Monday, July 29, 2013

BICARA HATI

Assalammualaikum dan salam 20 Ramadhan 1434 Hijrah. Sedar tak sedar kita telahpun memasuki ke 10 Ramadhan terakhir. Begitu cepat masa berlalu meninggalkan kita.. antara sedar dengan tidak... kita hampir meninggalkan bulan yang penuh kenikmatan ini. Lipat gandakanlah amalan-amalan kita pada bulan ini...lebih lebih lagi 10 malam terakhir ni kerana setiap amalan yang baik dan mulia itu akan dilipatgandakan pahalanya... paling tidak..bacalah kalam suci Al-quran disetiap malam.. Semoga Allah menerima segala amalan-amalan kita ya... Banyakkanlah ibadah..kurangkan juadah... hehehe...

Sebelum saya memulakan penulisan saya... marilah kita sama-sama berdoa keselamatan saudara-saudara kita di Palestin...Syiria dan Mesir. Kurangkan memikirkan hal-hal duniawi...sebaliknya... fikirlah sejenak kesulitan saudara-saudara kita dalam memperjuangkan agama yang benar ini. Kita tidak mampu untuk ke sana memegang senjata bagi menyelamatkan saudara-saudara kita disana..namun..kita mampu untuk berdoa kepada Ilahi agar pejuang-pejuang Mujahiddin diberi kekuatan dan perlindungan daripada musuh yang nyata ini. Semoga Allah memberi perlindungan kepada saudara-saudara kita yang lemah dari terus ditindas tanpa ada rasa belas kasihan. Fikirkan sejenak ya wahai saudaraku. [ketika ini juga saya terasa sebak mengenangkan nasib saudara-saudara saya disana. Yang wanita dirogol tanpa rasa belas kasihan...kemudian disiksa...si kecil yang tidak berdosa turut menjadi sasaran... yang lelaki berjuang fisabilillah demi agama islam yang dicintai... Subhanallah....]. Alangkah nikmatnya kita disini... ketika nak berbuka puasa..kita dihidangkan dengan pelbagai jenis makanan...sedangkan mereka disana...dihidangkan dengan kematian di setiap waktu... kita bersolat terawih disini..mereka solat jenazah disana.... subhanallah... semoga semua ini memberi keinsafan kepada kita untuk melihat penderitaan orang lain.

Banyak persoalan dan banyak perkara yang nak dibicarakan. Di dalam hati ini...sebenarnya sarat dengan bermacam perkara yang ingin diluahkan... namun... tidak semua harus dituliskan disini kerana ada perkara yang perlu menjadi peneman di dalam hati. Namun saya harus akur... kerana manusia ini dilahirkan dengan pelbagai jenis perangai... dan sebab itulah..Allah mencipta syurga dan neraka.

Saya dan suami [mungkin orang yang sama nasib dengan saya juga] sering di ajukan soalan "bila lagi nak ada anak" pada saya... itu soalan yang biasa yang dah sebati dengan taik telinga saya...[hehehe]... dah tak jadi masalah pada saya... kerana kalau ada rezeki dari Ilahi...maka adalah...kalau masih belum sampai waktu dan ketikanya...maka bersabarlah menanti.... ini ujian Allah pada kami. Nak tak nak...kita harus terima dan paling penting harus redha dengan ketentuan Ilahi. Tapi....bila setiap kali persoalan itu masuk ke gegendang telinga...saya hanya akan senyum.... itu je mampu untuk saya lakukan..kerana yang bertanya pastinya percaya akan qada' dan qadar tuhan...makanya..saya tidak perlu untuk menjelaskan kepada mereka... kerana tidak ada apa yang perlu saya jelaskan. Perkara ini sama jugalah bagi insan2 yang belum berumahtangga.... saya syorkan...bila ada yang bertanya... senyumlah.....adat manusia memang adakalanya suka bertanya... saya akui...ada ketikanya ianya menjadi cabaran kepada saya untuk terus berusaha..kalau kita cuba berfikir secara positif..sebab itu... saya suka positifkan diri saya... kalau kita mengambil semuanya dari sudut negatif.... ianya akan memudaratkan diri kita dan secara tak langsung...kita buat dosa kering mengata dan mengutuk pada orang yang bertanya.... dan kesannya... pada hati kita....Mereka di beri hak untuk bertanya... jadi... terpulanglah kepada kita samada untuk menerimanya atau terus melayani perasaan kita... [Pilihlah untuk menerimanya seadanya....jgn melayan perasaan kerana kelak ianya akan memudaratkan diri kita...]

