Monday, December 3, 2012

LUNCH DI JURU DINNER DI KUALA GULA

Assalammualaikum dan salam ceria..salam penuh kasih sayang.
Semoga kita semua mendapat rahmat dan keredhaan Ilahi di sepanjang kehidupan kita... aaminnn...

Hujung minggu lepas.. saya dan adik beradik merancang untuk lunch di Juru, Penang. Kebetulan en suami dan anak saudara saya Ican memasuki pertandingan chess selama 2 hari [Sabtu dan Ahad]. Dan kebetulan pula 2 anak saudara yasmin saya tak ada...[mengikuti hari keluarga belah ayah mereka 3D2N di Teluk Senangin Perak]..soo...lewat malam perancangan dibuat dan dapat juga direalisasikan pada keesokkan harinya. Jam 10.30 pagi..kami bergerak dari rumah terus ke Juru [dalam keadaan lafarr okeh... sarapan pun tak sempat nak ambik...].

Kami tiba tepat jam 12.30 tgh hari dimana memang sesuaii sangat untuk makan tgh hari..di tambah pula dengan perutku yang sudah berkeroncong kuat.... hehehe... Punyalah ramai manusia... nama tempat makan yang menjadi idaman kami [setelah hampir beberapa bulan tidak makan di situ] ialah... NASI IKAN BAWAL BAWAH POKOK KELAPA SAWIT, JURU, PULAU PINANG... tempat ini sangat popular dengan pengunjung yang datangnya dari pelusuk tempat dan daerah... Lokasi tempat ini agak ke dalam sedikit... keluar sahaja tol Juru, terus susur ke kiri [trademark dia - proton edar, Mc Donald, Coffee Bean]... Jalan terus lagi, ada satu simpang ke kanan [500 meter selepas stesen minyak petronas] terus masuk ke simpang itu... trademarknya.. terdapatnya banyak kereta pengunjung yang mengunjungi gerai ikan bawal ini. Dan sudah pastinya... terdapatnya deretan pokok kelapa sawit.

Okey..saya ceritakan sedikit tentang tempat ini. Tempatnya bukanlah seperti restoran2 yang biasa yang kita lihat atau seperti restoran mewah. Ianya seperti gerai biasa dimana ada sebilangan pengunjung akan duduk dibawah bumbung yang tersedia dan kebanyakkannya di bawah2 pokok kelapa sawit dan kerana itu namanya juga ada kena mengena dengan bawah pokok kelapa sawit. Walaupun begitu... terlalu ramai pengunjung yang berkunjung ke situ untuk menikmati ikan bawalnya yang garing dan dicicah dengan kicap pekat yang pedas... dan percayalah..ianya sangat berbaloi jika kita travel jauh untuk menikmati keenakkan masakannya. Selain ikan bawal goreng garing yang dicicah kicap.. terdapat juga gulai dan ulam-ulaman yang enak dicicah dengan sambal belacan...antaranya kuah karinya yang sangat marbelosss ok...hehehe... percayalah..sangat berbaloi dan sangat sedap. Ikan bawal digoreng kejap itu juga dan terus masuk ke pinggan kita panas-panas... hehehe... [kena beratur panjang untuk ambil ikan bawal tersebut ok....]. Minuman disediakan digerai lain...air kelapa muda akan menjadi pilihan kami sekeluarga setiap kali ke sana...Harganya tersangatlah berpatutan.. selalunya kami akan ambil 8-10 ekor bawal goreng yang akan menjadi menu utaman kami..meratah ikan... dan gulai serta ulaman beserta sambal belacannya yang memang terangkat....Jom layan gambar....



Ikan bawal yang digoreng garing sampai ke tulang... ;))


 
Inilah kicap pedas.... yummy..yummy...



Selepas menikmati luncheon kami... keputusan diambil untuk terus masuk ke Penang. Kami sepakat untuk melalui Jambatan Pulau Pinang.. dan jalan semasa musim cuti persekolahan ini teramatlah sesak dengan kenderaan yang berpusu2 masuk. Ramai pengunjung yang ingin mengunjungi Pulau Pinang...[antara negeri pelancongan yg famous di Malaysia]. Kami mengambil keputusan untuk berjalan2 di Queensbay Mall, Penang..[jalan2 cuci mata]. Dan sekali lagi kami tersekat dalam jammed [terlalu ramai orang]. Nak tak nak..kami terpaksa meneruskan penerokaan kami di dalam mall berkenaan sementara menunggu waktu yang sepatutnya untuk bergerak kerana kami mempunyai agenda lain pula untuk dinner... hehehee... soo...jalan2 cuci mata di dalam mall yang sesak dgn manusia adalah sesuatu perkara yang membosankan apatah lagii kami tiada niat untuk membeli apa2 barangan pun....akhirnya..kami duduk di tepian laut sambil menikmati keindahan panorama ciptaan Ilahi...

