Monday, July 2, 2012

FAMILY TRIP TO JAKARTA-BANDUNG

Assalammualaikum....semoga keredhaan Ilahi mengiringi perjalanan hidup kita. Sesuatu yang baik itu akan lebih bermakna kalau kita kongsikan kebaikkan itu dengan orang lain.. ;)))

Entri kali ni...saya nak ceritakan pengalaman-pengalaman percutian keluarga di Bandung - Jakarta selama 4D3N... ;)))

Perancangan untuk bercuti bersama keluarga sudah lama dirancang [sebelum mak dimasukkan ke IJN lagi]. Almaklumlah..bukan senang untuk mengumpulkan kesemua ahli keluarga untuk sama-sama menikmati percutian bersama. Itupun masih ada seorang ahli keluarga yang tertinggal iaitu kakak sulung saya. Disebabkan beliau terpaksa berkunjung ke Vietnam [atas urusan perniagaan dan kerja], maka beliau terpaksa menolak untuk turut serta dalam percutian kali ini. InsyaAllah..saya berharap agar... di suatu masa yang sesuai..kami sekeluarga dapat berkumpul bersama dan menikmati percutian indah bersama-sama...

Kami memilih agensi perlancongan yang sama [agency semasa melancong ke Korea]  Disebabkan servis yang diberikan sangatlah memuaskan hati, jadi.. kami sebulat suara bersetuju utk memilih travel agency yang sama. Kesemua sekali termasuk emak saudara dan bapa saudara saya..jumlah yang pergi seramai 20 orang. Kami memilih tarikh 26 May 2012 hingga 29 May 2012 [sabtu - Selasa].

Syukur alhamdulillah kerana emak dan abah boleh join sekali percutian ini [Sepastinya perancangan Ilahi itu lebih teratur berbanding kita yang hina ini]. 

Hari yang ditunggu telah pun tiba. 26.05.2012 [sabtu]- Kami sekeluarga berkumpul di KLIA untuk menaiki penerbangan KLM Deutschland pada jam 4.30 petang. Kelihatan wajah anak-anak sedara [bukan mereka sahaja..mak sedara dan bapak sedara pun] sangat teruja dan gembira untuk menikmati percutian ini.

Tour leader Pn Dianaa juga turut serta menemani kami ke sana.

 

Didalam pesawat KLM Deutschland, pramugari dan pramugaranya semuanya seakan sudah berumur dan bercermin mata [boleh macam tu] hehehee... namun servis yang diberikan masih sama seperti yang lain. Cuma mereka sedikit direct dan agak tegas..[almaklumlah...dah sedikit berumur ni... sangat sensitif kan...]. Dalamnya sangat selesa dan luas [besar sedikit dari Korean Air]. Ada Skrin untuk melihat movie/ bermain game/ informasi ketinggian penerbangan dan bermacam-macam lagii...[macam biasalah...en suami saya sempat bermain chess dengan anak2 saudara saya].



Walaupun dijangka 2 jam kami akan tiba di Jakarta, kami masih diberi hidangan untuk dinikmati di sepanjang penerbangan. Hidangan yang diberikan pada petang itu ialah nasi briani ayam dan kek sebagai pencuci mulut [sangat lazat dan menepati selera kami semua]. Ermm... kali ni saya tidak terasa pening atau kurang selesa kerana penerbangannya sangat pendek kan.. hehehee... namun captain terpaksa melewatkan sedikit pendaratan kerana tiada kawasan untuk mendarat... terdapatnya kesesakan di lapangan terbang sukaerno-hatta [mungkin cuti sekolah..ramai yang berkunjung ke sana]. Tapi tak lama pun...cuma delay dalam 20 minit.


Syukur al-hamdulillah..akhirnya kami sampai ke Sukaerno-Hatta International Airport pada jam 7.00 petang [waktu Malaysia]. Waktu disana lewat 1 jam dari waktu Malaysia..maksudnya di Indonesia...masih jam 6.00 petang dan cuacanya sudah gelap. Selepas selesai mengambil luggage masing-masing, kami di bawa oleh tour leader Pn Dianaa untuk berjumpa dengan Tour Leader di sana yang akan membawa kami menjelajahi Jakarta dan kota Bandung. Keadaan di Sukaerno-Hatta International Airport tersangatlah sesak dengan pengunjung yang memasuki negara Indonesia. Mungkin musim cuti persekolah, ramai yang merancang untuk bercuti ke sana termasuklah keluarga saya. 

