Monday, December 16, 2013

GEMBIRA DAN SEDIH ITU ADALAH UJIAN ILAHI

Assalamualaikum dan salam 13 Safar 1435 hijrah. Permulaan minggu yang baru dan hari yang baru untuk meneruskan perjalanan hidup yang hanya sementara ini.

Jom kita hayati petikan kata-kata Ilahi pada ayat dibawah ini...

Apakah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum nyata bagi Allah orang-orang yang berjihad di antaramu dan belum nyata orang-orang yang sabar

-Surah: 'Ali-Imraan. ayat: 142

Syukur alhamdulillah...saya cepat tersedar dari melayan perasaan yang akan mengundang mudarat pada diri sendiri. Sukar bagi saya menerima kenyataan ini namun itulah hakikat yang perlu diterima pada setiap insan yang bernama HAMBA.

"Gembira dan sedih itu adalah ujian Ilahi..."
Saya cuba redakan kesedihan dengan senantiasa mendekatkan diri saya dgn Nya.

"DIA yang memberikan kegembiraan dan DIA juga yang mendatangkan kesedihan itu... jadi... dalam dua perkara ini...bersyukurlah kerana Allah sedang menguji kita untuk kita lebih mendekatkan diri kita kepadaNya..." kata-kata ini menyejukkan jiwaku yang sedang bergelora. Terima kasih kekasih hati..kerana sering berada disamping bersama-sama mengharungi ujian ini. Sesungguhnya kasih sayang tidak boleh dijual dan dibeli... ianya hanya akan ada pada satu2 perkara yang akan senantiasa tertanam di dalam sanubari... tiada penggantinya.

Tenangkanlah hati ini wahai penciptaku...
damaikan gelodak di jiwa ini wahai Ar Rahman...
redhakanlah kekusutan ini agar tidak memudaratkan diriku dan orang2 serta makhluk2 disekelilingku wahai Ar-Rahim...

Pergilah wahai makhluk yang istimewa.....
pergilah kepada penciptamu...
semoga kita dipertemukan di hari perhitungan dimana saat itu kita bertemu dan kamu membantuku dalam amalanku yang sedikit ini di muka pengadilan yang Maha Adil...
bantulahku memberatkan timbangan amalanku ini walau hanya sekadar sedikit kasih sayangku terhadap mu wahai makhluk yang istimewa....

Alhamdulillah... syukur pagi ni terasa damai dihati... tenang dijiwa dan tenteram di sanubari.... Pagi ini sekali lagi saya dihantar oleh en suami saya ke tempat kerja. Katanya nak bercuti hari ni. Nak rehatkan diri yang dah lama tak cuti..katanyalah... namun...harus saya akui... bila kita redha dan sabar diatas setiap ujian dan dugaanNya... hati akan menjadi lebih tenang... fikiran dengan rasionalnya mengakui bahawa hidup ini sebenarnya singkat... dunia ini tempat untuk kita berasa penat dan letih untuk mengejar ganjaran...menerima ujian dan dugaan pada perkara yang gembira dan sedih....manakala akhirat adalah tempat untuk kita beristirehat dengan aman dan damai...inshaaAllah... terima kasih wahai penciptaku...Sesungguhnya ENGKAU lebih mengetahui dari segala-galanya.... [rasa nak bagi satu senyuman yang indah...seindah bunga2 yang mekar dan mewangi...]

"Besar manapun kecewamu, pedih mana pun sakitmu, dan perit mana pun lukamu ketahuilah, Allah swt sentiasa ada bersamamu. DIA sentiasa menunggu kedatanganmu untuk kembali kepadaNya setelah apa yang telah engkau usahakan dalam memenuhi keinginan dan matlamatmu walau tidak tercapai.

Ketahuilah hati, engkau sentiasa mendapat perhatian dariNya sama ada engkau sedari mahupun tidak. Kerana engkau terlalu lembut dan sensitif dengan apapun keadaan yang mampu mengusik dirimu.

Tabahkan dirimu kerana pasti ada hikmah dalam perkara yang telah terjadi. Jika bukan pada saat ini, esok, lusa atau tulat, hikmah itu pasti akan tiba jua.

Yakinlah engkau pada Penciptamu wahai hati.."




 Terima kasih kerana membaca entry ini =)))

2 comments: