Friday, November 16, 2012

SALAM MAAL HIJRAH 1434

Assalammualaikum dan salam mahabbah semua... salam maal hijrah....semoga hari ini serta hari-hari yang akan datang... mendatangkan sejuta kebaikkan kepada kita semua.

Sebelum saya memulakan penulisan...jom kita hayati kata-kata dibawah ini...

Teruskanlah berjalan kehadapan, bangkitlah dan menghadapi apa jua yang mendatang. InsyaAllah..jika kita memulainya dengan doa dan pengharapan yang baik..
Allah tidak akan mepersiakan doa dan harapan kita itu....

Kegagalan adalah cara tuhan mengajar kita tentang pantang menyerah, kesabaran dan percaya diri sendiri. Untuk itu, janganlah ditangisi kesalahan dan kegagalan itu, sebaliknya, tersenyumlah kerana di setiap kesalahan dan kegagalan itu sebenarnya mengajar kita agar berusaha dengan lebih baik lagi.
Kita semua pastinya pernah melakukan kesalahan dan melalui kegagalan, namun..terdapat perbezaan yang sangat ketara antara kesalahan dan kegagalan yang tidak disengajakan dan disengajakan. Oleh itu, cintailah apa yang akan kita lakukan hari ini dengan memulakannya dengan doa yang sangat indah.
Di dunia ini tiada yang menarik jika kita tidak tertarik dan janganlah bersedih ketika melakukan kesalahan dan mengalami kegagalan dalam hidup.. teruskanlah berjalan dalam menghadapi perjuangan hidup ini... ;)))
 

Syukur alhamdulillah kerana dengan izinnya, kita telahpun berada di dalam tahun 1434hijrah. Sering saya bertanyakan pada diri..apakah penghijrahan yang telah saya lakukan. Penghijrahan yang terdapat dalam pelbagai aspek dalam kehidupan kita. Kalau kita sering menanamkan azam tahun baru dalam tahun2 masihi... kenapa tidak kita ubahkan ia...tanamkan azam untuk tahun hijrah...menghijrahkan diri kearah yang lebih baik...lebih sempurna..lebih efisen dan lebih cekap dan amanah.

Jika kita pernah mengalami kegagalan dalam hidup kita... kita bangun semula untuk terus berjalan kehadapan mencari kecemerlangan yang Allah janjikan untuk kita.

Jika kita bersedih dengan takdir diri kita..."orang lain ada..kita tiada..."
keluarkan perasaan itu dari dalam diri kita...
sesungguhnya apa yang dimiliki seseorang adalah yang terbaik untuknya dan terbaik untuk kita jika kita tidak memiliki apa yang dimiliki oleh mereka..
kerana sesungguhnya janji Allah dan takdirNya itu sangat sempurna... percayalah...
[saya selalu berpegang teguh dengan kata-kata ini yang lahir dari dalam diri saya sendiri..yang hadir ketika saya pernah rasa kecewa dengan tohmahan orang terhadap saya..memiliki kesempurnaan hidup mereka dengan kehadiran cahaya mata dan saya tiada semuanya itu...namun...Allah hadirkan dalam diri saya kata-kata kekuatan ini...syukur alhamdulillah...saya berjaya mengatasi perasaan sedih saya dengan mensyukuri nikmat kebahagiaan dan kasih sayang yang Allah berikan kepada saya dengan seorang suami yang sangat penyayang...itulah hikmahNya]

Penghijrahan...bukanlah untuk mencari kesempurnaan di mata orang lain...untuk dipuji dan diangungkan..sebaliknya penghijrahan yang sempurna dilakukan semata-mata kerana Allah. Dan penghijrahan itu mendatangkan kebaikkan kepada orang lain juga..bukan untuk mendapat pujian tetapi untuk mendapat keredhaan Ilahi...itu yang penting.

Hijrah itu pengorbanan...hijrah itu perjuangan...hijrah itu persaudaraan..hijrah membentuk perpaduan....
-sangat sempurna susunan ayat diatas ;))

Saya suka kata-kata Dato Dr. Hj. Mohd Fadzilah Kamsah...

Halangan terbesar kpd HIJRAH DIRI ialah: KITA MASIH BERBOHONG KPD DIRI SENDIRI. Contoh bohong yg nyata:

1.Kata yakin Allah Maha Pemberi, tapi kita kurang berdoa utk minta bantuan,

2.Kata nak hijrah diri tapi tak mengaku kelemahan/kesilapan diri,

3.kata Allah cipta kita dgn sempurna tapi tak yakin utk berjaya,

4. kata nak cuba sungguh2 tapi tak,

5. Kata nak istiqamah tapi hgt2 tahi ayam,

6.kata yakin kpd qada' & qadar, tapi kecewa bila gagal,

7.kata org Islam bersaudara, tapi masih benci, dengki, dendam & tak bantupun,

8. kata syg kpd pasangan, tapi tak pamer,

9.kata nak jadi pemimpin, tapi tak pimpin keluarga utk masuk syurga,

10. kata bertawakkal kpd Allah, tapi masih berhrp kpd manusia.

Moga Allah bantu kita. 

In shaaa Allah..dengan izinNya... saya mengharapkan kebaikkan mengiringi perjalanan saya dan suami hingga akhirnya.. Segala kesilapan dan kekurangan...akan cuba diperbaiki dari semasa ke semasa.. :)) dan saya berharap agar kesemua saudara-saudara saya yang saya kenali mahupun yang tidak saya kenali membuat satu penghijrahan yang lebih baik... semoga penghijrahan kita ke arah yang lebih baik mendapat keredhaanNya... aminn....


Salam sayang... ;)))

 
 
 
 
 
 
Terima kasih kerana membaca entry ini =)))

No comments:

Post a Comment