Monday, July 2, 2012

FAMILY TRIP TO JAKARTA-BANDUNG DAY 4

Salam sayang dari Bandung...

Hari ini, adalah hari terakhir kami berada di Kota Bandung. Seawal pagi lagi selepas sarapan, kami akan bergerak ke Jakarta untuk ke Tanah Abang. Kami bergerak dari Hotel jam 8.00 pagi memandangkan perjalanan mengambil masa selama 3 jam, jadi kami perlu keluar lebih awal untuk ke Tanah Abang.

Memandangkan saya kurang sihat pada hari ini..jadi mood untuk berjalan dan berbelanja terus menjadi kurang.. namun akan saya gagahkan juga....;)))

"Selamat Tinggal" kota Bandung yang memberi seribu kenangan buat kami sekeluarga.

Sepanjang perjalanan, di kiri kanan jalan, terlihat kehijauan tanah subur di Bandung. Aktiviti utama mereka adalah pertanian. Di kaki-kai bukit, ada yang menanam padi..[sangat kagum dengan kebolehan mereka].

Selama beberapa jam berada di dalam bas, saya terus sahaja terlena melayan kepala yang pening. Ada yang mengusik mengatakan saya "preggy" [owhh..kalau la betul....masalahnya tak....huhuhuhuu]... kami terpaksa menempuhi jammed di sepanjang perjalanan memasuki Kota Jakarta. Kenderaan berpusu-pusu memasuki kota yang sibuk itu. Kepadatan penduduk membuatkan jalanraya mereka sesak dengan kenderaan. Kota Jakarta sebuah kota yang besar kalau dibandingkan dengan di Kuala Lumpur.

Alhamdulillah...akhirnya kami diperkenalkan oleh bapak Irawan dengan kota Jakarta yang sangat membangun pesat. Sebuah kota yang sangat berbeza dengan di Bandung dimana penduduknya lebih mewah berbanding di Bandung. Hampir keseluruhan yang berada di atas jalan raya adalah kereta yang mewah. Tidak satupun terlihat di kelipan saya sebuah kereta kancil atau kelisa. Teksi mereka sahaja menggunakan kereta hyundai okeh... Tugu utama diperkenalkan oleh Pak Irawan kepada kami sebagai lambang "selamat datang" kepada pelancong atau sesiapa sahaja yang mengunjungi kota Jakarta. Di tugu itu sendiri ada menceritakan sejarahnya yang tersendiri...siap dengan keluasan dan kenapa ia dibahagikan kepada 4 penjuru dan sebagainya...[maaf ya..saya kurang memberi perhatian di atas penjelasan pak Irawan kerana ketidak sihatan saya...huhuhuhuuu]

Beberapa jam berada di dalam bas menempuhi jammed di kota besar Jakarta, akhirnya kami sampai ke Tamarin City [yang berhampiran dengan Pasar Tanah Abang]. Kami diberitahu oleh Pak Irawan bahawa, untuk ke Pasar Tanah Abang, keadaan jalanraya yang penuh sesak tidak mengizinkan kami kesana kerana takut masa tidak mencukupi untuk ke Lapangan terbang.

Kami berpusing-pusing di dalam Tamarin City mencari barang yang diingini, namun kesemuanya tidak memenuhi apa yang kami hajati. Akhirnya, saya dan kakak saya, mengambil keputusan untuk ke Pasar Tanah Abang dengan menaiki bajar... motor teksi. Terasa kelakar pun ada...saya dan kakak saya masih sempat ketawa-ketawa lagi. Tambang yang dikenakan Rp7,000. Kira ok la tu...hanya 10 minit perjalanan menempuh jammed yang teruk tu.


