana lebih kepada resepi mereka sendiri. 
Kami sebulat suara bersetuju untuk makan di Pizza Hut. Meja yang panjang disediakan untuk kami sekeluarga. Kami memesan Pizza Black Pepper 3 (L) dan air jus [disana terdapat bermacam-macam jenis jus..yang tak ada di dalam menu pizza hut di sini...sangat special okeh....;)))]. Apa yang menariknya, pelayan2 di sana tersangatlah menghormati pelanggan. Dari pemerhatian saya, mereka sangat lemah lembut dan menghormati siapa sahaja pelanggan yang masuk ke Restoran mereka [baik kami mahupun orang di sana]. Jadi..saya sarankan..sesiapa pelayan yang agak2 tak suka nak melayan pelanggan [di sini], sila pergi bekursus di sana bagaimana untuk menjadi pelayan yang menghormati pelanggan... [banyak kali terkena dengan pelayan Pizza Hut yang agak sombong di sini...huhuhuu].

Memang benar kata abang saya, Pizza disana jauh lebih sedap berbanding disini...[alamak rindu pulak nak makan pizza hut disana...]. Sedar tak sedar..2 ketul jugaklah saya habiskan... hehehe... dan ternyata...kesemua pizza habis dimakan oleh kaum kerabat kami..baik kecil mahupun yang besar....

Perut dah kenyang... anak2 sedara baik yang kecil mahupun yang besar dah tak sabar nak masuk ke dalam Trans Studio. Akhirnya, kami bergerak masuk ke dalam Trans Studio menggunakan pas yang diberi kepada kami. 

Trans Studio - adalah taman tema tertutup [seperti di Genting Highland] yang menyediakan pelbagai jenis mainan, theater, pertunjukan kereta berhias [ala-ala disneyland tu...] serta pelbagai pertunjukan lagi... Walaupun ianya tidaklah sebesar Everland atau Disneyland atau out door di Genting..namun...pada pendapat saya... persembahan yang di tunjukkan kepada pengunjung tidak lah menghampakan...malahan kami berhibur ketika berada disana. Terdapat permainan yang menarik dari yang kecil sampailah ke dewasa . Ada rumah hantu, dinosaur dan macam2 lagilah persembahan menarik yang terdapat disana. Anak2 saudara saya ceria bermain bersama-sama dan pastinya mereka bergembira ketika berada di sana.[saya pun tidak melepaskan peluang untuk bermain dan enjoy bersama-sama mereka...hehehee...]

betul2 kat depan pintu masuk
persembahan yang sangat best!!!!
terdapat juga permainan yang sangat mencabar...yang saya sendiri pun tak berani nak naik
pertunjukkan kereta berhias...

Hampir 4 jam berada di sana, kami akhirnya berkumpul ditempat yang dijanjikan [dihadapan mall Trans Studio]. Pn Dianaa menghubungi Pak Irawan yang juga dah sedia menanti kami. Tepat jam 5.00 petang, kami bergerak untuk ke Pasar Baru untuk mengambil mak, mak teh dan ayah ali. Keadaan jalan yang agak sesak. Jammed di mana-mana. Akhirnya mak, mak teh dan ayah ali telah selamat naik ke dalam bas...dengan hasil pembelian mereka...[wow... memang banyak betul mereka shopping.....]

Kami di bawa ke salah sebuah Restoran untuk makan malam, tak silap saya, nama restoran tu ialah Prahoe Restoran. Selain makanan yang dah tersedia di hidang untuk kami, kami turut memesan minum jus kelapa jeruk parut dan jus strawberry yang sangat sedap...[tak boleh nak dapat kat sini...]. Kami menjamu selera dengan berseleranya. Tambahan diluar hari pulak hujan... bertambah berselera la kami sekeluarga menjamu selera.

ok..ambik semua pencicahnya ya ibuk dan bapak.... ;)))
Es kelapa jeruk parut dan jus strawberry

Hampir sejam kami menjamu selera, akhirnya kami dibawa balik ke hotel untuk berehat. Morning call esok pagi adalah pada jam 6.00 pagi. Kerana esok pagi kami perlu bergerak awal untuk ke Jakarta.

Aktiviti malam -  Saya, en suami dan kakak2 saya keluar untuk membeli belah kali terakhir utk trip kali ni di Kota Bandung. Cadangnya nak ke Sogo, kerana dari hotel ke Sogo, tidaklah begitu jauh. Tapi akhirnya kami decide nak ke Brand United Factory Outlet manakala abg ipar, mak teh dan 3 orang hero (anak sedara lelaki) pergi merehatkan badan di reflexology...[murah ok...2 jam = RM21..ruginyaa tak dapat dapat buat reflexology kat sana....].
Kami berjalan kaki di dalam kedinginan malam dengan kesesakan jalanraya yang tak pernah henti. Setibanya di Brand United Factory Outlet, hanya kami sahaja pelanggan terakhir di sana. [di sana kedai2 tutup pada jam 9.30 malam...]. Barangannya agak limited tetapi masih berkualiti yang baik. Sempat jugalah saya membeli t-shirt berjenama sama seperti en suami. ;))).

Habis bershopping di sana, kami jalan ke sebuah kedai [ala-ala seven eleven la yg buka 24 jam]. Disana, kami sempat memborong maggie mee perasa bawang dan macam-macam perasa yang tak akan dapat di Malaysia dengan harga yang sangat murah. Banyak juga lah saya dan kakak2 saya memborong. Jumlah keseluruhan hanya RM14 = Rp42,000 [padahal barang yang dibeli tu sangatlah banyakkk....kalau kat sini rasanya dah lebih dari RM30 tu....]. Selepas puas memborong, kami berjalan kaki pula ke Restoran Pak Chi Met [hanya berseberangan dengan hotel kami]. Disana untuk kali yang terakhir di trip ini, saya, kakak2 saya dan en suami menikmati taufu dan tempe goreng serta Jus Avocado, Jus Guava dan Jus Strawberry yang sangat2 sedap [aduhaiiii... rindu pulak dengan jus2 terbaik disana]. Harganya tersangatlah murah dan berbaloi yang tidak mungkin kita dapat di sini.

 Kami melepak di kedai sehingga jam 11.30 malam dan kemudian, kami balik ke hotel untuk projek yang terakhir iaitu mengemas barangan yang dibeli...huhuhuuu....

Rupanya dalam tak sedar, banyak jugak barangan yang saya beli..tetapi masih rasa ada yang tak cukup...sooo...kita cukupkan dengan bershopping di Tanah Abang, Jakarta esok yaa.... Selamat malam dunia!!!!

1 comment: