Wednesday, January 2, 2013

KENANGAN PERSEKOLAHAN SAYA

Assalammualaikum dan salam ceria. Jom kita hayati kata-kata dibawah ini ;))

Orang yang berjaya di dunia dan akhirat ialah orang yang menjalankan peranan mereka lebih dari yang patut dan kerana Allah untuk manafaat kepada hamba Allah - Prof Dr. Muhaya -
Seawal pagi ni saya dah keluar rumah untuk ke tempat kerja. Berbeza dengan hari-hari sebelum ni...pagi ni saya keluar awal kerana takut jammed untuk ke pejabat saya yang perlu melalui kawasan persekolahan dimana sudah pastinya ibu bapa sedang sibuk menghantar anak2 mereka yang baru sahaja memasuki ke alam persekolahan.

Disepanjang perjalanan yang sesak..namun saya masih mengekalkan kelajuan yang minima..dalam kabus pagi yang dingin dan hujan renyai2... saya mula mengimbas kembali kenangan2 semasa saya mula2 memasuki alam persekolahan.

Terimbau dengan jelas dimana emak dan abah menghantar saya ke sekolah. Masa tu teruja sangat nak ke sekolah berjumpa dengan kawan-kawan yang baru...

Mak dan abah sudah sedia menanti saya disekolah manakala saya buat pertama kalinya menaiki bas sekolah. Saya mengalami satu fenomena baru dalam kehidupan saya. Semuanya baru... teman dan rakan yang baru..situasi dan tempat yang baru bagi saya untuk menuntut ilmu. Masa tu emak selalu berpesan pada saya...

"belajar rajin2 tauu..."
[saya pasti kesemua ibu bapa memberi pesanan yang sama kepada anak2 mereka]

Hari pertama, semasa first assembly di sekolah, mendengar taklimat daripada Guru Besar, kelihatan mak dan abah serta ibu bapa yang lain berdiri di luar dewan memerhatikan saya. Mata saya tidak terlepas dari melihat mak dan abah. Sehinggalah saya di dalam kelas..mak dan abah masih bersama ibu bapa yang lain menanti anak-anak mereka. Mak dan abah melihat saya belajar di dalam kelas. Masih lagi mata tidak lepas melihat mak dan abah. Masa dalam kelas..saya dah ada kawan baru. Namun hampir kesemuanya masih lagi sibuk dengan ibu bapa mereka. Dari zaman saya lagi...ibu bapa tidak dibenarkan masuk ke dalam kelas duduk bersama-sama anak mereka. Sebab itulah mak dan abah serta ibu bapa yang lain menanti di luar kelas.

Masa rehat di sekolah, mak dan abah dah tersedia menanti saya di kantin. Masa tu mak mengajar saya untuk membeli makanan di kantin sekolah. Mak makan bersama-sama saya..manakala abah membelikan saya aiskrim orange.... Wang belanja yang diberikan pada masa tu 50 sen..[masa zaman saya..nilai 50 sen itu tinggi. 10 sen boleh dapat 2 ketul kuih....

Waktu balik..mak dan abah masih menunggu saya memastikan saya menaiki bas sekolah yang betul..[kebetulan masa tu nyonya yang membawa bas tu tersedia menunggu saya di luar sekolah]. Masa tu seingat saya...kesemua budak2 darjah satu yang menaiki bas sekolah "nyonya dan tauke"[officially nama yang dipanggil olh kesemua ibu bapa dan budak2 yang menaiki bas mereka] akan diberi satu tag yang tertulis no plat bas mereka...hehehe... masa tu mak dan abah memastikan saya menaiki yang betul. Bila tiba sahaja di rumah..mak dan abah dah tersedia menanti saya.

Tadi...di sepanjang perjalanan, saya terlihat anak2 yang dihantar oleh ibu bapa mereka ke sekolah. Ada antaranya menaiki motosikal di dalam hujan yang renyai. Tersentuh hati saya melihat keadaan itu. Demi melihat dan mengharapkan anak mereka menjadi insan berguna..walau hujan lebat sekalipun, ibu atau bapa sanggup meredahnya. Betapa besar pengharapan ibu dan bapa terhadap kita kan.

