Friday, January 3, 2014

PERGINYA SEORANG SAHABAT

Assalammualaikum dan salam 1 Rabi'ul Awal 1435h..salam jumaat penghulu segala hari.

Cepat masa berlalu meninggalkan kita. Segala kisah suka dan duka telah kita lalui sekaligus menjadikan kita seorang hamba yang hebat.

Saya senantiasa berharap agar sahabat yang saya anggap seperti adik..menjadi insan yang tabah dan hebat. Allah memberikan ujian..untuk menguatkan lagi tahap keimanan kita kepadaNya. Yakin dan sabar dengan takdirNya kerana disetiap apa yang ditetapkan..akan didatangkan dengan seribu kebaikkan yang tidak terkira..

Tanggal 30hb Disember 2013 - Hati agak terkejut menerima perkhabaran seorang sahabat sekuliah saya telah dijemput oleh yang Maha Pencipta.

"Innalillahiwainailahirojiun"

Allah tidak akan melewatkan walau sesaat bila tiba saat dan masa utk kita kembali kepadaNya.

Walaupun hati masih dalam keadaan terkejut menerima perkhabaran itu..namun akal yang waras memberitahu bahawa... setiap yang hidup pasti akan mati. Namun bila saya teringatkan isterinya yang juga sahabat saya dan anaknya yang baru berusia 4/5 bulan... air mata mula mengalir... di dalam hati terus berdoa dan berdoa agar ida kuat menghadapi ujian yang hebat ini. Hati akan terus berdoa dan berdoa agar permata dan amanah yang ditinggalkan dapat dididik sehingga menjadi anak yang soleh. Kerana itulah harta yang amat beharga yang ditinggalkan oleh Allahyarham Syaniza Jamaluddin, sahabat saya.

Kami adalah sahabat sekuliah yang sangat rapat..sekepala..sering bergurau senda..usik mengusik.. berlawan-lawan mulut dengan kata-kata dan selalunya kami yang wanita di dalam kelas yang menjadi mangsa kepada geng2 budak lelaki di dalam kelas kuliah. Bila teringat kembali..mesti akan terukir senyuman kerana sejujurnya..kenangan ketika belajar...menghadiri kelas..ketika peperiksaan...segalanya indah... dan ianya kini kembali terbayang di kotak fikiran.. Rasa ingin kembali ke zaman itu... zaman yang ceria..zaman utk mengenal diri... mengenal betapa dunia ini sebenarnya penuh dengan cabaran..namun... ianya juga zaman utk mengenal sahabat yang sejati. MasyaAllah... indahnya ketika itu.. Sya mengenali ida di institusi itu. Masih terbayang jelas dimata saya bagaimana mereka berdua malu-malu kucing untuk berkenalan namun masih menjaga batas2 sebagai seorang mukmin... alhamdulillah... mereka memang pasangan yang paling sepadan...dan saya suka melihat keperibadian mereka yang tahu batasan yang sepatutnya.

Selepas tamat belajar..masing-masing membawa haluan sendiri..ada yang sambung ijazah dan ada juga yang terus bekerja. Masing-masing sibuk dengan urusan masing-masing sehingga kami jarang berhubung diantara satu sama lain. Perkhabaran kami hanya diketahui melalui sahabat-sahabat yang terdekat yang masih berhubung..itu pun hanya beberapa orang je.....dan yang pasti saya dengan sahabat saya intan dan amir serta hadi masih berhubung diantara satu sama lain...dan merekalah secara tidak langsung mengetahui lokasi2 sahabat2 yang lain. Sehinggalah saya ingin mendirikan rumahtangga... Seolah mengetahui perkhabaran berita daripada sahabat yang masih berhubung... Allahyarham Sya menghubungi saya... terus sahaja saya menjemputnya dengan ida yang pada ketika itu rupanya mereka masih bersama dan berkawan..masyaAllah..kuat betul jodoh mereka... Kami pada ketika itu sempat bergurau senda...[seperti zaman ketika belajar... Allahyarham Sya seorang yang sangat ceria..kalau ada masalah..dia susah nak ceritakan kepada rakan yang lain walaupun kami mmg rapat].

Selepas beberapa tahun tak jumpa...akhirnya di hari persandingan saya... beberapa orang sahabat saya ni datang memeriahkan lagi majlis persandingan saya. Ya Allah..hanya ENGKAU yang tahu betapa diri ini terasa sangat dihargai dgn kehadiran mereka..betapa kuatnya persahabatan kami. Selepas habis majlis.. saya keluar sebentar dengan suami saya untuk settlekan beberapa hal untuk majlis makan malamnya. Kakak saya menghubungi saya dan mengatakan seorang sahabat saya datang. Lantas..en suami memandu pulang ke rumah untuk bertemu dengan sahabat yang dimaksudkan. Bila melihat Allahyarham Sya setia menanti kami dibawah khemah...hati mula rasa terharu... Allahyarham sudi datang walaupun katanya dia kerja disebelah pagii dan terus ke rumah saya dari KL untuk memenuhi jemputan walaupun terlewat. Pada saya..ingatannya itu sudah cukup memadai dan lebih rasa terharu apabila dia datang juga untuk meraikan saya da suami... [tiba-tiba hati jadi sebak...] Beliau memberi sekotak hadiah..katanya pemberian istimewa drpd dia dan ida... Kami berbual macam biasa..gelak dan ketawa...almaklumlah..kami dah lama tak jumpa... Sya di jemput untuk menjamu selera sekali dengan keluarga saya dan kami berbual sama-sama seolah satu keluarga... [Ya Allah..semuanya terimbas kembali jelas di kotak fikiran saya...]