Kami menanti bas dengan penuh sabar di luar airport yang penuh sesak dengan orang2 berjual itu dan ini. Tak sampai setengah jam, akhirnya kami punya Tour Leader muncul dengan senyuman dan bersalaman dengan kaum lelaki sambil memohon maaf diatas sedikit kelewatannya. Kami dibawa menaiki bas. Bas yang agak pendek yang cukup2 untuk menampung kami sekeluarga...teringat kata-kata anak saudara saya Uwais..."wahhhh...special la bas nih....." hehehe...Di dalam bas... Tour Leader memperkenalkan dirinya Bapak Irawan, pemandu yang akan membawa kami sepanjang percutian itu Pak Muniadi dan pembantunya Pak Budi. Kami terus dibawa untuk menikmati makan malam di Jakarta di salah sebuah restoran yang menghidangkan masakan Minang.

Berselera kami semua menikmati hidangan pada malam itu. Hidangannya sangat special dan lazat. 



sangat sedap...wajib order kalau ke sana... ;))

Selesai menjamu selera, kami dibawa terus ke Bandung. menurut kata bapak Irawan, perjalanan kami memakan masa selama 3 jam memandangkan malam itu adalah malam minggu, jadi highway yang kami lalui itu mungkin akan mengalami kesesakan yang diluar jangkaan. Di sepanjang perjalanan, Bapak Irawan mula berkenalan dengan kami semua dan mudah mengingati nama-nama kami semua. Beliau menerangkan tentang sejarah Jakarta dan Bandung serta nama-nama yang kebanyakkan bermula dari huru C di Bandung [sangat intelligent mengenai sejarah]. En suami agak teruja mendengar tentang sejarah kerana beliau memang meminati sejarah. Hampir 1 jam perjalanan, kami singgah di salah satu perhentian yang agak besar untuk berehat seketika...di sini [menurut kata pak irawan] toiletnya sangat bersih dan dijaga rapi... jadi..saya pun mengambil peluang ini untuk membuat temujanji di toilet...hehehe...ternyata... memang benar kata pak Irawan.... sangat bersih. Masih sempat bagi kaum lelaki untuk "mengopi" [minum kopi]. Masih sempat juga saya dan kakak2 saya singgah di salah sebuah kedai [ala-ala mcm seven eleven tu] untuk membeli makanan ringan... harganya sangat murah okeh.... so.. disitulah buat pertama kali saya membelanjakan Ribuan Rupiah yang ada.... hehehee... Hampir setengah jam berhenti, kami meneruskan perjalanan ke Bandung. Disepanjang perjalanan, hampir kesemua baik yang kecik mahupun yang besar terlena di buai mimpi-mimpi indah. Sempat juga saya melihat situasi di luar disepanjang perjalanan. Terlihat lori2 tersadai di tepian jalan. Menurut kata pak Irawan, lori2 hanya akan dibenarkan untuk berada diatas jalan pada jam 10 malam. tidak hairanlah...ada yang memasang unggun api..ada yang berkehmah di tepian jalan.

Saya juga sempat melihat di tengah2 jalan [dipersimpangan masuk sahaja ke bandar Bandung], kelihatan anak2 muda remaja sedang sibuk bermain guitar dari satu kereta ke satu kereta untuk mencari rezeki. Mereka digelar seniman jalanan. Jam 11.30 malam, kami sampai ke lobby hotel Sukajadi. Waduhhhh...cuacanya dingin sekali. Menurut kata pak Irawan..disebabkan Bandung terletak di kawasan tanah tinggi, maka cuacanya agak sejuk berbanding di Jakarta. Betul sekali kata pak Irawan itu.... ;))).

Oleh kerana kesemuanya sudah kepenatan dan kemengantukan, kami terus check in ke bilik masing-masing dan berehat untuk meneruskan perjalanan pada esok hari. Waktu subuh di sana adalah pada jam 5.00 pagi. So, morning call pada jam 4.30 pagi [utk solat subuh] dan sekali lagi pada jam 6.30pagi.

Jom kita beristirehat!!!







1 comment:

  1. Assalamualaikum Tuan/Puan.

    Salam dari Kita Holidays Travel & Tour Indonesia.
    Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Indonesia, jangan risau hati sila hubungi :

    KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
    Tour operator & Travel Agency

    Sebuah serikat yang punya legalitas di Indonesia, memberikan pengkhidmatan tour ground handling di beberapa daerah yang favorit untuk di lawati. Kami arrange secara profesional dan dengan penuh rasa kekeluargaan, juga dengan harga tour yang sangat berpatutan sekali seperti ke : Padang dan Bukittinggi Tour, Aceh Tour, Medan Tour, Jakarta dan Bandung Tour, Jogjakarta Tour, Bali Muslim Tour dan sewa kenderaan.

    Contact person : Amsyahril
    Mobile : +6285263007445
    E-Mail : am_holidays@yahoo.com / kita_holidays@yahoo.com / kitaholidays@yahoo.com.


    ReplyDelete