Monday, June 3, 2013

TRIP TO HATYAI, THAILAND DAY 2

Hello Hatyai....
 hari ni hari kedua kami berada di kota Hatyai yang sibuk ini. Seawal pagi lagi en driver dah menunggu kami di lobby hotel.

Sebelum kemana-mana..kami dibawa untuk menikmati sarapan pagi di salah sebuah restoran islam berhampiran dengan hotel penginapan kami. Kalau kemana2 restoran pun di Hatyai ni...silalah rasa teh ais nya... sangat kawww dan sedap okeh... sama dengan nescafe ais dia... mmg tak boleh dapat kat mana-mana... hanya di Hatyai... hihihiii...

Selepas sarapan.....destinasi pertama kami adalah Pang Chang Puak Elephant Camp Hatyai... Kat sini terdapatnya gajah2 yang gagah perkasa menanti kehadiran kami. Masuk adalah percuma kecuali jika kita nak naik gajah... kena 500batt = rm50 untuk setengah jam..Gajah tu akan bawak kita meronda ke hutan belantara... menyeberangi sungai.. tapi sedikit malang sebab kami tak boleh nak naik..kena beratur panjang... sebab ramai sangat yang nak merasa naik gajah ni kan... soo... tengok je la gajah ni dari tepi luar kandang tu... dan secara automatik dia akan datang kepada kita untuk mintak makanan... en suami awal2 dah lari jauh... tak tahan bau katanya.... hahaha...sabar je la tauuu....haishhhh...saya dengan kakak...dok sibuk bergambar.... orang lain dok sibuk bagi makanan....[sebenarnya kami betul2 tak perasan ada stall jual makanan untuk gajah2 nih....adoyaiii...] tak pasal2..dia mengamuk....terus sembur kami2 ni dengan pengunjung2 lain...hahahaa.... sabar je la...

Dipintu masuk  Pang Chang Puak Elephant Camp Hatyai

Ramai pengunjung yang beratur naik gajah...kalau satu pasangan pun setengah jam...walaupun gajah ada lebih kurang 4-5 ekor macam tu la.... tapii masih terasa lama...huhuhuuu

Kat dalam Pang Chang Puak Elephant Camp ni... ada bermacam2 aktiviti... nak naik kete ke..nak archery pun boleh..tapii setiap permainan kena la bayar ye... no freee okeh...





Selepas puas bermain dengan gajah dan bergambar sana sini..bermain itu ini... kami meneruskan perjalanan kami ke Mermaid Island. Lagi sesi bergambar sana sini... naik kuda dan sebagainya... hahahaaa...
 Tak pasal2 en suami saya suruh saya naik kuda.... adoyai... macam manalah orang yang main polo tu kan.... saya naik kuda kecik tu dah gayat tak hingat dunia...kuda tu jalan pusing2 je pun.... ni kan kalau kuda tu lari.... haiyoooo.... mamang failed benda2 macam nih la....

Terdapat gerai2 menjual makanan goreng di tepi2 jalan di sepanjang jalan ke Mermaid Island Hatyai

 Antara tarikan yang terdapat di sini... Air kelapa muda yang sangat fresh
Jualan barangan souvenir pun banyak terdapat disini
Kakak dan abang ipar saya menikmati air kelapa dan jelly kelapa yang sangat fresh dan sedap
Terlalu ramai pengunjung yang melihat lebih dekat mermaid batu yang boleh berkata-kata ni....[guna mesin la kannn...]


Makcik ni jual telur dan kacang. Dan uniknya...telur ayam yang dijual tu adalah telur rebus yang mengandungi anak ayam... aiyoookkk..pelik betul makanan2 diaorang nih... 

Lama juga la kami menikmati panorama alam yang indah. Apa keistimewaan disini... di sini yang famous air kelapanya... sangat sedap dan fresh. Kenapa di panggil Mermaid Island....mungkin suatu ketika dahulu seseorang menemui mermaid ni bersantai di batu di pulau itu [tempat tu sekarang ni ada mermaid batu yang boleh berkata-kata... tapii kami tak pergi dekat sebab orang sana...memuja patung tu.... soo..tgk dari jauh je la ekkk...]  




Dah penat posing sana sini..kami akhirnya dibawa oleh en driver melihat beruk2 dan monyet [lupa nama tempat tu...tapiii dekat je dengan mermaid Island ni....naik bukit dan disitulah terdapatnya banyak beruk2 dan monyet yang sangat nakal...ambik itu dan ini....]. 

 kalau nak tahu... monyet ni masuk ke dalam bas ni dan curi kasut pengunjung.... mak aiii...baikk sangat kannn... kami pun tgk dari jauh je la....hanya memenuhi permintaan anak2 saudara saya je niii...
peniaga-peniaga ini meniaga pisang2 untuk diberikan kepada monyet monyet liar disini. gerai mereka juga ditutup dengan dawai.... hihihiii...

Selepas menikmati keindahan alam ciptaan Ilahi sambil memerhati bilangan pengunjung yang semakin ramai..kami akhirnya beredar untuk menikmati makan tengah hari. Masih memilih di restoran yang sama..iaitu...Restoran Ayam Goreng Deca. Kali ni kami order makanan lain..

Nasi kuning + ayam Goreng [wajib order sebab nasinya sangat sedap... makan mcm tu je pun dah terasa kesedapannya....]
Ayam goreng
Sup Daging
Tom Yam 
Bebola ikan cicah sambal
Kailan goreng ikan masin
Nasi putih

Semuanya makan dengan sangat berselera.
teh ais yang sangat sedapp..wajib order...
Set nasi kuning ayam goreng. Kalau makan macam tu je nasi tu pun dah sedap.... 
Bebola ikan untuk anak saudara. Masakan yang lain tak sempat nak capture.... dah lafarr sangat kan... hihihi... jemput makan semua....

