Thursday, May 9, 2013

CERITA KEDAI KOPI

Assalammualaikum...salam ceria dan salam penuh kasih sayang dari saya...
Syukur alhamdulillah kerana masih diberi peluang untuk bernafas di bumi Ilahi.

Sebelum saya meneruskan penulisan.. jom kita hayati kata-kata dibawah ini okeh..

Di antara sesuatu yg indah di dunia ini ialah jalinan persaudaraan.
Siapapun kita,apa yg kita inginkan,sama ada kemuliaan,kekuasaan,kekuatan,apa pun kelebihan yg kita inginkan,mintalah hanya pada Allah kerana apa yg ada di dunia ini semuanya milik-Nya

- Ustazah Siti Nor Bahyah Mahamood-


Jika manusia mencewakanmu, Jangan berduka kerana Allah selalu menunaikan harapanmu
Jika manusia menzalimimu, Jangan berduka kerana Allah selalu berlaku adil terhadapmu
Jika manusia melukaimu, Jangan berduka kerana Allah selalu menitipkan penyembuh buatmu
Jika manusia menyayangimu, ketahuilah bahwa terkumpulnya cinta seluruh manusia di bumi ini yang tak akan pernah menandingi cinta Allah terhadapmu

Syukur alhamdulillah kerana kita telahpun melepasi fasa pemilihan pemimpin yang kita ingini. Semoga dengan kepimpinan yang terbina itu akan memberi manfaat dan kebaikkan kepada kita sebagai rakyat yang diberi hak untuk memilih. Keputusan telah pun diketahui... maka terimalah dengan hati yang lapang dan redha kerana disetiap apa yang terjadi itu ada tersimpannya hikmah yang Maha Besar dari Ilahi.

PRU 13 telah pun berlangsung pada 05.05.2013 (Ahad) lepas. Saya telahpun menunaikan tanggungjawab saya sebagai seorang rakyat. Setelah saya mengkaji... meneliti dan mengetahui tentang siapa yang bakal dipilih...Dengan Nama Allah Yang Maha Besar...saya telahpun membuat pilihan. Malahan sebelum menunaikan tanggungjawab saya.. saya bertahajjud kepadaNya dan berdoa memohon agar Allah memberi petunjuk kepada saya jalan yang mana harus saya pilih sebagai pemimpin di negara ini yang akan memimpin malahan bertanggungjawab menjaga kesejahteraan rakyat. Alhamdulillah..pemilihan telahpun saya lakukan... Tidak kiralah pemimpin itu kalah atau menang... yang pasti...hati saya digerakkan oleh Ilahi untuk membuat pilihan yang betul dan saya yakin dengan pilihan saya. Yang penting saya telahpun melaksanakan tanggungjawab saya sebagai rakyat.......inilah yang akan di jawab dihadapan Allah nanti.....pemerintah pilihan kita......dan tanggungjawabnya terhadap kesejahteraan rakyat....adakah berpandukan hukumNya atau sebaliknya.....moga yang terbaik untuk kita semuaaa....=))

Baiklah...siapapun pilihan kita...dan apa pun keputusan yang telahpun kita dengari dan hadapi..maka terimalah dengan hati yang terbuka... Mungkin itulah yang telah tertulis oleh penaNya dan berlaku jualah kehendakNya... jangan kerana itu..kita hilang kawan dan sahabat dek kerana perbezaan fahaman dan ideologi politik. Buka minda..lapanglah dada...doakan yang terbaik...dan satu perkara yang suka untuk saya ingatkan....kembalilah kepadaNya..kerana Nabi tidak pernah mengajar umat-umatnya..mencaci dan menghina diantara satu sama lain sehingga boleh merosakkan iman dan akhlak kita.. maka jagalah adab dan tutur kata sebelum mengeluarkan atau menyuarakan sesuatu pendapat...

Syukur alhamdulillah..sejak akhir2 ini banyak berita gembira hadir pada diri sendiri. Diri terus rebah bersujud kepadaNya..tanda kesyukuran yang teramat sangat kepada Yang Maha Pemberi. Walaupun apa yang benar2 dihajati masih belum hadir dalam hidup..namun setiap berita gembira itu mengundang rasa syukur yang tidak terhingga kepadaNya. Inshaa Allah...nanti akan saya ceritakan pada entry yang akan datang.

Saya dan suami juga berkesempatan untuk mengukir kenangan indah di Singapura..percutian ke USS dan sekitar Sentosa Island turut serta bersama dengan anak2 saudara saya. Percutian 3 hari 2 Malam di Sentosa Resort akan saya ceritakan di entry yang akan datang.

Dan pada ketika ini..saya sedang sibuk menyiapkan hasil quilling saya untuk teman2 dan sahabat2 saya. Dan ada diantara mereka yang sangat gembira menerima pemberian kecil dari saya itu. Seronok apabila saya dapat sedikit sebanyak menceriakan hari2 mereka dengan pemberian yang tidak seberapa ini.

Salam sayang dari saya...kita jumpa di entry yang akan datang ya.... ;))) 


Terima kasih kerana membaca entry ini =)))


No comments:

Post a Comment