Monday, June 4, 2012

TABBY DI "HOTEL"

Assalammualaikum....

Saya nak berkongsi cerita tentang my meoww meowww...TABBY...

Sedih betul kalau terpaksa berpisah dengan TABBY... Pada 26.05.2012 [sabtu], saya sekeluarga akan melancong ke Jakarta Indonesia selama 4 hari. Selepas berbincang dengan en Suami saya tentang Tabby [sebab kalau nak tinggalkan kat rumah..takut apa2 jadi pada my cayang tu...], so...kami ambil kata putus untuk hantar dia di "hotel" binatang di Klinik Haiwan [tempat yang selamat untuk Tabby].

Masalahnya... hati saya ni sangat2 sedih untuk tinggalkan dia... bila suami saya call bagi dengar suara Tabby yang meowww meowwww mcm mendayu2 pulak suaranya..bagi hati saya jadi rasa sayu la pulakkk... aduhaiiii... tuhan tolong kuatkan hatiku...walaupun ia hanya seekor binatang, tetapi..kasih sayangku sudah tertumpah kepadanya.... ia juga berhak untuk disayangi dan dimanjai.... kuatkanlah hatiku... yakinkanlah bahawa ia akan selamat di sana... :'(

saya: "betul ke nak tinggalkan Tabby kat Klinik tu

suami: "biarlah dia tinggal kat sana... kan lebih selamat... kita nak jalan pun tak lah risau sangat kat dia...dulu masa kita pg Korea..mak abah ada tolong tgk2 kan dia... ni dah semuanya pegii... lagii la saya risau nak tinggalkan dia satu2nye kat rumah...kang apa-apa jadi..lagii susah...."

saya: "ermmmm betul jugak tu....

Sempat jugaklah bagi Tabby minum Milo [minuman kesukaannya..kalau bukak tin milo..dia dulu datang berdiri mintak suruh bagi kat dia...] sangat2 suka..kalau boleh.. 1 tin dia nak habiskan.. Tabby...tabby... will miss u soo much dear.....