Monday, September 9, 2013

REDHALAH WAHAI SAHABAT

"Allah menyembunyikan redha-Nya di dalam kebaikan.... Maka jangan meremehkan kebaikan sekecil apapun..... Karena kita tidak akan pernah tahu kebaikan yang mana yang mendapat redha Allah..."
Assalammualaikum dan salam kasih sayang. Mulakan hari dengan bersyukur kepadaNya kerana DIA masih memberi peluang kepada kita untuk sekali lagi bernafas dan menumpang di bumiNya ini.

Apakah yang dimaksudkan dengan REDHA

Sifat Redha adalah daripada sifat makrifah dan mahabbah kepada Allah swt. REDHA membawa maksud menerima dengan rasa senang dengan apa yang diberikan oleh Allah baik berupa peraturan [hukum] mahupun qada' atau sesuatu ketentuan daripada Allah.

Allah lebih tahu kemampuan kita dalam mengatur kehidupan. Dan percayalah...kita tidak akan mampu melakukan apa sahaja yang diluar dari apa yang ditetapkan olehNya. Sama juga seperti ujian dan dugaan yang akan datang kepada kita setiap masa. Selagi kita hidup..tiada tanda noktah untuk ujian dan dugaan itu sebenarnya... Kita susah...itu ujian...kita senang pun ujian juga.

Redhalah wahai sahabatku kerana disaat Allah mengujimu dengan pelbagai ujian dan dugaan...sebenarnya Allah ingin menaikkan lagi darjatmu disisiNya [jika kamu redha]...

Pandang dan lihatlah orang yang lebih malang nasibnya berbandingmu kerana kamu akan senantiasa akan mensyukuri nikmat2 Ilahi yang dianugerahkan kepadamu berbanding dia.

Jangan beratkan fikiran hati dan perasaan pada perkara yang kita sendiri tidak mampu untuk menggapainya. Takdir hidup manusia berbeza-beza..ada yang bernasib baik dan ada yang bernasib malang..namun... kamu harus bersyukur kerana bukan tergolong dalam golongan insan yang bernasib malang.

Bersyukur dan bersabar dua perkara yang sangat berbeza namun perlu ada pada diri setiap hamba. Bersyukur lebih sukar dari bersabar.

Bersabar dalam menghadapi ujianNya... walau apa keadaannya..sebagai seorang hamba..kita perlu melalui..walau pun payah...kesabaran itu perlu supaya kita tidak bertindak diluar kawalan. Sebab itu kita kena kembali kepadaNya. Allah menurunkan ujianNya kepada kita...dan kembalilah kepadaNya kerana Dia adalah sebaik2 pendengar dan Dia jugalah yang akan memberi jalan keluar yang paling tepat untuk kita. Percayalah...bila kita berkeyakinan kepadaNya..segala yang sukar akan menjadi mudah pada kita. Ujian yang diturunkan adakalanya untuk kita mendidik hati kita menjadi insan yang sabar.

Kenapa syukur itu sukar sedangkan senang sahaja diungkapkan perkataannya?

Jika kita masih belum redha menerima ketentuanNya kepada diri kita... maka kita masih dikira tidak mensyukuri segala nikmatNya. Jangan sesekali mempertikaikan apa yang telah ditetapkan oleh Allah kepada perjalanan hidup kita...

Dalam hidup..kita senantiasa diberi pilihan... samaada untuk melalui jalan kiri atau kanan...kedepan dan kebelakang... disetiap jalan itu ada kelebihan dan keburukannya yang Allah telah tunjukkan kepada kita. Sebagai contoh.. kita berlari kehadapan... dan dihadapan kita ada curam yang sangat dalam. Bila kita lihat curam itu... kita diberi pilihan...samaada untuk terus terjun ke dalam curam tersebut atau kita berhenti dan memikirkan jalan yang lebih baik untuk kita. Sebab itu Allah kurniakan akal dan fikiran untuk kita menggunakannya dengan sebaik mungkin. Duduk sebentar dan berfikir...adakah jalan itu baik atau akan mendatangkan keburukan kepada kita. Jika kita telah memilih jalan yang salah... jangan menyalahkan takdir.... redhalah kerana itu adalah pilihan kita...dan kita perlu berani untuk menghadapinya dari awal hinggalah ke akhirnya. Dan kepada siapa yang perlu kita rujuk dulu...tentulah kepada Allah. Apa-apa sahaja...kembalilah kepada Allah..samaada kita gembira atau sedih...janganlah waktu sedih je baru kita nak menangis kepadaNya..merayu dan sebagainya...bila kita gembira...kita lupakan Dia..sepatutnya bila kita gembira..kepadaNya dahulu kita bersujud. Sebab itulah syukur lebih sukar dari sabar okeyy...

Jika dalam hidup kita terlalu banyak pertikaian... kita belum layak digelar insan yang bersyukur...persoalan kenapa dia ada..kita tiada... bermakna kita tidak redha dengan apa yang kita miliki. Sebenarnya ada sebab kenapa dia ada dan kita tiada. Jadi fikirkanlah.. itulah salah satu ujianNya yang harus kita hadapi. Sebenarnya di dalam keburukan itu ada kebaikkannya yang harus kita cari...

Pernahkah kita terfikir... ada kalanya..Allah takdirkan seseorang bertemu dengan insan yang akan membahagiakannya...memahaminya... dan akan mendidiknya ke jalan yang benar... namun ada ketikanya...Allah takdirkan dia bertemu dengan insan yang memerlukan dia untuk dididik...disayangi... dinasihati..disitulah perlunya kesabaran dan rasa redha dalam diri. Ada ketikanya juga... bila kita melihat dia mempunyai cahaya mata dan ditakdirkan pula cahaya matanya sepasang..tetapi kita ditakdirkan seorang atau dua orang yang mempunyai anak yang sama jantina.. kita inginkan sama seperti mereka..namun...kita tidak dapat memilikinya..dan macam-macam lagi lah kannn...

Saya menulis disamping saya juga berpesan kepada diri saya sendiri. Bila kita ada sifat redha dalam diri.. maka kita akan senantiasa mensyukuri segala nikmat dan takdir2 Nya. Percayalah disetiap takdir Nya..buruk atau pun baik...PASTI ada hikmah tersembunyi disebaliknya. Jangan kusutkan fikiran dengan perkara yang remeh temeh. Jangan membandingkan diri sendiri dengan insan lain yang jauh lebih hebat dari kita.

Percayalah...takdir hidup manusia ini berbeza-beza. Kadang2 kita nampak dia gembira..dia hebat malahan lebih kaya dari kita..namun kita tak tahu sebenarnya dia sedang menghadapi masalah yang hebat..malahan lebih hebat dari masalah yang kita hadapi. Kita nampak dia miskin. dan susah..kerja ditengah tengah panas....namun..Allah kurniakan kebahagiaan dan kegembiraan padanya...rezekinya cukup...siapa tahu kan....Jadi muhasabahlah diri...Luaskanlah pandangan kita supaya kita tidak terkongkong dengan bebanan yang kita cipta sendiri. Teruskanlah berjalan kehadapan walaupun kita tahu disepanjang jalan yang akan kita lalui itu penuh dengan onak dan duri. Di satu tempat...pasti ada jalan yang mudah [kalau kita senantiasa mengingatiNya dan mensyukuri dengan apa yang ditakdirkan pada kita].




Terima kasih kerana membaca entry ini =)))

No comments:

Post a Comment