Wednesday, July 3, 2013

MAJLIS APC

Salam ceria semua.... wahhh tak sangka cepat betul masa berlalu... sedar tak sedar dah beberapa hari berlalu hari lahir saya..... beberapa hari je lagiii kita akan menyambut Ramadhan al Mubarak.. ahlan wa sahlan ya Ramdhan.... tak sabar nak bertemu dengan Ramadhan yang mulia...

Ok..sebenarya bukan nak cerita pasal Ramadhan.....nak SHARE...[wahhh huruf besar la pulak.... hahahaa] happiness saya... Syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpahan kurniaanNya...saya dan sahabat saya eryn terpilih untuk menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang [APC] di jabatan kami. Alhamdulillah..kami berkongsi kegembiraan bersama-sama. [cerita ni dah lama..tapii baru inilah berkesempatan nak diceritakan dalam blog yang simple dimple nih...]

Saya memang tak pernah menyangka mahupun berharap agar dapat APC di jabatan kami yang mempunyai ramai staff yang pada saya lebih layak untuk memilikinya berbanding saya. Bila dapat surat tu...rasa mcm tak percaya pun ada...[tampar muka banyak2 kali....okeyyy] tapiii kegembiraan lebih berganda apabila saya dapat berkongsi bersama dengan eryn... sahabat saya... apalagi..bila saya call dia..kami sama-sama menjerit macam tak hingat dunia....waaahhhhh.... syukur sangat.... lebih syukur apabila nama kami dipilih oleh Dato sendiri.... [ferasan tak hingat dunia...tapiii bagus sangat keeee makcik2 nih...... heheheee]

Namun dalam kegembiraan itu...ada rasa ketakutan yang berganda... ye la kan..pandangan orang itu berbeza-beza... mungkin orang tidak mahu langsung memahami tugas kita... [tak nak faham tak pe..tapii jangan nak tarik muka atau tunjuk perangai berlebihan sangat tau....hempok kang baru tau....] Tapi...atas keyakinan bahawa itulah janji dan hadiah dari Ilahi...saya terima dengan sujud syukur padaNya..kerana akhirnya insan2 ini nampak tugasan dan tanggungjawab kami.

Syukur sangat..majlis berjalan dengan lancarnya.. saya dan eryn dapat duduk semeja lagi sebagai insan2 yang dirai bersama dengan penerima-penerima Anugerah yang lain... semeja dan sekepala...habis semua formalitinya... kebanyakkannya asyik melawak sesama sendiri...mungkin itulah sebahagian daripada hiburan kami [mungkin]. Selepas penyampaian sijil bagi kakitangan yang menerima, sijil terampil dan kakitangan yang sudah berpencen dan akan berpencen...kami semua mengambil gambar kenangan bersama dengan Dato dan seterusnya menjamu selera...

Dalam pada menjamu selera itu...saya dengan eryn ni dah macam orang gile mencari sorang lagi sahabat kami sue...paling je ke belakang tgk dia dah tak ada.... sambil makan sambil tertanya-tanya...dimanakah makcik tu...... almaklumlah...walaupun kami ini diraikan....[ewah...ewah...] kami masih ingat sahabat kami kan..suka duka bersama tauuuu..... bila tak de tu..macam redha je la [nak control cun la katakan]...sebab ingatkan nak ambik gambar bersama-sama dengan dia lepas makan sekali semeja dgn kami... tapiii tak ada la pulak... haishhhh...

Penyudahnya..selepas sahaja makan...saya dengan eryn buat kerja yang agak-agak mcm tak tahu malulah kan.....[sorry makcik..ayat ni mcm sposen sangatkan....hihihiii]..mintak tolong sapa-sapa ambik gambar kami berdua...posing bagai nak rak...tak la rak sangat tapii rak buku adalah kan....hehehe..adalah beberapa keping...sambil tgk muka sendiri sambil perasan sendiri kannn...









Selepas majlis..ramailah antara rakan2 seperjuangan yang mengucapkan tahniah... terasa diri sangat dihargai...syukur alhamdulillah...



Terima kasih kerana membaca entry ini =)))

No comments:

Post a Comment