Okeh...sekarang saya nak jelaskan... [kerana ada yang masih mempersoalkan tentang perubatan]. Sejujurnya... saya kurang mempercayai cara-cara tradisional...macam nak jumpa bomoh ke... mintak ustaz tu tolong tgk kan kalau2 ada jin ke...[hahahaa....mengarut kan...tak perlulah jumpa ustaz...mintak ustaz doakan...kita sendiri boleh berdoa terus dengan Allah...meminta kepadaNya...kerana itu lebih afdal kan...]..mengambil jamu-jamu yang disyorkan dipasaran dan segala yang boleh memudaratkan diri kita samada dari segi rohani dan jasmani. Bila mengetahui saya dengan suami adalah pasangan yang mampu memiliki cahaya mata tanpa ada masalah kesihatan lain.... saya dan suami terus berusaha dan berusaha... namun bila segala usaha telah dilakukan..masih belum membuahkan hasil.... kami perlu redha dan menerima ketentuanNya... namun "usaha" pada kami tidak berhenti setakat itu...sekarang pun masih terus berusaha... cumanya..saya tidak suka sharekan perkara2 seperti ini dengan kawan2 saya...cukuplah hanya saya dan suami sahaja yang tahu..kerana ianya terlalu open untuk diperkatakan disini.... [cukup sekadar memahaminya bagi insan yang senasib dengan saya memahaminya dan sahabat yang lain....]. Dan kerana itu... saya kurang mengambil hati bila ada yang mengajukan soalan2 tentang zuriat kepada saya... sebaliknya...saya akan berkongsi kegembiraan bersama mereka yang dikurniakan anugerah itu. Siapa kita untuk melawan takdir Ilahi.... seperti yang saya katakan dari awal... positifkan diri... mungkin Allah tak bagi nikmat untuk memiliki anak....tetapi...Allah gantikan dengan nikmat yang lain.... itulah aturan Ilahi yang sangat menakjubkan....

Bagi insan yang senasib dengan saya... saya akui..situasi dan keadaan kita berbeza beza... untungnya saya kerana en suami sangat memahami...[ye la kan...tanpa usaha bersama...manakan boleh dapat anak kannn... so...en suami mmg perlu memahami hati isteri 100% okeh...]... ibu mertua saya tidak pernah memaksa atau mendesak..atau bila saya balik ke rumahnya...dia tidak pernah bermasam muka menunjukkan reaksi tidak selesa..sebaliknya..selalu memberikan kata perangsang kepada kami untuk terus berusaha tanpa henti..... keluaraga saya yang sangat sangat memahami... [mungkin sebab dah banyak anak2 sedara kan... jadinya mereka langsung tak pernah mendesak saya...]. Namun..saya perlu akui... itu semua nasib saya... mungkin ada yang nasibnya kurang baik... di desak oleh suami...ibu mertua dan emak sendiri... dan saya memahami perasaan mereka...tertekan... dan kerana itu... mereka mencuba pelbagai jenis perubatan sehingga pada satu tahap ianya memudaratkan diri sendiri. Senantiasalah dekatkan diri dengan Ilahi...mohonlah padaNya... yang paling utama..teguhkan keimanan kita kepadaNya... memberi kita kesabaran dan memberi ketenangan kepada kita agar segala yang perlu kita harungi itu menjadi mudah. Ingatlah wahai sahabat... sekiranya kita memang ditakdirkan tidak dapat memiliki anugerah itu.... kita dikecualikan dari satu persoalan di sana nanti yang mungkin akan meringankan bebanan kita dari menghalang kita untuk ke syurgaNya. Redha lah menerima takdir Ilahi kerana di sebalik takdir dan ketetapannya Dia tahu tahap kemampuan kita dan Dia ingin memberi ganjaran yang berlipat kali ganda..jika kita mampu untuk mengharunginya.... In shaa Allah.. Selalulah membaca kisah2 insan yang lebih malang nasibnya berbanding kita... kita diuji hanya pada satu perkara..tetapi insan yang malang nasibnya di uji dengan pelbagai perkara dalam satu masa... fikir-fikirkan sejenak....