Selesai menjamu selera..kami balik semula ke hotel untuk merehatkan badan... solat dan sebagainya.

Tepat jam 3.30 petang waktu tempatan..kami turun semula ke lobby untuk ke destinasi yang seterusnya. Kami di bawa ke Floating Market yang mula beroperasi dari pukul 4.00 petang waktu tempatan. Dari jauh lagi dah kelihatan bas2 yang masuk ke kawasan itu. Tersangatlah ramai manusia yang berkunjung ke situ..termasuklah kami kan.... hahaha... 
Floating market ni salah satu pusat tumpuan untuk para pelancong. Macam ada kelainan di sini. Yang original punya Floating market adalah di Bangkok...tetapi di sana..[kata kakak saya la yang pernah ke sana] kebanyakkannya yang menjual adalah peniaga bukan islam. Tetapi di sini... kebanyakkannya peniaga-peniaga islam.So..kalau teringin dengan makanan yang dijual disana..boleh lah mencuba tauu... [yang pasti..semuanya membuka selera...dan siapa yang tgk mmg akan berselera....[hahahaa...]


 ini agar-agar yang berintikan kacang. Tersangatlah sedap okeh.. Saya rasa confident nak makan sebab kebanyakkan peniaga disini semuanya beragama islam.
 Ramai pelancong asing yang berkunjung ke sini
 Dim sum thailand



 antara tarikan yang terdapat disini... harus beli..harganya sangatlah murah 250batt / 300batt
sushi Thailand... sangat comel dan murah
Aneka kuih muih terdapat disini...dan semuanya menyelerakan.... Pastikan beli pada peniaga islam...

Kami menghabiskan masa berjam jam disini... beli itu dan ini... tapiii pastinyalah kami mencari sesuatu yang berbeza yang tidak terdapat di negara sendiri kan... hihihii...


Kami kemudian singgah ke Shopping compleks diana [tak silap saya la...]. Macam biasa.. en driver kena scan muka dan meninggalkan pengenalan diri di post polis yang terdapat di pintu masuk shopping compleks tersebut. Harga barangannya tak banyak beza dengan disini... soo..jalan2 cuci mata je laa....

Tepat jam 6.30 petang [waktu tempatan].. kami balik semula ke hotel. 

Aktiviti malam ni...bebas... 

Saya dan en suami masih keluar meronda2 dari satu kedai ke satu kedai... dan akhirnya apa yang kami beli tak lain tak bukan adalah makanan...[makan lagiii.... kata tak nak bini dia ni tembam... sekali dia pulak yang tak henti2 beli makanan.....aiyokkkk]...

Kami sekali lagi beli ayam goreng... pulut mangga dan mangga sekali... sebab katanya tak nak makan yang heavy..tapiir rasanya pulut tu pun dah heavy kannn.... hahahaa...

On the way nak balik hotel tu.. kami ternampak la pulak ada satu stall ni jual roti telur dan roti pisang... peniaganya islam...depa laki bini jual sekali dengan air... dah pulak en suami teringin...soo..singgahlah ke stall berkenaan dan en suami orderlah roti telor...dan 2 bungkus teh ais..... Kami kemudian terus balik ke hotel untuk menjamu selera dengan makanan yang dibeli tadi... bila dibelek2...terbanyak la pulak kan.... nak pass kat bilik kakak dan anak2 saudara saya... depe pun melambak beli... haiyaaaa.... nak tak nak... kami terpaksa habiskan makanan yang kami beli tu..... dan akhirnya...kami berjaya menghabiskannya....makanya... bertambahlah berat badan saya.... saya sukaaa okeh.... hahaha... en suami.... ntah...dia no komen pulakkk....dia cuma tegur... pipi saya dah chubby... wahhh...baru 2 hariii..... adoyaiii...

Roti telur yang sangat lembut. Memang ramai yang menunggu giliran untuk membeli roti telur disini. Peniaga ni hanya meniaga di tepi jalan sahaja.



Aktiviti tengah malam...kakak2 saya sibuk massage okeh...abang2 ipar pun sibuk massage... saya dan en suami tgk tv dalam bilik sambil menikmati panorama malam di kota hatyai...

Ok..untuk pengetahuan semua... selalunya... kalau kita..para2 wanita ni nak massage.... di setiap hotel pasti ada menawarkan pakej utk massage di dalam bilik...pada harga yang sama...[standard price].. 
300batt =rm30 untuk 2 jam... sangat murah kan...  tanya sahaja di kaunter receptionist... mereka akan arrangekan untuk kita.. saya tak berani nak mencuba...kaki saya pernah ada sejarah terseliuh dan retak sikit...so... better jangan kan... pernah massage badan hanya utk tujuan nak betulkan rahim... itu je...hihihii..

Sebelum tidur...aktiviti saya... mengemas bag la kan...sebab esok dah nak balik... huhuhuu... tapii tak banyak pun nak di kemas... ok..kita jumpa esok...good nite Hatyai...

2 comments:

  1. MasyaAllah cantikkknya agar2 berinti kacang tu, kalau sini bole buat hantaran majlis kawin or tunang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah...sangat cantik...rasa sayang nak makan...tapii bila dah makan..rasa sedapp pulak... hehehe... diaorg sangat kreatif kak... kalau akak ke sini... mesti cuba agar2 tu dan air dalam bekas seramik tu....

      Delete