Thursday, December 20, 2012

JAGA BUDI BAHASA DAN ADAB SOPAN

Assalammualaikum dan salam kasih sayang......salam penuh ukhwah.
Jom kita mulai hari kita dengan kata-kata di bawah ini...

Kecantikan hati, tutur kata dan budi adalah kecantikan manusia yang paling indah
yang paling sukar dihampiri selagi dunia fana ini masih terbit pergolakan untuk menakluki bumi Allah

- Laman Nurani -

Pentingnya budi bahasa dalam kehidupan seharian kita. Adab-adab semasa menuturkan perbicaraan itu juga penting kerana..apa yang terkeluar dari mulut kita...perkataan kita...tingkah laku kita...itulah yang akan dinilai oleh orang terhadap kita. Saya mengakui..saya bukanlah manusia yang sempurna. Dan kita perlu akur...kerana tiada manusia yang sempurna di dunia ini melainkan Allah. Namun.. sedikit sebanyak...kita boleh memperbaiki diri untuk ke arah yang lebih baik.

Ada sebilangannya...kesalahan orang lain dia nampak..tetapi...salah sendiri dia tak nampak...[rasa mcm nak je letakkan cermin besar kat depan dia]. Ada juga yang langsung tidak reti menggunakan budi bahasa dan adab sopan yang dianugerahkan oleh yang Maha Esa kepadanya. Setiap makhluk di muka bumi ini dianugerahkan dengan adab dan budi pekerti yang mulia. Janganlah kita sia-siakan disetiap anugerah yang Allah kurniakan kepada kita. Sebelum kita nak menilai orang, kita renung diri kita dahulu. Nak menilai orang tu tak salah.......tapiiii bukan menilai dengan mengata atau mencebik bibir apabila melihat dia.. tetapi......menilailah dari dalaman diri sambil berdoa semoga dia menjadi lebih baik dari kita bukan mendoakan yang buruk untuk dia.

Tahukah anda semua...apabila seseorang itu mendoakan kebaikkan kepada orang lain tanpa orang itu mengetahuinya...Allah akan makbulkan doa kita dan kita akan mendapat pahala yang tidak terhingga.

Jika kita terlalu mencari keburukkan atau kesalahan orang lain terhadap kita......pastinya orang itu tidak akan nampak apa kebaikkan2 yang pernah dia lakukan kepada kita malah pandangan kita pada dia akan senantiasa ada yang tak kena........serba tak kenalah dari segala sudut dan pandangan kita......

Positifkanlah diri dan cuba menerima mereka itu seadanya. Kerana, ianya sedikit sebanyak..boleh membantu kita mengawal hati dan perasaan kita serta riak di wajah kita agar orang lain juga tidak perasan yang kita sedang memandang serong padanya...... kadang2 sebenarnya....jika kita terlampau mencari kesalahan orang terhadap kita....... kemungkinan besar....ianya akan teserlah di wajah kita.......jadi....kawal lah hati dan perasaan kita untuk senantiasa menjaga hati dari sifat membenci dan iri hati.

Sejujurnya....tidak semua orang akan sukakan kita. Itulah hakikat yang harus kita terima.

"Contohilah Hamka... orang bertanya kepadanya... kenapa beliau sanggup menerima lantikan sebagai imam solat jenazah Sukarno sedangkan dia pernah menyeksa Hamka di dalam penjara dan bermacam2 lagi yang dilakukan... Hamka menjawab ringkas.... perkara pertama: Kalau orang buat jahat pada kita..dan dibalas pula dengan kejahatan...itu perkara biasa.. perkara kedua: Jika orang membuat kebaikkan kepada kita...tetapi di balas pula dengan kebaikkan..itu juga perkara biasa. perkara ke tiga: jika orang membuat kebaikkan tetapi dibalas pula dengan kejahatan...itu juga perkara biasa dan perkara ke empat: jika orang membuat kejahatan kepada kita..tetapi dibalas dengan kebaikkan... itu sangat luar biasa... Jadi amalkanlah perkara ke empat itu supaya hati kita tidak rosak kerananya. Jadi saya nak awak fikirkan kata-kata ini... "
Jika kita dibenci....di kata dengan bermacam2 perkara.....semua perkara yang kita lakukan...semuanya tak betul dimata mereka..... kita cuba ingin berdamping semula memulihkan keadaan tetapi dianggap lain oleh mereka.... kita mencari....dimana salah kita.....mungkin kalau ada....kenapa mereka masih tidak memberi ruang dan peluang kepada kita untuk memulihkan kembali keadaan itu...

