Friday, August 23, 2013

RAYA 2013 - OPEN HOUSE RAYA KE 3

Assalammualaikum dan salam lebaran...
Syukur kepadaNya kerana memberi peluang dan ruang kepada kita untuk menyambut lebaran bersama-sama dengan keluarga tersayang. Namun dalam keriangan dan kegembiraan kita menyambut hari lebaran ini..jangan sesekali kita lupa kepada golongan dan saudara2 kita yang kurang bernasib baik. Orang2 tua, orang miskin, anak yatim piatu dan golongan yang kurang upaya..kerana mereka adalah sebahagian daripada kita dan saudara kita. Saya pohon agar kita ambil sedikit masa dan ruang di dalam doa kita..untuk mendoakan keselamatan saudara2 kita di Syiria, Mesir, Palestin dan negara2 islam keseluruhannya dari ancaman musuh agama yang nyata...Semoga kita semua senantiasa berada di dalam pelindungan Allah...

Syukur alhamdulillah..kerana dengan rahmatNya jua..saya dapat menyambut lebaran ini bersama-sama dengan keluarga saya yang tersayang. Kami semua berkumpul pada hari raya ke 3 [setelah ada diantara adik beradik saya yang balik ke rumah mertua dan akhirnya balik ke rumah mak abah saya pada raya ke 3 semuanya...]. Kebetulan..kami sekeluarga berpakat untuk mengadakan rumah terbuka untuk menjemput jiran tetangga dan saudara mara yang terdekat sahaja. Oleh kerana kesibukkan yang teramat sangat [ada yang saja cari sibuk dan ada yang memnag betul2 sibuk...hehehe...] saya hanya sempat menjemput beberapa orang sahabat yang terdekat sahaja... jadi mana2 yang saya tak jemput...saya pohon jutaan kemaafan ya.. InshaaAllah.. kalau ada rezeki dan kalau masih panjang umur... saya akan jemput sahabat2 saya yang lain. :D

Kalau tahun sebelum sebelum ni kami mengadakan majlis rumah terbuka pada tengahari hingga petang..kali ni kami memilih untuk membuatnya selepas maghrib hingga lewat malam.

Apa yang menggembirakan kami sekeluarga..semua sanak saudara dari jauh dan dekat turut hadir memeriah majlis rumah terbuka ini. Inilah peluang untuk kami saudara mara berkumpul sambil bermaafan dan mengeratkan lagi tali silaturrahim. Bertemu sepupu sepapat...banyak benda yang dibualkan...banyak perkara yang diguraukan setelah masing2 sibuk dengan tugasan dan saya akui..kami jarang bertemu melainkan pada majlis2 keramaian. Almaklumlah... seperti kami..mereka juga sibuk dengan pelbagai urusan.. namun...bersyukur kerana mereka meluangkan masa untuk bersama2 berada di dalam majlis ini... betapa manis dan indahnya kenangan itu.... syukur padaMU Ya Allah.

Saya turut terharu dengan kehadiran sahabat2 saya yang telah lama tidak bersua muka.. dan akhirnya..atas jemputan yang hanya di dalam message sahaja..mereka melapangkan masa untuk hadir ke majlis yang sederhana ini. 

Kemeriahan turut dirasai dengan kehadiran jiran tetangga. Seronok sangat2 kerana dapat bertemu kembali sahabat2 ketika lahir... hehehe... bersahabat dari kecil sehingga kini... selalu berbual di alam maya...namun itulah peluang untuk bersua muka...Ya Allah... hanya DIA yang tahu...gembiranya hati saya....

 KAMI adik beradik 






bersama sahabat lama... ntah dah berapa tahun tak jumpa...alhamdulillah...datang jugak..yang paling best..saya dan suami mendapat kad jemputan darinya...syukur dan gembira sangat... [mus ni pernah jadi pengapit en suami...hehehe..]
Bersama-sama adik2 saya yang tersayang... syukur dan sangat gembira dengan kehadiran mereka dalam memeriahkan majlis rumah terbuka kami sekeluarga... tq adik2ku tersayang...

Kawan sepejabat..merangkap adik kepada saya... tq kerana datang ye...
saya mengenali mama comel ni ketika dia masih lahir lagii..dan kini dia telahpun memiliki baby yang juga secomel dia ketika kecil... 
 ni kawan masa kecik.
KAMI bersama mak dan bapa saudara yang sangat sporting..

Bersama sepupu emak.

 KAMI dengan sepupu
 mak2 saudara dan sepupu sepapat

KAMI sepupu yang jarang berjumpa...tapii bila sekali jumpa...memang begini okeh...
dengan adikss saya dan sahabat masa kecik...
 bersama kawan sepermainan masa kecik... main nyorok2..baling2 tong semua sekali...

 bersama emak angkat en suami yang akan masak apa aje kalau anak angkat dia tu nak... hehe
bersama sepupu dan emak saudara
Inilah sebahagian daripada keluarga besar KAMI.. bersama emak2 saudara dan sepupu sepapat yang semuanya sporting dan gile2... indahnya kenangan ini... harap akan dapat diulangi InshaaAllah...kalau ada rezeki.

Syukur kerana majlis berjalan lancar..dan harap para tetamu juga berpuas hati dengan segala layanan dan hidangan yang disediakan. 

Sesungguhnya yang baik itu dari Allah..dan segala kekurangan itu adalah dari kami sekeluarga..
Taqaballahu minna wa minkum..Minal Aidin wal Faizin... Mohon maaf Zahir dan Batin....
Selamat Hari Raya Aidilfitri :D
  

No comments:

Post a Comment