Thursday, September 6, 2012

SAHABAT SEJATI

Assalammualaikum....salam ukhwah..salam persahabatan dan salam ceria.... ;)))

Jom kita hayati kata-kata dibawah ini...

“Seandainya engkau bertemu seorang kawan yang sanggup bersusah atas nama kesetiaan,
mendahulukan atas nama kebajikan, menyimpan keaibanmu atas nama kejujuran,
menegur kelemahanmu atas nama kebaikan, memendam rasa terkilan demi menjaga perasaan,
ketahuilah bahawa dia bukanlah seorang kawan
tetapi seorang saudara & SAHABAT sejati yang sukar di cari ganti…”

Hari ni macam nak meluahkan mengenai SAHABAT la pulak. Pasti semua orang mempunyai SAHABAT yang sejati yang senantiasa bersama kita dikala susah dan senang...dikala suka dan duka..dikala kita memerlukan dan diperlukan...sanggup bekorban apa saja demi seorang yang bernama SAHABAT walau terpaksa mengecewakan hatinya sendiri demi menjaga sebuah persahabatan....Begitulah setianya seorang yang bernama SAHABAT.

Oleh yang demikian, tidak semua sahabat itu betul2 sahabat yang setia dan sejati...mari kita fikir2kan bersama.

Entah kenapa..hari ini saya tertarik untuk bercerita mengenai SAHABAT. Kadang kala, kita sukar untuk menafsir sifat manusia...mudah untuk menafsir sifat dan sikap kucing saya Tabby...[hehee...] tetapi sikap manusia ni susah ditafsir walaupun dia rapat dengan kita.

Apakah maksud SAHABAT

SAHABAT adalah seseorang yang banyak memberi manfaat dan kebaikkan diantara satu sama lain. SAHABAT juga adalah seorang yang setiakawan yang akan membantu kita apabila kita berada di dalam kesusahan, meredakan kesedihan, menghilangkan kebimbangan dan sanggup berjuang demi kebaikkan sahabatnya selain mampu menyimpan rahsia dan keaiban sahabatnya. SAHABAT juga akan melindungi sahabatnya yang lain. SAHABAT tidak semestinya akan memiliki minat dan pendapat yang sama, tetapi mereka akan senantiasa ada apabila diperlukan.

Mungkin saya silap...selalu menganggap hati orang seperti hati saya... tapii hakikatnya..manusia ini dilahirkan dengan pelbagai perbezaan yang amat ketara dgn kita. Jadi selepas ini....saya akan senantiasa berhati2 untuk memilih kawan atau teman dan SAHABAT.

Sejujurnya... tidak semua KAWAN dan TEMAN akan menyukai cara kita, keputusan dan tindakan yang kita buat untuk sesuatu perkara..tetapi peranan SAHABAT itu sendiri yang akan menegur kita dengan cara yang betul dan memperbetulkan setiap kesilapan dan kekurangan itu. Bukan secara memalukan kita di depan teman-temannya yang lain. Sekali dua..saya boleh terima tetapi...apabila berkali-kali... saya rasa ada sesuatu yang tidak kena disitu... jadi... langkah yang perlu saya ambil ialah menjauhkan diri darinya.. supaya saya tidak akan terlepas cakap dan mengeluarkan perkataan yang mungkin akan menyakiti hatinya. Saya akan membiarkan dia dengan dunianya dan saya akan senantiasa menjaga batas2 saya sebagai seorang SAHABAT..kerana... tidak semua kawan, rakan dan teman..sekalipun SAHABAT dapat menerima setiap apa yang kita lakukan, teguran dan kritikan kita.

