Monday, December 10, 2012

SANA SINI KENDURI KAWIN [LOVE..LOVE..LOVE]

Assalammualaikum dan salam kasih sayang...

Cuti-cuti sekolah ni...ramai yang adakan kenduri kawin... Jemputan kad kawin dah tersusun rapi kat rumah. Mak apa-apa pun mesti ajak saya dan suami untuk bawakan dia ke kenduri. Kalau mood ok...saya dan suami akan turutkan... tapiii ada ketika kalau moody... hanya en suami dan anak saudara yang pergi temankan mak... hehehe...[dasyatkan saya nih.... nak ke kenduri pun nak kena ada mood... hahaha]... Tapii..selalunya jarang lah saya menghampakan mak... kecuali secara tiba-tiba pada tarikh tersebut..saya terpaksa berkursus ke atau berada di luar kawasan.

First sekali saya dan en suami menerima jemputan kawin daripada Safinas [majlis perkahwinan adiknya].



bergedik santai di rumah mak safinas.... sementara nak menunggu pengantin datang....hehehe

Awal minggu cuti persekolahan, saudara terdekat emak mengadakan kenduri kawin di kampung halaman emak. Makanya saya dan en suami pun bawalah emak dan abah ke kenduri tersebut. Meriah dan sangat cantik ke dua mempelai. Namapun kampung halaman tempat tumpah darah emak... makanya ramailah saudara-mara dekat dan jauh menegur emak dan abah. Dan dari nak balik cepat...terus jadi lambat. Tak cukup berjumpa di kenduri... ada juga saudara yang baik hati menyinggah ke rumah dan berbual dengan kami sekeluarga. Seronok kalau dah berkumpul ni...macam2 cerita semua terkeluar...bergelak ketawa bersama. Tapii masa mencemburui kami...cepat je dah nak masuk maghrib... yang penting kami gembira...



sempat snap 1 gambar je.... huhuhuu

Minggu ke dua cuti persekolahan...ada dua jemputan kawin... pertama dari kawan se tadika saya dan yang kedua dari kawan sekerja saya...[adiknya kahwin].

Minggu ni pula minggu tak sihat dan minggu moody saya.. jadi terasa macam ada terlekat gam cap gajah badan saya di tilam empuk di bilik saya. Kepala asyik ting tong dan rasa sangat tidak bermaya.....akhirnya saya dan suami dengan rela hati terus bersiap dan membawa emak ke kenduri kawan tadika saya dimana emaknya merangkap sahabat baik mak saya...[kawan mengaji mak].



gambar yang hujung kanan tu...gambar pengantin lama... hehehee...

Disebabkan hari ni penuh dengan aktiviti... disebelah petangnya pulak meraikan birthday anak saudara saya zara dan ayoub.....terasa sangat kepenatan dengan diri yang masih kurang sihat... Disebelah malam pula..saya dan suami mendapat jemputan daripada teman sepejabat untuk ke majlis perkahwinan adik lelakinya. Saya pun dah berjanji dengan teman saya Putri untuk ke majlis tersebut.

So...disebelah malam selepas maghrib..saya dan suami pergi ke Majlis perkahwinan adik lin ni tadi...



sempat bergambar bersama lin dan suami... saya dan en hubby dan saya dan putri...

Semalam 9.12.2012 - Saya dan en suami memenuhi jemputan oleh sahabat lama saya Farhan yang mendirikan rumahtangganya bersama wanita pilihannya Masyitah.. Tahniah kepada Farhan...dulu masa kenal dia ni..orangnya kecik je...tapii..dah lama tak jumpa... bila sekali tengok...dah berisi dah si Farhan ni...apa2 pun mereka semuanya sangat sepadan...



alamak...masa ni cameraman ni tak cakap apa2...memang tak bersedia...dan mata pengantin perempuan tertutup.... sekeping je la pulak tu cameraman ni ambik.... saja je nak bagi hangin satu badan tauu....sorry ye Farhan..dah tak ada gambar lain dah.....apa-apa pun Barakallah wahai pengantin Baru...bercintalah hingga ke syurga... ;))

Setakat ni dulu yang boleh saya share... sebetulnya minggu ni ada kenduri kawin lagii...sepupu terdekat akan melangsungkan majlis pernikahan dan persandingan di kedua belah pihak pada 14/12 - 16/12/2012. Soo... yang itu saya akan masukkan kemudian....



byeee...






Terima kasih kerana membaca entry ini =)))

No comments:

Post a Comment