Wednesday, August 22, 2012

PERKAHWINAN KITA ;))

Syukur alhamdulillah...hari ni (22.08.2012) genaplah 4 tahun perkahwinan KAMI. Selamat ulangtahun ke 4 suami. Seronoknya menjadi suri di hati awak... dan paling indah menjadi makmum berimamkan awak. Kita bersama-sama membaca al-quran, bertahmid dan menadah tangan berdoa kepadaNya memohon agar ikatan yang suci ini kekal hingga ke jannahtul firdausNya.

“Seorang perempuan, berlindung pada suaminya untuk
memperoleh kekuatan dan kehidupan,
sedangkan lelaki berlindung kepada isterinya untuk
memperoleh kecintaan dan kehidupan.”

Perjalanan kita masih jauh. Dihadapan penuh ujian dan dugaan hebat yang perlu kita tempuhi. Senjata utama yang perlu kita sediakan adalah berdoa kepadaNya. Mengharapkan ihsan dariNya agar kita tabah, sabar dan redha menempuhi onak dan duri kehidupan ini. Walau badai melanda sekalipun...saya harap kita berdua dapat menempuhinya dengan kesabaran demi sebuah bahtera yang telah terbina ini... jangan biarkan bahtera ini hanyut tanpa arah dan tujuannya.

Nukilan ini saya coretkan khas buat pencinta hati penawar duka saya....


Wahai imamku....
saya bersyukur kerana dipertemukan dengan insan sebaik awak.
Benarlah kata orang...
pandangan dan pendapat orang tua itu sebenarnya sangat berguna
dan pandangan mereka dalam menilai awak adalah tepat dan betul..
bimbinglah saya dengan jujur dan ikhlas kejalan Ilahi.


Wahai nakhoda sepanjang hidupku...
ketahuilah bahawa,
saya tidak sebijak Aisyah Humaira atau sekuat dan setabah Fatimah,
namun jadilah nakhoda yang akan senantiasa membawa saya
ke jalan yang lurus dan benar supaya kita sama-sama melangkah masuk ke syurgaNya
dengan kasih sayang dan cinta yang mekar disepanjang masa.


Wahai kekasih hati dunia dan akhiratku..
seiring peredaran waktu...
hanya satu yang saya pinta..
janganlah awak berubah hati...
ketahuilah bahawa cinta saya pada awak semuanya kerana Allah.
Ianya tidak akan berubah sehingga ke akhir nafas saya...
Semoga saya tetap menjadi BIDADARI awak di syugaNya nanti.
Tiap hari yang berlalu, telah dilewati dengan selalu mencintaimu..
kerana awak PEMILIK CINTA SAYA SETELAH ALLAH DAN RASUL...
maka, cintailah saya dengan seadanya....


Tiada seindah kata yang mampu saya lafazkan melainkan rasa syukur kepadaNya kerana jodoh ini...indahnya kehidupan bersama awak dan saya akhiri dengan ucapan terima kasih kerana menerima saya seadanya saya....


Ya Allah Ya Tuhan Kami,
Andai Kau berkenan, limpahkanlah kepada kami
Cinta yang Kau jadikan pengikat rindu
Rasulullah dan Khadijah Al-Qubra yang Kau
jadikan penghias keluarga NabiMu yang suci.


Ya Tuhanku Yang Maha Pengasih
Andai semua itu tidak layak bagi kami
maka cukuplah permohonan kami dengan redhaMu
jadikanlah kami suami isteri yang saling mencintai
dikala dekat dan jauh
saling menghibur dikala duka
saling mengingati dikala bahagia
saling mendoakan dalam kebaikkan dan ketaqwaan
saling menyempurnakan dalam peribadatan


Ya Tuhanku Yang Maha Penyayang
Sempurnakanlah kebahagiaan kami dengan
menjadikan perkahwinan ini
sebagai ibadah kepadaMu
dan bukti pengikutan dan cinta kami
kepada sunnah RasulMu
Sesungguhnya Kaulah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Amin Ya Rabbal 'Alamin...





Happy anniversary yang ke 4 !!





Terima kasih kerana membaca entry ini =))

2 comments:

  1. Wahhh .. sungguh syahdu kata-kata awak nie ... terharu saya mendengarnya .. terima kasih wahai pemaisuri hatiku .. I Love you.

    ReplyDelete
  2. kata-kata ini lahir dari hati ku yg ikhlas ini khas utk awakkkk.... terima kasih awakkk....;)))

    ReplyDelete