Monday, December 31, 2012

SOUVENIR....SOUVENIR....SOUVENIR....

Assalammualaikum dan salam ceria....
jangan lupa...mulakan hari kita dengan senyuman yang ikhlas dan doa yang baik...
semoga kita diberi keberkatan disepanjang usia.... aminn... ;))

Gembiranya dapat souvenir dari abang saya.... Souvenir dari Rome, Switzerland, Italy, Germany dan negara2 lain yang di lawatinya di sepanjang percutiannya bersama isteri dan anak2nya selama 16 hari.

Haruslah gembira kerana kami adik beradik termasuk emak dan abah langsung tak pesan apa2 pun...kalau ada...adalah...sebab kami tahu..matawang di sana menggunakan euro dan sepastinya...kesemua souvenir tu mahal2 kalau kita convertkan dengan RM kan... so... tak payah nak kirim2... menyusahkan mereka je nak cari barang kita kan.... Tapii...namapun adik beradik kan... kalau ke mana2..pasti souvenir tu akan ada... [yang penting ingatan..kalau nak lebih2 tu dipersila pergi sendiri....hehehee...]samalah mcm saya pergi melancong ke Korea..mesti ingat kat mak abah dan anak2 saudara.... lepas tu.....barulah untuk kawan2 dan sedara mara yang rapat.... ;))

Yang pasti... banyak jugaklah kami2 ni dapat hasil ingatan mereka itu kepada kami ni semua. Hujung minggu yang lepas ni...anak2 abang saya balik ke kampung dan membawa sekali souvenir yang nak diberikan kepada kami semua. Mak aiii...sangat banyak ok [satu beg sorang] .... makanya... mereka pun berceritalah keseronokkan mereka meneroka ke negara2 yang berkenaa. Bila dengar mereka bercerita...rasa macam...

"alamak... wajib kumpul duit ke sana untuk menikmati sendiri suasana kecantikan dan panorama alam yang mengagumkan di negara2 Eropah..." [mampukah saya...owhhhh....kching....kching...kching....]



Kami dapat ni sorang satu....mereka bercerita tentang keindahan Zernatt Switzerland ni..antara tempat yang paling cantik dan panoramanya yang sangat indah.



Dikiri kanan tu coklat yang sangat sedap... manakala yang kat tengah2 tu fridge magnet yang sangat comel dan dilekatkan satu persatu... dan magnet ni dah selamat dah dilekatkan di fridge magnet kat rumah..manakala coklat yang sedap tu dah selamat dah masuk ke dalam perut kami ni...



Ini antara koleksi fridge magnet dari negara2 yang dilawati yang diberikan sebagai souvenir kepada kami2 ni semua....


 
Yang atas dan bawah kiri tu masih lagi fridge magnet...[banyak fridge magnet yang diberikan kepada kami dan kesemuanya tersangatlah cantik okeh...] manakala di atas kanan tu piring dari negara Italy dan di kanan bawah tu souvenir dari Venezia untuk hiasan di almari/meja...



Ini koleksi piring yang kami dapat... sangat cantik...

Selain Fridge magnet dan Piring serta coklat.. kami semua dapat T-shirt dan keychain...[lupa pulak nak ambik gambar sebab terlalu excited... baju terus pakai dan keychain terus je diletakkan di zip wallet saya ] dari abang saya. Apa2 pun TQ sangat2 kepada abang, kakak ipar dan anak2 saudara saya yang membelikan kami souvenir2 ni... sangat terharu apabila berada di sana mereka menghubungi saya melalui telefon dan bertanya itu ini..nak apa...dan macam2 lagii...


Tq tq anak2 saudaraku yang tersayang.... ;)))






Terima kasih kerana membaca entry ini =)))

No comments:

Post a Comment