Itulah sebenarnya sifat manusia........kerana kita memiliki apa yang mereka tiada.....

Jika kita senantiasa bersyukur dan redha dengan apa sahaja yang Allah kurniakan kepada kita dan kemudian kita tidak riak dan bangga dengan apa yang kita miliki.....sepastinya Allah akan melipatgandakan kesyukuran kita tu dengan bermacam cara. Dia berikan kita kebahagiaan dan kegembiraan dalam berkasih sayang... yang penting...kita kena jaga hati kita kerana Allah...Allah lebih mengetahui segalanya berbanding mereka.

Biarlah orang buat kita..... jangan kita buat orang.... jangan belajar benda yang buruk dari orang.... belajar benda dan perkara yang baik.......

Kita boleh cuba pulihkan keadaan dengan berdiam.....kerana..... kita bukan siapa2 dimata mereka......berdoalah....agar Allah berikan hidayah kepada mereka....selagi hati kita tulus dan ikhlas mahukan kebaikkan......InshaaAllah...kebaikkan lah yang akan diperolehi....yakinilah dengan janji2 Allah...DIA tidak akan menguji manusia melainkan DIA tahu kemampuan hamba2Nya.....

Jagalah budi bahasa dan adab sopan kita jika kita berhadapan dengan sesiapa sahaja. Even kalau dengan binatang sekalipun kerana...percaya atau tidak...binatang ini tidak akan bertindak melulu jika kita tak usik dia...sama juga konsepnya dengan manusia yang penuh dengan emosi ini..

Betul... kita boleh buat apa yang kita suka... "suka hati itik serati aku lah nak kata apa..nak buat apa...ko susah hati apa pasal...."

Sebenarnya... dia salah..sebab...dia berkawan dengan makhluk yang bernama manusia.....apa gunanya kita berkawan dan mengenali jika kita tidak pandai nak menjaga tutur kata kita sehingga ada ketika ianya menyinggung perasan orang lain yang mengenalinya...walaupun dia tak tuju pun pada orang itu... tapiii... dari situ orang dah tahu awak tu macam mana.... kalau rupa cantik tapii budi bahasa "kosong"... anda tetap nampak "kosong...kosong...kosong...." [najwa latif.....hehehee...].

Semoga saya dapat audit diri saya untuk menjadi yang terbaik. Saya menulis untuk mengingati diri saya juga supaya saya tidak tergolong dalam golongan hati2 mereka yang sebegitu. Memperbaiki diri ke arah yang lebih baik...itu satu keperluan... tetapi...jika ada yang membaca dan mencebirkan bibir menganggap saya ni konon2 nak jadi pakar motivasi...itu satu kemungkinan..dan saya pohon... jika tak suka..jangan baca..dan biarkan saya dengan cara saya....jika ianya salah..tegur lah saya dengan cara yang berhemah....jika tak suka... jgn tunjuk kepada saya yang anda tak suka..sebab saya ni cepat tahu kalau orang tak sukakan saya..... dan kalau saya ada melakukan kesalahan...maafkan saya seadanya saya....

Salam sayang...semoga hari2 kita menjadi semakin indah... ;)))







#coretanmengomeldarisaya =))))








No comments:

Post a Comment