Tambahan dizaman yang serba moden ini...kita disediakan dengan laman-laman sosial yang memudahkan kita untuk berinteraksi secara terus dengan rakan2, teman dan sahabat kita. Segala kegembiraan, kesedihan dan apa sahaja permasalahan selain nak makan...nak minum... nak tidur.... nak bershopping semuanya akan di update dari semasa ke semasa. Pada saya..itu adalah hak mereka untuk berkongsi bersama-sama teman dan rakan serta sahabat mereka.. Tetapi... tidak semua orang akan menyukainya. Dan disinilah peranan SAHABAT kita sebenarnya... dia yang akan menjadi pemerhati secara senyap untuk kita dan kemudian akan menegur kita secara telus melalui massage tentang apa yang kita kongsikan. Saya akan selalu menilai dari sudut positif tentang setiap apa yang cuba dikongsikan oleh teman, rakan dan sahabat saya. Jika mereka gembira... sudah tentulah saya akan turut sama bergembira dengan apa yang mereka nikmati, perolehi... Ada juga diantara mereka yang cuba untuk berniaga dan mempromosikan bermacam2 jenis jualan langsung dan ada juga ingin berkongsi kejayaan mereka bersama kita dengan membuka ruang kepada kita untuk berjaya seperti mereka. Secara jujurnya.. saya kurang berminat untuk memasuki apa-apa jua jenis skim2 yang diperkenalkan sekarang ini...namun..saya cuba sedaya upaya menolaknya dengan cara yang baik...namun... jika itu menjadi salah bagi saya untuk memilih jalan hidup saya sendiri untuk berjaya.... saya minta jutaan kemaafan kepada teman dan sahabat saya...kerana langsung tiada niat dihati saya untuk menyakiti hati sesiapa dan tolong jangan jadikan saya sebagai musuh yang ketat diatas penolakan tersebut. Kita diberi hak untuk memilih dan disitu pentingnya keutuhan dan kekuatan hati kita untuk menerima setiap keputusan dengan hati yang terbuka. Jangan nampak sangat kerana hal itu...orang2 yang menolak ini diketepikan dari hidup anda. Bukalah ruang yang lain sebagai teman atau rakan untuk berkongsi perkara yang lain.

Lebih malang lagi...tindakan dan apa yang cuba kita kongsikan disalah tafsir. Jika mereka sendiri boleh berkongsi segala kegembiraan mereka...bercerita tentang apa yang mereka alami...apa pula salahnya saya untuk berkongsi kegembiraan yang diperolehi..... tak ada salahnya kan... ;))

Untung juga kita didedahkan dengan laman-laman sosial ini. Kerana kita secara diam akan mengetahui hakikat sebenar perangai setiap orang. Walaupun tidaklah 100% nya betul..tetapi 95% itu akan tepat pada penilaian saya. Dan yang penting..terimalah semuanya dengan hati yang terbuka.. segala kelebihan orang dan kekurangan kita. Cuba menilai dari sudut positif. Tolong jaga adab2 ketika mengeluarkan sesuatu perkataan supaya ianya tidak menyinggung hati dan perasaan sesiapa pun...membangkitkan kemarahan dan ketidakpuasan hati teman2 kita. Janganlah terlalu mengikut perasaan sendiri sehinggakan tanpa kita sedari kita telah menyakiti hati dan perasaan orang lain. Saya juga selalu mengingatkan diri saya sendiri.

[Laman-laman sosial ini sebenarnya berfungsi untuk mengeratkan lagi tali silaturrahim sesama kita bagi memudahkan kita berinteraksi diantara satu sama lain, mendekatkan yang jauh, mengeratkan lagi ikatan persaudaraan dan setiakawan.... BUKAN untuk mencari musuh, menebalkan rasa iri hati, hasad dengki, dendam dan cemburu. Semoga kita semua dijauhkan dari semua itu... think positive ok...]

