Tuesday, February 19, 2013

SEMAKIN DEKAT TERASA DIHATI =))

Assalammualaikum......salam ceria...salam kasih sayang... Mulakan hari dengan senyuman yang ikhlas semoga hati kita senantiasa redha dan ceria selalu....

Jom kita hayati kata-kata dibawah ini sebagai motivasi kita untuk hari ini....

Setitis air mata jatuh kerana keinsafan,seribu kali lebih baik dari sejuta mutiara di di lautan,
sesaat bersedih kerana redha dengan takdir Allah adalah
lebih mulia daripada seharian bersedih kerana cinta manusia,
sejernih wajah kerana wudhuk yang sempurna adalah lebih bercahaya dari kilauan segunung permata, sesuci hati kerana cinta Ilahi,itulah hakikat cinta Abadi..♥


Syukur alhamdulillah...diatas segala nikmatNya yang tidak terhingga. In shaa Allah... dengan izinNya jua... tinggal hanya beberapa hari sahaja lagi saya dan suami akan pergi ke satu destinasi yang selama ini menjadi idaman kami sejak dari kami mengenali antara satu sama lain. Kami mempunyai impian yang sama. Dan dengan izinNya jua segala apa yang di rancang dan diimpikan dapat dilaksanakan. Sesungguhnya perancanganNya jua yang sangat sempurna. Jika diberi kesempatan, saya akan menceritakan catatan perjalanan saya dan suami day by day.

Semoga Allah melindungi perjalanan kami selamat pergi dan selamat kembali....

Hanya satu yang saya pinta...semoga ianya mendapat kebaikan yang berganda kepada saya dan suami dan semoga ianya tidak menjadi sia2..... =))

"Ya Allah, di ketika aku lakukan kesalahan kepada orang lain,
anugerahkan kekuatan untuk ku meminta kemaafan,
manakala diwaktu orang melakukan kesalahan kepadaku,
anugerahkanku kekuatan untuk memberi kemaafan" 
InshaaAllah =))






Terima kasih kerana membaca entry ini =)))

No comments:

Post a Comment