Tiba di Pasar Tanah Abang, terlalu lah ramainya manusia...sehinggakan kami terpaksa berjalan dari satu bangunan ke bangunan yang lain..naik satu tingkat ke satu tingkat yang lain untuk mencari apa yang kami ingini. Susah betul berkomunikasi dengan mereka kerana mereka [penjual] disana.. tidak memahami apa yang kami maksudkan...
"ibuk tahu ada kain pasang yang penuh dengan kerawang..."
"owhhh...di tingkat atas bukk..."
Bila naik di tingkat atas..dikatanya di bawah...
"bahan ya bukk... bahan di bangunan hujung sana bukkk..." [sebetulnya..mereka menggelarkan kain pasang yang tak siap menjadi baju sebagai "bahan"...

adoyaiii..akhirnya kakak saya dah tak larat untuk berjalan....dan saya sendiri yang dah tak sihat ni....terpaksa gagahkan diri untuk berjalan.

Sebetulnya, kakak saya tahu dimana butik yang hendak kami tujui...namun keadaan masa yang tidak mengizinkan..kami terpaksa berpatah balik ke Tamarin City..kerana takut apa-apa yang terjadi..kami jauh dari keluarga.

Dan akhirnya... tak ada apa yang dibeli di Jakarta. Saya [yang dah sememangnya tak sihat] terus menaiki bas dan duduk di dalam bas sambil menunggu emak...mak teh, kakak saya dan kakak ipar membeli barangan mereka.

Hampir 2 jam berada di Tamarin City, kami bergerak untuk menikmati makan tengah hari di kota Jakarta.


Selesai menikmati hidangan makan tengah hari, kami dibawa pula ke Menara Monas..antara tugu utama yang terkenal di Jakarta dimana di hujung menara Monas itu, disaluti dengan emas tulen.

 Setengah jam menempuh jammed, kami tiba di menara Monas. Sempat juga saya dan suami mengambil gambar kenangan. Cuaca yang teramat panas menyambut kedatangan akmi. Terdapat jualan2 di tepi2 jalan memasuki kawasan penggambaran menara. Namun saya masih berpuas hati kerana dapat bergambar kenangan di sana. 

Oleh kerana cuaca yang panas dan keadaan saya yang kurang sihat, tidak mengizinkan kami untuk naik ke menara Monas tersebut. Cukuplah melihatnya dari jarak yang jauh.


Setengah jam berada di Menara Monas, kami akhirnya dibawa ke Lapangan terbang Sukarno-Hatta. Kami perlu berada di sana 3 jam awal. Jadi bolehlah merehatkan diri disana. 

Bapak Irawan bersalaman dengan kami semua. Memohon kemaafan mana yang terkurang. Selama 4 hari bersama beliau, satu lagii kenangan indah terukir di memori kehidupan saya. Mengenali budaya yang berbeza sesungguhnya mengajar kita erti kematangan. Allah menyuruh kita melihat dan berfikir... jadi terdetik di hati saya...sesungguhnya..saya amat mensyukuri setiap apa yang Allah kurniakan kepada saya....saya mempelajari bahawa betapa Allah mengurniakan kesenangan kepada saya dan keluarga jika dibandingkan dengan mereka yang kurang bernasib baik yang telah Allah lihatkan dimata saya... berfikir dan terus berfikir... 

Sempat jugalah saya membeli belah apa yang tertinggal untuk kawan2 sekerja saya. Walaupun di airport, jualannya menggunakan Dollar...namun, ianya masih murah kalau dibandingkan di Malaysia. Saya sangat berpuas hati dengan apa yang saya beli di sana kerana kualitinya lebih terjamin berbanding dgn jualan di tepi kaki lima.

Di Sukaerno-Hatta Intanational Airport, Jakarta
 Kami menaiki pesawat lewat jam 6.30 petang.

"Selamat tinggal kota Jakarta"

Tiba di Kuala Lumpur International Airport tepat jam 10.15 malam. Dan tiba di rumahku syurgaku tepat jam 3.00pagi. Ya Allah...syukurnya kerana kami telah sampai di bumi yang indah ini... namun...masih rasa berseronok untuk bershopping lagii kerana itu adalah hobi saya...dan hobi semua wanita [mungkin...] hehehe...

itulah serba sedikit coretan kenangan ketika percutian kami sekeluarga...  ;))))




4 comments: