Monday, December 3, 2012

CERITA HUJUNG MINGGU - RAMBUTAN LAGI

Assalammualaikum dan salam ceria semua....

Disini saya ingin bercerita mengenai kisah hujung minggu saya sekeluarga dan saudara mara saya. Hari Sabtu kami sibuk Jalan2 cari makan....sementara en suami dan anak saudara saya Ican masih lagi ber tournament... Hari minggu kami cuma masak simple sahaja. Oleh kerana semalamnya dah makan bagai nak rak... hari ini kita masak menu yang simple tetapi sedap... hihihii..

Di sebelah petang...seperti yang kakak2 saya berjanji dengan sepupu saya... kami akan ke rumah emaknya [emak saudara kami la tu...] untuk mengambil buah rambutan [rambutan gading-bewarna kuning] yang masak ranum di pokok yang rendang. Alahai...dah la batuk saya belum sepenuhnya sembuh...nak pulak ambil rambutan yang nampak sangat enak....[moody betul la....].

Sampai sahaja di rumah mak yang...kami duduk sekejap dan beberapa minit kemudian..kami meneruskan agenda kami untuk mengambil buah rambutan. Memang banyak dan rendang betul pokoknya... Mak yang sibuk mengait... saya sibuk mengambil yang rendah..petik je tau... sementara kakak2 saya mengait yang tinggi sedikit. Tak berapa lama lepas tu......datang pula mak teh saya untuk memeriahkan lagi suasana... dalam keadaan seperti itu...saya teringat suasana yang sama di rumah arwah Opah saya... masih terbayang bagaimana kami saudara mara berkumpul di belakang rumah sambil mengait dan memanjat pokok rambutan dimana terdapatnya unggun api untuk menghalau nyamuk yang gile banyak... [rindu arwah opah saya.... huhuhuu...].

Berbalik cerita mengait rambutan itu tadi..kedengaran suara riuh rendah tatkala emak saudara saya, mak teh memanjat pokok rambutan yang rendang itu. Unggun api dipasang bagi menghalau nyamuk yang banyak..saya sendiri berliang2 digigit... sekali pukul dapat 3 ekor..mak aiii......tapiii biasalah... petang2 hari nyamuk sememangnya banyak... namun saya masih gembira kerana suasananya cukup harmoni dan happening... sambil mengait rambutan..sambil bergelak ketawa...sambil itu juga..kami snap beberapa gambar....[saja suka menggedik okeh...]. Sedar tak sedar... berbakul dan berplastik2 kami berjaya menurunkan buah rambutan yang enak dan lazat itu... satu persatu saya lihat kakak2 dan emak serta emak2 saudara saya melemparkan kulit rambutan....[sangat jeles okeh....] saya.... hanya melihat dengan perasaan yang...ermmmm...... grrrrr...grrrr.... huhuhuhuu...



Gedik santai... ;))



mak teh yang berani panjat pokok rambutan sambil mengait...hihihi



gedik santai with my beloved mak mak sedara



KAMI... dengan buah2 rambutan yang berjaya dikait... ;P

Selepas selesai mengait rambutan... kami dijamu dengan hidangan laksa..[yang dimasak oleh sepupu saya]... sangat yummy juga...sambil dihidangkan dengan air ais yang sesuaiiii bagi orang yang berpeluh2 mengait rambutan tadi.... saya.... batuk tetapi minum ais...bagussss sangat.... kalau rambutan boleh pantang...tapii ais saya minum jugak....mmg bagusss...[tapiii honestly... semalam dgn hari ni barulah saya minum aiss...setelah hampir 2 minggu menanggung derita...huhuhuu...]...apa yang pasti....kami sangat happy..sambil makan sambil bersembang....tak sedar..sepinggan laksa dihabiskan.... wahhh mmg hebat.... hehehe...

Dah lama kami berada di rumah mak yang.... hujan renyai2 mulai turun membasahi bumi... kami akhirnya mengambil keputusan untuk pulang.... thanks a lot to mak yang sekeluarga kerana menjemput kami mengait rambutan yang sangat enak.... dan hidangan laksa yang sangat yummy yg dimasak oleh sepupu saya...

Balik tu...sempat juga singgah ke Mydin..tadi dah makan dan minum... ni kali minum lagii... sementara menanti cik zara [anak saudara saya] membodek ayahnya.... macam2 nak........

Dan akhirnya..kami tiba di rumah...saya sekali lagi disambut oleh en suami...kelihatan wajahnya yang riang gembira... kerana menjadi pemenang tempat ke- 3 dalam pertandingan chess.... tahniah en suami.... ;)))





Terima kasih kerana membaca entry ini =)))

No comments:

Post a Comment