Apabila melalui sahaja kawasan persekolahan, kelihatan ramai ibu dan bapa yang menghantar anak2 mereka ke sekolah. Berbeza dengan zaman saya dahulu...kebanyakkannya bas sekolah yang menghantar dan mengambil...[detik hati saya..mungkin ini hari pertama...]. Kebanyakkan ibu bapa menunggu di luar sekolah dalam hujan renyai2.

Hari kedua persekolahan....saya mula belajar berdikari. Tiada lagi mak dan abah menanti saya tapiii bermacam-macam pesanan mak kepada saya. Dan hanya segelintir sahaja ibu bapa yang menghantar dan menanti anak2 mereka. Masa nilah saya berjumpa dengan kawan2 baru saya. Az, Suria, Isma dan ramai lagii. Kami ke kantin bersama-sama, duduk sebelah menyebelah...[wahhh dah pandai berkawan...hehehe...]. Duduk di kantin sama-sama.... Bila balik je dari sekolah...mak dah sedia menunggu di hadapan rumah menanti kepulangan saya...mulut pot pet pot pet cerita itu ini kat mak....

Jadual waktu saya di waktu pagi..saya akan pergi ke kelas agama. Mak akan menghantar saya setiap pagi dengan basikal. Sedih yang amat sangat apabila satu hari mak jatuh basikal dan terpaksa dibawa ke klinik. Saya dapat tahu dari emak kawan saya yang mengambil saya bersama2 kawan saya tu. Bila sampai je kat rumah...langsung mak tak ceritakan kepada saya.... Ya Allah..besarnya pengorbanan emak..... :'(

Beberapa hari di sekolah..rasa sangat seronok. Almaklumlah di sekolah rendah dan mendapat cikgu2 yang best. Bila aktiviti sukan..rasa sangat seronok kerana dapat bermain2 bersama kawan2. Semakin hari..semakin bertambah kawan..semuanya terdiri dari pelbagai bangsa. Duduk di dalam satu group yang besar sambil menikmati bekalan yang dibawa.. Saya masih ingat..mak bekalkan saya roti dan biskut serta air oren sunquick. Sebelum ke sekolah... wajib mak suapkan saya nasi. Seawal pagi mak dah masak semata-mata nak suapkan saya makan tgh hari... Ya Allah berselera betul saya makan kalau mak yang suapkan. Kalau nak tahu....saya tak reti makan sendiri kalau bukan mak yang suapkan...[ngada-ngada kan....]. Manja terlebih la tu.... hehehe.... dan ianya berlarutan sampai saya ke tingkatan 2 dan kadang2 sampai ke tingkatan 5.... hehehe.... mmg sangat mengada2....[sekarang en suami yang suapkan saya.... lebih mengada2 kannn....] Sejujurnya...saya rasa sangat nikmat bila disuap mak.... sekarang..bila suami saya suap saya makan...nikmat yang sama dapat saya rasai.... ;)))

Indahnya bila mengenangkan zaman persekolahan saya. Kenangan akan tetap menjadi kenangan. Cuma jalan cerita itulah yang membezakannya. Namun, kesabaran mak dan abah dalam melayani kerenah kami 5 beradik amat mengagumkan saya. Sebab itulah emak dan abah senantiasa akan menjadi sumber inspirasi saya sehingga ke akhir hayat saya. Kerana didikan dan ajaran merekalah...saya menjadi manusia yang tahu untuk berterima kasih...tahu untuk mengenang jasa, tahu untuk membalas budi dan yang paling penting didikan agama yang mencukupi.

Terima kasih emak dan abah....

Sekarang... adik beradik saya kecuali saya...melalui fasa yang sama.... cuma waktu dan zaman yang berbeza. Budak sekarang dan budak zaman dahulu sangat berbeza. Budak kini lebih aggresif dan berani. Mudah menerima dan berkembang. Bila berkumpul adik beradik..bermacam2 cerita yang dikongsikan tentang pengalaman mereka. Ada ketika kami tertawa sesama sendiri... seronok mendengar kisah hari pertama persekolahan budak kan......

Semoga anak2 saudara saya mengecapi kejayaan demi kejayaan di dunia dan juga di akhirat...




Terima kasih kerana membaca entry ini =)))

No comments:

Post a Comment