Tepat jam 3.00petang- daripada Queensbay Mall.. kami mengambil keputusan untuk meneruskan perjalanan kami untuk jalan2 cari makan di Kuala Gula, Taiping. Orang kata di sana terdapatnya Restoran Terapong yang fomous dengan masakan kari ikan semilang dan ketam kulit lembut... wahhh...

Disepanjang perjalanan, hujan turun dengan lebatnya menemani perjalanan kami ke Kuala Gula. Kakak saya mengambil tindakan yang sangat cerdik...[hehehe..] menghubungi pn empunya restoran bertanyakan exit dari Penang dan lokasi restoran ini berada.

Untuk pengetahuan semua..jika kita dari Penang...nak ke Kuala Gula... perlu exit Jejawi dan terus ke Bagan Serai kemudian cari signboard ke Taiping - Kuala Kurau...kita perlu melalui Kuala Kurau [pekan jualan ikan kering dan telur masin...kat sini sangat famous] pergi naik Flyover / jambatan dan terus nampak signboard ke Kuala Gula. Dan satu2nya kedai makanan yg signboardnya tertulis J.S MUARA RESTORAN TERAPUNG KUALA GULA.. dan disitu terdapatnya chalet terapung..bagi pengunjung yang suka akan susasana dan keindahan laut serta suka beraktiviti memancing... memancing di depan bilik...[sangat best ok!!!!..wajib ajak en suami ke sini.....]. Yang saya jelaskan tadi jika kita dari Penang... Kalau dari Perak...kita boleh exit Taiping (u)..dan terus ambil ke Bagan Serai... kita melalui Kuala Kurau [pekan kecil dan terdapat pasar raya di situ] selepas dari Maybank... terus ke depan...dan ada signboard ke Kuala Gula... 45 minit perjalanan dari exit highway Taiping (u)...

Sampai sahaja di Restoran ini...rasa sangat teruja kerana kami melalui sampan2 yang menurunkan ikan fresh dari laut... sememangnya lokasinya terletak di atas air laut dan sebab itulah ianya digelar Restoran Terapung. Bila setiap kali boat laju melalui kawasan itu...makan berombaklah tempat itu dan kami dibuai oleh ombak berayunan di atas restoran itu...[what a wonderful experience...] terasa macam nak pergi lagi ke sana.... sambil makan...sambil menikmati panorama alam ciptaan Ilahi...

Apa istimewa masakan di sini??? Keistimewaan makanan disini semuanya berasaskan makanan laut. Setiap pengunjung wajib mencuba Kari Ikan semilang, Sotong tumis kicap....udang masak pedas dan hidangan wajib adalah ketam kulit lembut [soft shell crab]..malangnya...sewaktu kami berkunjung ke sana...ketam ini sudah habis dijual... dan sekarang bukan musimnya. [Tak pe...ada peluang kami akan berkunjung lagi ke sini untuk menikmati keenakkan masakan laut yang sangat enak....].







Hidangan yang sangat yummilicious.... udang masak cili, sotong tumis kicap dan semestinya kari ikan semilang 5 ekor..

Tepat jam 6.30petang, kami beredar dengan perut yang kenyang dengan makanan yang sangat lazat. In Shaa Allah... kami pasti akan ke sini lagi untuk menikmati sof shell crab..dan sepastinya, Puan owner meminta kami menghubunginya dahulu untuk menyimpan ketam tersebut... kad diberi kepada kami sorang satu... dan saya rasa..jika kita ingin menikmati satu kelainan... bolehlah ke Restoran ini..kerana....kita dapat menikmati 2 keindahan...keindahan alam ciptaanNya..dan keindahan dalam menikmati makanan yang enak... hihihihiii....

Disepanjang perjalanan..hujan lebat menemani kami dan kami tiba di rumahku syurgaku tepat jam 8.45 malam. Abang ipar saya sibuk nak tengok bola...Malaysia lawan Indonesia... Yeay.... syukur...Malaysia menang ok... Tahniah Harimau Malaya...[tapii sebenarnya...saya tak minat bola pun...].. En suami dan Tabby setia menanti saya dirumah....... ;)))






Terima kasih kerana membaca entry ini =)))







































No comments:

Post a Comment