Monday, June 10, 2013

SALAM KEMAAFAN

Assalammualaikum dan salam kasih sayang... Syukur yang tidak terhingga diatas setiap detik dan waktu yang dianugerahkan kepada kita untuk menghirup udara dari Ilahi... bernafas menikmati nikmat dan kekuasaanNya....

Jom kita positifkan diri...beranggapan baik dan menghormati setiap pendapat dan pandangan orang lain terhadap kita. Senantiasalah menganggap diri tidak sempurna dan bersedia menerima teguran... =D

Dengan setulus hati dan mengakui kerdilnya diri saya dalam membina ayat di dalam blog ini... yang ada ketikanya sedikit sebanyak ada diantaranya mengguris perasaan yang membaca baik saudara mara...sahabat mahupun orang yang tidak saya kenali.... dengan perasaan rendah hati dan sedar akan kekurangan diri saya.... saya memohon jutaan kemaafan seandainya ada diantara penulisan saya itu mengguris hati dan perasaan anda semua. Sesungguhnya yang baik itu datangnya dari Ilahi dan yang buruk itu datangnya dari kelalaian dan kelemahan saya.

Kadang kala..saya menulis mengikut rentak hati dan perasaan saya yang suka bersikap jujur dalam meluahkan apa yang tersirat. Saya tidak pernah tujukan kepada sesiapa...[kalau terasa tu....ehem..ehem....mintak sorry okeh...]namun senantiasa memberi peringatan kepada diri saya agar jangan mengecilkan hati sesiapa sehingga menyebabkan orang lain bersalah sangka dengan saya... namun... benda dan perkara yang nak dielak itu akhirnya berlaku juga sehingga ada yang memusuhi saya...[Subhanallah.....Allahuakbar......apa yang dah saya buat nih......]

Niat dihati membuat blog untuk meluahkan apa yang tersirat... namun saya ter expose blog ni kepada rakan2 saya ketika mengistiharkan anniversarry saya dan suami tahun lepas....[poyo betul...hihihiii]....[tak sengaja okeh....bukan disengajakan...] masa tu fikir.... jangan ada yang kata saya ni mangkuk hayun tingkat...sudahlah kannn....hahahaaa...membaca dan kemudian terus membenci... dan dijadikan musuh dan black list saya dalam friend...hahaha...[memang nak ketawa...sebab itu bukan tujuan utama menulis blog...] kalau tak... dah lama orang baling terompah kat muka saya.....[adoyaiiii...sakit tauuuu.....]

Bila kita berterus terang...memang akan ramai yang tak suka menerima..namun...itu pendapat masing-masing... itu pendirian dia...itu persepsi dia pada kita... dan bukan untuk melemahkan..sebaliknya..jadikan itu sebagai satu cabaran dalam hidup kita.

"Dia tak suka...dia punya pasal lah.." 
tapiii jangan cuba untuk memutuskan tali silaturrahim itu atas alasan itu.

Bila seseorang yang dah buat satu kesilapan.... tegurlah dia supaya ianya tidak berulang dan jika dia sedar sendiri pun...dia akan cuba nak berbaik dengan kita...itu tandanya apa...dia dah segan silu la kan..sebab kita dah tak layan dia...lepas tu..jangan lah pulak kita ni nak jugak2 tegakkan kedegilan kita sebab dah geram ni tadi kannn.....dan kerana itu banyaklah manusia dalam dunia ni yang akan rosak hatinya kerana kedegilan itu tadi kannn... soo...positifkan diri dan sentiasa bersikap terbuka untuk memaafkan........


Firman-Nya: 
Dan bersegeralah kamu kepada ampunan dari Tuhanmu dan kepada syurga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan untuk orang-orang yang bertakwa, (yaitu) orang-orang yang menafkahkan (hartanya), baik di waktu lapang maupun sempit, dan orang-orang yang menahan amarahnya dan mema’afkan (kesalahan) orang. Allah menyukai orang-orang yang berbuat kebajikan.
(QS. Ali Imran/3: 133-134).

Jika dibandingkan antara memaafkan dengan meminta maaf, tentu jauh lebih sukar untuk memaafkan. Namun, tidak banyak diantara kita yang mahu meminta maaf baik secara personal mahupun secara terbuka. Padahal meminta maaf adalah sesuatu yang dituntut dalam islam Sementara memaafkan merupakan sikap yang amat payah dilakukan..sebaliknya..mereka lebih suka untuk melakukan dengan menjatuhkan hukuman kepada insan tersebut.