Selalunya cabaran yang datang adalah dari pihak luar... agak mencabar juga bila ada yang mengatakan... "tak takut ke nanti suami cari lain sebab tak ada anak...orang pompuan kalau dah kawin..kena ada anak...." [ewah...ewah.... hehehe...betul la tu kan....] Pada awal menerima nasihat itu... hati saya membara2 marah.... tapiii... saya anggap orang yang bercakap tu kurang mendalami ilmu... dia memang suka nak bercakap.... [dalam hati.... ya Allah...sabarkan hambaMu ini...sabarkan hati ini....sambil muka tersenyum2 depan makcik tu.....uwaaaaa.......kenapa dia sebuk sangatttt....]..padahal..saya dengan suami tak ada masalah apa pun....[bila dah sama-sama redha kannn...]...so...sebagai manusia yang lemah dari segala-galanya ni....saya agak marah juga dengan si pengambil berat itu......bila ceritakan perkara itu pada en suami...seperti biasa lah...dia cool je.... lagii sakit hati adalah kan....dengan selamba dia jawab...."makcik tu minat kat saya kot..." [halamak...suka lari tajuk memperasan diri sendiri...nak ke dengan makcik mcm tu...haiyoooo.... hahahaaa....terus la saya ketawa]. Sebenarnya..bermacam-macam persoalan yang bertandang di telinga saya sehinggakan ada ketikanya buat saya menangis...[pada awal2 dulu....tapii sekarang tak dah....hehehe...]. Dahulu...saya sering rasa rendah diri... ye la dia kawin beberapa bulan je..terus nak ada baby...sedangkan saya ni.....Alhamdulillah...akhirnya Allah membuka ruang dihati saya untuk menerimanya dengan redha... apa yang perlu difikirkan adalah masa depan..kegembiraan dan jom kita enjoy dengan suami kita ok.... Dan satu kelebihannya.... kita mempunyai banyak masa untuk beribadat kepadaNya... ambillah waktu itu untuk senantiasa mendekatkan diri kepadaNya kerana disebalik ujian itu sebenarnya ada anugerah yang terindah buat kita... =)))

Doa yang terbaik untuk kita semua agar perjalanan hidup kita dilimpahi dengan rahmatNya yang berganda.... aminn... =))

Dibulan yang penuh keberkatan ni... jom kita sama-sama berdoa agar segala apa yang kita impikan akan menjadi kenyataan...paling tidak... biarlah Allah kurniakan ketenangan kepada kita dalam menerima takdirnya ini.. Setiap yang berlaku pasti ada sebabnya... semuanya hanya DIA yang Maha Mengetahui.... tak perlulah bagitahu satu alam akan perasaan kita..."dia ada dan kita tiada..." kerana jika kita bersikap begitu seolah kita menyalahkan takdir... sedangkan Allah telah merancang sesuatu yang terbaik untuk kita... Ingatlah sahabat2 saya... sebenarnya... orang menilai kita melalui cara kita berinteraksi dan pergaulan kita...

"Sebagaimana lidah dapat merasai manis, masam, pedas dan masin, penulisan seseorang di alam maya memberikan kita gambaran tentang adab & akhlaknya"- Firdaus Wong Wai Hung

Wallahualam. ..


Terima kasih kerana membaca entry ini =)))

2 comments:

  1. Salam.Alia; Memang ada insan yang bila mengeluarkan kata2 tidak memikirkan perasaan orang yang menerima kata2 tu.Hal zuriat adalah ketentuan dari Allah yang tak sepatutnya dipertikai oleh orang lain jika kita belum punya rezeki untuk mendapatkan nya.Moga sabar dan tabah dan jangan kecewa usaha seadanya. Akak doakan moga alia dikurniakan rezeki ini satu hari kelak. Amin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. w'salam kak hanem...

      Aminn...InshaaAllah kak... terima kasih... =))

      Delete