Thursday, January 10, 2013

TEKANAN DARAH TINGGI MENYERANG ABAH

Assalammualaikum dan salam mahabbah..semoga kita senantiasa tabah dan redha dalam menghadapi apa jua ujian dan dugaan yang Allah berikan kepada kita. Ianya datang tanpa kita duga..namun kita perlu senantiasa bersedia untuk menghadapinya dengan penuh yakin dan sabar. In Shaa Allah...disetiap kesukaran itu pasti akan ada jalan yang memudahkan kita untuk menghadapinya.

Semuanya atas perancangan Ilahi dimana pada hari Isnin yang lepas [7/01/2013], kebetulan saya dan suami tiada agenda. Selalunya kalau balik je dari kerja..pasti ada agenda yang perlu kami lakukan...entah kenapa..hari isnin tu terasa macam nak balik terus ke rumah. Selepas solat Asar...saya terdengar abah muntah2 di dapur. Saya menjenguk ke dapur dan terlihat mak sedang mengurut abah yang tak henti2 muntah. Melihat keadaan abah yang tak henti2 muntah...saya turut sama membantu memicit2 kaki dan tangan abah yang dah semakin sejuk. Kelihatan badan abah berpeluh2. Saya segera memanggil suami saya yang kebetulan di luar bermain dengan en Tabby. Terus sahaja suami saya masuk, solat dan terus mengurut abah di setiap bahagian sendi. Hampir sejam setengah abah muntah tak berhenti, namun selepas suami melakukan urutan disetiap sendi....badannya tidak berpeluh lagi tapi masih lemah dan muntah2. Abah kelihatan tidak bermaya lagi... Ya Allah...selamatkanlah abah...

Seperti biasa, talian telefon menghubungkan saya dengan adik beradik saya untuk menerima beberapa pendapat mereka supaya abah dibawa ke emergency. Dari semasa ke semasa kesemua adik beradik saya menghubungi saya.

Melihat keadaannya yang semakin lemah...[hanya Allah sahaja yang tahu perasaan saya ketika itu....risau dan sedih semuanya bercampur2] saya terus sahaja menghubungi ambulans. Sementara menunggu ambulans datang, saya dan emak bergilir2 memicit sendi2 abah manakala suami saya menunggu ambulans di satu lokasi yang memudahkan pihak ambulans mencari rumah.

Selepas MA memeriksa abah, ternyata tekanan darah abah terlalu tinggi dan keadaannya sangat lemah. MA menyarankan agar abah dibawa terus ke unit kecemasan hospital untuk diberi rawatan susulan. Suami saya menemani abah di dalam ambulans manakala saya dan mak menaiki kereta.

Di hospital, Dr. terus sahaja memeriksa abah yang masih muntah2. Tekanan darahnya masih tinggi. pemeriksaan ECG juga dilakukan, alhamdulillah..jantung abah ok, kemudian Dr. melakukan ujian darah, masih menunjukkan keputusan yang baik, x-tray bahagian paru2 dan pemeriksaan buah pinggang. Bacaan kencing manis abah tidak membahayakan, di bahagian paru2 ada sedikit jangkitan tetapi tidak membahayakan manakala buah pinggang abah juga masih dalam keadaan yang tidak membahayakan. Selepas segala pemeriksaan dibuat dan abah telahpun diberikan ubat tahan muntah, keadaan abah semakin stable dan boleh bercakap dan bersembang dengan saya dan suami yang bergilir2 menjaga abah di emergency. Emak terpaksa menunggu diluar sambil ditemani oleh mak sedara saya mak teh. Lagipun mak tak tahan sejuk...kesian mak...baru je nk sihat.... Dari semasa ke semasa saya senantiasa bertanyakan itu dan ini kepada Dr. bagi memastikan keadaan abah ok dan saya jelas dengan apa yang berlaku. Hampir 6 jam abah berada di Unit kecemasan separa kritikal, bermacam2 bentuk ragam pesakit yang saya lihat. Semuanya memberikan sejuta keinsafan kepada saya. Selepas Dr. berpuas hati dengan keadaan abah dan tekanan darahnya yang tidak tinggi seperti tadi, dan membenarkan abah di bawa balik dengan membekalkan beberapa ubatan. Kami sampai ke rumah hampir jam 2.30 pagi. Masih sempat membelikan abah porridge untuk mengembalikan semula tenaganya setelah beberapa kali muntah tanpa henti.

