Tuesday, January 15, 2013

ABAH BERANSUR PULIH

Assalammualaikum dan salam ceria. Syukur kerana kita masih diberi peluang untuk bernafas di muka bumi Ilahi maka..mulakanlah hari kita dengan rasa syukur kepadaNya dan dengan senyuman yang ikhlas. Sebelum saya meneruskan penulisan ini..jom kita hayati kata-kata dibawah ini ya...

Rencana Allah itu lebih baik dari rencanamu, Jadi tetaplah kamu berjuang dan berdoa,

Hingga kamu akan menemukan bahawa ternyata
sememangnya Allah memberikan yang terbaik untuk mu
- Muhamad Agus Syafii

Syukur alhamdulillah kerana keadaan abah sudah beransur pulih tetapi masih lagi lemah kesan daripada stroke tersebut. Sekarang kami sedang berusaha untuk mengembalikan semula tenaga abah dengan mencari orang untuk mengurut. Dengan pertolongan emak saudara saya, kami dapat contact no. seorang ustaz ni yang boleh mengurut. In shaa Allah... saya dan suami akan membawa abah ke rumah ustaz tersebut untuk berurut.

Apa yang pasti, abah kena banyak melakukan senaman ringkas bagi melancarkan lagi pengaliran darah di seluruh badan. Sememangnya sekarang, abah masih lagi terasa lemah kesan daripada stroke tersebut, namun... bekalan ubat yang diberikan oleh doktor rasanya cukup untuk memulihkan kembali kesihatan abah...[bergantung kepada ketahanan badan abah juga sebab abah dah agak berumur].

Percayalah...disetiap saat, detik dan waktu...saya tidak putus2 berdoa kepadaNya agar kedua ibu dan bapa saya diberi kesihatan yang baik dan senantiasa diredhaiNya...dan saya juga percaya anda juga begitukan... so..marilah kita sama2 berdoa semoga kebaikkan mengiringi perjalanan kita dan kedua ibu dan bapa kita.... aminn...

2 comments:

  1. Assalam alia. Saya sedang google2 diinternet tentang strok dan terjumpa blog ni. Sy tiada niat nak mengambil kesempatan atau apa2. Izinkan sy perkenalkan sesuatu yg mgkn boleh membantu abah alia, insyaAllah. bvsleepmate, alas tilam bertenaga yg boleh merawat pelbagai penyakit termasuk strok. alia boleh tgk testimoni kat video ni http://www.youtube.com/watch?v=I3E8VKrq2Mw semoga abah alia akan semakin sihat. amin..

    ReplyDelete