Satu hal yang menyedihkan saya..apabila SAHABAT yang pernah berkongsi suka dan duka...senang dan susah bersama saya suatu ketika dulu..turut menjauhkan dirinya dari saya. Menjadikan saya seolah musuhnya yang maha ketat. Namun..saya tidak meyalahkan dia 100% kerana saya pasti kesalahan itu turut datangnya dari saya sebagai penyebabnya. Saya selalu berkata pada diri saya sendiri dan mungkin SAHABAT yang membaca...sebelum kita menunding jari ke arah orang..menuduh kesalahan dan permasalahan itu datangnya dari dia....4 jari akan menunjuk ke arah saya...... jadi..sebelum 4 jari itu menuju ke arah saya... saya akan cermin diri saya dan berfikir dan mencari apakah kesalahan saya.. Saya akan muhasabah diri saya dan seperti biasa....en suami akan menjadi rujukan...Saya bukan yang terbaik..tetapi In shaa Allah akan berusaha untuk menjadi yang terbaik untuk SAHABAT saya. Semoga SAHABAT saya dapat memaafkan saya seikhlas hatinya. Andai saya tidak penting lagi dihatinya... saya pohon agar..tempatkanlah nama saya dimana2 sekalipun jauh disudut terpencil lubuk hatinya...sekurang2nya..nama saya ada terukir di sudut terpencil itu ;)))

Saya turut mempunyai SAHABAT2 yang masih menghargai saya... bukanlah saya terlalu ingin dihargai tetapi...sekurang-kurang merekalah tempat untuk saya berkongsi suka dan duka... bergelak ketawa dan mengimbau kenangan2 yang sangat manis yang pernah terukir suatu ketika dahulu. SAHABAT yang akan menegur saya secara telus. Yang akan mempertikaikan tindakan saya...yang memaksa...yang mendesak... dan yang lebih selesa apabila kita boleh menerima apa saja kritikan bersama-sama. Saya pasti kebanyakkannya begitu kan. Kita mengukir kenangan indah bersama sahabat-sahabat kita... berkongsi segala masalah dan memberi jalan penyelesaian yang tidak memudaratkannya.

Sebenarnya...jika kita senantiasa berfikir secara positif... menerima dengan hati yang terbuka....segala kelebihan dan kekurangan kita dan orang disekeliling kita... semua permasalahan yang kronik tidak akan timbul...segalanya berpunca dari HATI. Jadi...bersih2kanlah hati dan cermin2lah diri kita supaya bila kita memandang kelebihan orang... dan nampak kekurangan kita... bergaullah dengan orang yang lebih dari kita itu supaya dia dapat menutupi kekurangan kita dan mungkin kita juga akan turut akan menjadi sepertinya..tidak kira dari sudut diri kita mahupun ilmu yang dia ada. Jika kita sedih..dan melihat dia senantiasa gembira... maka bercampurlah dengannya supaya kita boleh menjadi segembira dia...Sesungguhnya jadikanlah mereka sebagai sumber inspirasi..... sekurang2nya tanamkan dalam hati kita untuk menjadi lebih lagi dari mereka.....[bersaing secara positif] Buangkanlah segala tanggapan negatif kita terhadapnya.. andai SAHABAT kita jauh tersasar dari hidupnya...maka kita doakanlah..semoga Allah memberi hidayah kepadanya untuk kembali ke landasan yang betul.

Hubungan PERSAHABATAN itu tersangatlah penting. kerana doa seorang SAHABAT jugalah yang boleh menyelamatkan kita dari seksaan api neraka..kerana itulah..kita perlu menjaga nilai seorang SAHABAT dan menghargainya.

Saya menyayangi SAHABAT2 saya..... semoga saya dapat memperbaiki segala kekurangan saya...memperbetulkan segala kesalahan saya...... menjadi yang terbaik untuk SAHABAT2 saya... Berdoa dan terus berdoa...agar saya dan SAHABAT2 saya senantiasa berada di dalam kasih sayangNya...rahmat dan lindunganNya...aaminn... terima kasih wahai SAHABAT...semoga kita bersama-sama dikumpulkan di dalam JannahNya yang sangat indah....



Ehsan dari en google






Terima kasih kerana membaca entry ini =)))

2 comments:

  1. salam kak lia...
    jgn sedih2 yer... mungkin itu semua dugaan utk kak lia yg cekal hatinyer...

    ReplyDelete
  2. w'salam.... InsyaAllah... Allah tahu semuanya...tq my dear.... ;)))

    ReplyDelete