Alhamdulillah...abah tidur dengan lena malam itu.

08.01.2013 [Selasa] - Saya terjaga seperti biasa walaupun malam tadi tidur lewat dan letihnya masih terasa, mandi dan solat subuh, hati masih berkata-kata, perlukah saya ke tempat kerja. Kalau nak ikutkan kakak saya dari Teluk Intan akan balik hari ini untuk membawa abah buat medical check up di Hospital Pantai. Hati kuat berkata takut nak tinggalkan mak dengan abah je dirumah..takut sakit abah menyerang kembali. Saya mengikut kata hati saya untuk tidak ke tempat kerja. Lalu memberi message kepada 2 orang sahabat saya mengatakan saya tidak dapat ke tempat kerja untuk menemani kakak saya membawa abah membuat medical check up di hospital. En suami juga turut bercuti bersama saya. Mungkin kerana penat dan tak cukup tidur.

Jam 10.30 pagi, abah muntah2 dan pening seperti petang semalam. Ya Allah... hati saya kembali risau. Kali ni keadaan abah semakin lemah. Seawal pagi, abah masih boleh ke tandas, mandi dan solat. Selepas sarapan dan makan ubat, abah terlena seketika dan tersedar sahaja terus muntah2 dan pening. Tanpa berfikir panjang, saya dan suami terus sahaja membawa abah ke hospital pantai.

Mujur ada jiran yang membantu. Dan lebih istimewanya, jiran saya itu berbangsa india. Dari malam tadi sehinggalah pagi ini, dialah yang banyak membantu dalam mengangkat abah dan membantu menghantar abah ke hospital. Ada juga jiran yang selang beberapa buah rumah yang turut sama membantu... Syukur padaMu ya Allah kerana dianugerahkan dengan jiran yang baik hati seperti mereka. Begitulah adat berjiran...membantu diantara satu sama lain jika diperlukan.

Sampai sahaja di hospital pantai, abah terus sahaja dibawa masuk ke emergency. Saya menjelaskan kepada doktor yang bertugas tentang keadaan abah dari semalam hinggalah ke pagi ini secara detail dan memberikan segala ubatan abah kepada Doktor yang bertugas. Disebabkan abah mempunyai rekod perubatan di hospital pantai, maka, doktor yang bertugas terus sahaja menghubungi doktor Kathleen bagi rawatan yang selanjutnya. Pemeriksaan CT scan dilakukan kerana doktor menjelaskan keadaan abah menunjukkan abah terkena serangan stroke tetapi bukan ditahap yang membahayakan kerana kami bertindak segera. Keputusan CT scan diketahui segera dan terdapat keputusannya positif abah terkena minor stroke. Satu saluran darah dikepala tidak sampai dan kerana itu abah muntah dan pening serta berpeluh. itu adalah tanda2 awal stroke bagi pengidap darah tinggi seperti abah. Tekanan darahnya sangatlah tinggi pada ketika itu. Doktor terpaksa merehatkan abah beberapa jam di emergency sebelum dipindahkan ke wad.

Doktor turut menjelaskan bahawa abah akan ditahan sekurang-kurangnya 5 hari untuk rawatan selanjutnya kerana kebiasaan bagi seorang pesakit yang terkena serangan stroke [minor stroke], sepastinya doktor akan monitor pesakit dari sehari ke sehari kerana selepas terkena stroke, pesakit mungkin akan mengalami pembengkakan di bahagian saluran darah [kebanyakkan pesakit akan mengalaminya...namun saya berharap agar tidak abah...] tidak semua tetapi kebanyakkan pesakit akan mengalaminya.