Saya tidak mahu bermusuh...sebab itu saya suka dan dengan hati yang terbuka memohon maaf...kerana sebagai manusia..saya bukan seorang yang sempurna dan dengan yakin mengatakan saya tak pernah melakukan kesalahan walau dalam berbicara mahupun perbuatan dan penulisan. Saya manusia yang penuh dengan kekurangan di sana sini. Namun selalu ingin cuba memperbaiki diri dan hati saya untuk menjadi yang terbaik. Saya senantiasa ingat...kematian terlalu hampir dengan saya... mungkin hari ini...esok atau lusa...atau bila2 masa sahaja..nyawa kita akan diambil kerana kita adalah milikNya... jadi... kerana itu...kepada sahabat dan teman mahupun saudara mara saya.... dengan rasa rendah hati...saya menyusun sepuluh jari..memohon maaf diatas segala-galanya...

Walaupun bukan mudah untuk memaafkan..namun itulah hakikat yang perlu kita semua hadapi.... terpulang kepada anda semua...suka atau tidak suka..semua itu atas keikhlasan dan hati masing-masing...

Saya juga memafkan segala kesalahan orang pada saya.... dan percayalah...tiada apa-apa dendam..iri hati...dengki kianat dihati saya terhadap anda semua...sebaliknya...saya akan gembira apabila melihat kegembiraan anda...dan akan terasa terkesan dihati saya sekiranya anda bersedih.... saya senantiasa akan belajar dari kesilapan... akan senantiasa memperbetulkan kekurangan diri...tapii sekiranya anda sukar untuk menerimanya... saya akan menjarakkan diri saya...bukan menjauhkan diri dan tak layan terus...cuma menghormati pendirian anda...suka dan tak suka adalah milik masing-masing kan [kurangkanlah perasaan tak suka tu ye...] =D

Saya menghadapi cabaran dan dugaan hidup yang lebih hebat...namun..saya yakin...ada insan yang menghadapinya lebih hebat dari saya....dan atas KEYAKINAN dan KESABARAN serta PERCAYA dengan keagungan ILAHI...akhirnya....kemanisannya sedang saya rasai sekarang ni...[jangan kata saya riak...kerana disepanjang perjalanan hidup kita... kita harus melalui ujian dan dugaan Ilahi yang berbeza-beza] inilah kenyataannya...kerana Allah telah meminjamkan kepada saya seorang imam yang mampu memberikan kebahagiaan kepada saya...berkongsi susah payah...sedih dan gembira bersama-sama saya.... yang akan menasihati saya sekiranya saya tersasar dari landasan yang sepatutnya...yang akan senantiasa menyejukkan hati saya ketika saya geram dengan sesuatu keadaan dan situasi....dan kerana itu saya amat mensyukuri dengan nikmat kehidupan yang sederhana kurniaan Ilahi ini.

Tiada sesuatu yang sempurna dalam hidup kita kecuali ALLAH... namun...saya tidak pernah merungut dengan kekurangan diri... apatah lagi membandingkan diri saya dengan orang yang lebih hebat dari saya...kerana jika kita membandingkan diri kita dengan orang yang lagi hebat dari kita... saya yakin kita akan senantiasa nampak kekurangan kita.... selalulah membandingkan diri dengan orang yang lebih jauh sengsara hidupnya dari kita..supaya kita akan selalu mensyukuri dengan nikmat hidup yang dikurniakan... jika anda nak kata saya ni apa pun...saya terima kerana penilaian ALLAH lebih utama dalam hidup saya dari penilaian manusia. Saya mencari kebahagiaan saya dengan cara saya... dan sekiranya ada yang bercerita tentang kegembiraan mereka diatas kurniaanNya yang dia ada tetapi saya tiada... saya sedia menjadi pendengar dan berkongsi gembira...namun dalam hidup kita seharusnya seimbang..jika kita mampu bercerita dan berkongsi kegembiraan...apatah lagi orang lain kan... jadi sedialah menjadi pendengar dan bukan pendengki.... [selalu terjadi..dimana akhirnya....saya pulak yang susah hati...eh aku ni salah cakap ke....ermmm... bertabahlah hati....].

Akhir kata untuk menutup penulisan saya untuk hari ini...[insyaAllah....andai masih diberi nyawa lagi untuk detik dan waktu yang akan datang... saya akan menulis lagiii...jangan terasa terasa lagiii okehhh].... semoga Allah merahmati kita semua sehingga ke hujung nyawa kita....supaya bila tiba waktu dan saat yang dijanjikan [hari pembalasan]...kita boleh bertemu dalam keadaan wajah yang amat tenang...tanpa ada perbalahan....


salam sayang.....untuk anda semua... =D



Lukisan tulus ikhlas dari saya.....hehehe....=)))




Terima kasih kerana membaca entry ini =)))

No comments:

Post a Comment