Selepas itu..beberapa tahun kami tidak berhubung sehinggalah terciptanya Facebook..[atau mungkin saya yang lewat mengetahui ttg perhubungan alam maya nih]. Kami sahabat-sahabat bertemu kembali di dalam Facebook dan pada ketika itu kami mula berhubung diantara satu sama lain termasuklah Allahyarham Sya. Seperti biasa..mereka masih dengan perangai lama..suka mengusik walaupun masing2 [apabila bertemu di Facebook] kebanyakkannya sudah mempunyai keluarga sendiri..] namun mereka masih mereka yang dahulu.... terubat kerinduan di zaman belajar...Meor, Sya, Hadi, Caen, Din dan semuanya yang tak dapat saya sebutkan satu per satu disini.

Tahun 2012 - ketika saya sibuk menguruskan mak yang kritikal di IJN.. kembali sahaja dari KL.. saya menerima sekeping kad jemputan yang elok di letakkan di dalam pos box saya. Nama mereka berdua tertera di atas kad tersebut. Hati terus mengucapkan rasa syukur..benar..jodoh mereka sangat kuat... dan akhirnya..mereka bersatu sebagai pasangan suami isteri... syukur padaMu Ya Allah... lantas..saya terus menghubungi no yang tertera...bercakap sendiri dengan bakal pengantin...kedengaran suara ida yang ceria..almaklumlah...bakal raja sehari... dan hati terus bertekad utk pergi ke majlis mereka.

Sekembalinya saya dari Jakarta... kesihatan saya dan suami tidak mengizinkan kami untuk ke mana-mana majlis kerana kelesuan dan kekurangan air dalam badan..namun hati tetap bertekad untuk ke majlis mereka.. dapat berjumpa pun jadilah..kerana ida dan Sya adalah insan yang baik dengan saya..yang pernah berkongsi suka dan duka bersama... saya harus kuatkan semangat untuk pergi... dan dengan kerelaan suami sendiri..dia membawa saya ke majlis mereka... Syukur Ya Allah..kerana akhirnya mereka bersatu... doa yang indah dan yang terbaik untuk mereka berdua...dan rupanya keinginan yang kuat untuk ke majlis mereka itu adalah hari terakhir untuk saya bersua muka dgn Allahyarham Sya... kelihatan wajahnya yang ceria...sempat juga Allayarham mengusik saya...pendek katanya....namun saya tak pernah pun ambil hati dengan gurauannya..namapun gurau kan... itulah ungkapan yang selalu terkeluar dari mulut arwah nak mengusik saya....

Setahun perkahwinan mereka..akhirnya mereka dikurniakan cahaya mata yang sangat comel... [perkembangan mereka dikongsikan di dalam laman sosial Facebook]. Sangat comel..secomel mama dan papanya... Saya tumpang gembira...dan dapat merasai kegembiraan dan keterujaan mereka.. insan yang saya kenal dari bujang sehingga ada baby...

Saya menerima sms daripada ida menjemput saya dan suami ke majlis aqiqah baby comelnya... namun...atas urusan keluarga..saya tidak dapat menghadirkan diri... Bila difikirkan kembali...rasa ralat pulak sebab tak dapat memenuhi undangan..namun itulah janji Ilahi..kerana urusan yang sememangnya tidak dapat dielakkan...

Malam 30hb Disember 2013..saya menerima perkhabaran dari sahabat saya intan melalui msg di dalam fb mengatakan sahabat saya telah pergi buat selama-lamanya... untuk confirm betul2 dari apa yang saya baca..saya terus menghubungi ida..dan ternyata... itulah kenyataan yang perlu kami semua terima..Sya telah pergi untuk selama-lamanya pada jam 6.30 petang akibat serangan jantung.

Entah kenapa..hati tiba-tiba rasa sebak... hikmahNya terus sahaja jelas kelihatan bilamana..perginya seorang sahabat...maka terserlahlah betapa kesemua sahabat2 yang lain terlalu mengambil berat diantara satu sama lain... dan di situ barulah kami mendapat no telefon masing-masing untuk memudahkan kami berhubung. Kesemua sahabat yang berada di KL..menziarahi jenazah di HKL..manakala sahabat yang berada di sini...menziarahi jenazah di sini dan mengiringinya hingga ke kubur... Saya dan suami sempat melihat jenazah Sya untuk kali terakhir...

Damailah engkau disana wahai sahabat... sesungguhnya engkau disayangi oleh Ilahi dan kerana itu engkau antara yang terawal dijemput untuk menemuiNya... Pergimu meninggalkan isteri serta permata cinta yang comel. Pergimu meninggalkan kenangan yang indah bersama sahabat2 yang lain sehinggakan sahabat2mu merasai kehilanganmu.

Semoga ida tabah melalui hari2 yang mendatang....didiklah permata cinta yang ditinggalkan supaya menjadi anak yang soleh..walaupun anak kecil itu masih belum mengenali siapa papanya..tetapi... yakinlah... perancangan Ilahi lebih teratur dan teliti bersama cinta dan kasih sayangNya. Redhalah dalam menerima takdir hidup kita yag penuh dengan cobaan dan dugaan. Ida adalah insan yang teristimewa dan kuat untuk memikul ujian dan dugaan ini. Berat mata memandang..berat lagi bahu yang memikul....doa yang terbaik hanya untuk ida... percayalah..kesedihan akan terubat apabila melihat anak kecil itu membesar dengan sempurna hasil daripada limpahan kasih sayang dari mamanya...

Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohmu wahai sahabat... semoga dirimu ditempatkan dikalangan para solihin dan hamba-hambaNya yang beriman..Semoga syurgalah tempatmu wahai sahabat.......



Terima kasih kerana membaca entry ini.

No comments:

Post a Comment