Buat sementara waktu ni, doktor monitor dengan memberi ubat bagi mengawal darah tinggi abah. Alhamdulillah, tekanan darah tinggi abah sedikit menurun berbanding pagi tadi. Abah dah boleh makan dan tak muntah lagi, tetapi masih pening. [Doktor menjelaskan..pening itu normal bagi orang yang baru sahaja terkena minor stroke...ianya akan berkurangan dari sehari ke sehari].

09.01.2013 [Rabu] - Sekali lagi saya terpaksa mengambil EL bagi menjaga abah di wad bersama mak. En suami terpaksa bertugas hari ini. Keadaan abah semakin beransur pulih. Wajah abah semakin jernih berbanding semalam. Abah dah boleh makan seperti biasa mengikut diet yang ditetapkan kerana abah mempunyai diabetis, namun mengikut apa yang doktor katakan kepada saya..tahap diabetis abah normal dan tidak membahayakan.

Petang, ramai sedara mara yang datang melawat abah. Mereka dapat tahu melalui laman sosial FB. Sejujurnya, saya memang tak sempat nak menghubungi seorang demi seorang untuk memberitahu kepada saudara mara akan keadaan abah. Cukup sekadar saya memberitahu melalui laman sosial FB dan ternyata ramai yang terkejut dan menghubungi saya. Saya banyak berinteraksi dengan adik beradik saya yang setiap minit dan jam menghubungi saya bertanyakan keadaan abah. Keadaan abah sudah stable dan saya rasa, adik beradik yang di KL tidak perlu tergesa2 balik. Saya dan akak saya dari Teluk Intan menjaga abah.

Terima kasih kepada saudara mara yang sudi datang melawat abah di wad. Dan ada diantara sepupu2 saya yang menghubungi saya betanyakan keadaan abah. Terima kasih banyak2 ;))))

Hari ini, saya terpaksa bertugas semula seperti biasa. Rutin mengambil dan menghantar dilakukan oleh en suami saya. Tugas menjaga abah di wad diambil alih oleh anak saudara saya yang sulung, Ican yang kebetulan baru sahaja masuk ke Tingkatan 4 dan katanya dia dengan rela hati ingin menjaga toknya kerana kelas masih belum bermula. Syukur apadaMu ya Allah kerana memudahkan segalanya urusan kami.

Satu lagi pengalaman yang berguna buat saya dalam menjaga orang sakit. Seperti di tahun lepas, emak terkena serangan jantung dan alhamdulillah..kami menghadapinya dengan redha dan belajar bagaimana untuk menjaga pesakit selepas pembedahan. Sekali lagi Allah menguji kami dengan kesakitan tetapi kali ini abah pula yang kena...keadaan dan penyakit yang berbeza dari emak. Semua ini kami terima dengan hati yang redha kerana saya yakin...di setiap yang berlaku ini ada hikmahNya yang sangat indah. Saya bersyukur kerana diberi peluang untuk berbakti kepada emak dan abah yang selama ini telah banyak bekorban untuk kami adik beradik.

Apabila terjadinya perkara2 ini... setiap detik dan saat pasti terimbas pengorbanan emak dan abah terhadap kami semua. Saat yang paling saya terasa apabila berada di atas tikar sejadah....Satu persatu kenangan itu menusuk masuk ke kotak fikiran. Dan apabila saat2 genting sebegini, air mata dengan mudah mengalir menemani saya... "besar ujian Allah terhadap kami sekeluarga....namun...genggaman tangan kami tidak pernah terputus dalam menghadapi cobaan ini. Malah genggaman itu semakin erat dan utuh. Begitulah kuatnya kasih sayang Allah terhadap hambaNya. Setiap kesusahan itu akan diberiNya kemudahan...dan kemudahan itu datang dengan pelbagai cara..."

Semoga abah beransur pulih dan sihat seperti sediakala........aminn... :')

No comments:

Post a Comment