Monday, March 10, 2014

HIKMAH DAN PENGAJARAN DISEBALIK YANG TERJADI #PRAYFORMH370

Assalammualaikum dan salam hari isnin.
Seperti yang kita sedia maklum...hari ini dah masuk hari ke 3 kita menanti dan terus menanti perkhabaran dari pihak yang berkuasa yang sedang bertungkus lumus dalam misi mencari dan menyelamat mangsa2 yang terlibat. 
Sedarilah wahai insan yang bernama hamba.... segalanya haruslah kembali kepada yang satu iaitu ALLAH... kerana DIA yang menurunkan ujian ini...dan DIA juga yang akan memberi jalan penyelesaiannya...kembalilah kepada yang hak... janganlah kita berhenti untuk terus berdoa dan bermohon agar segala-galanya terjawab. Sesungguhnya tiada yang mustahil bagiNya jika DIA berkehendak perkara itu terjadi. 
Sebagai manusia..kita tidak lari dari terus membuat andaian... Andaian demi andaian yang cuba kita lontarkan demi mendapat nama..... sedarilah wahai insan yang bergelar hamba...sesungguhnya.... andaian2 itu sedikit sebanyak mengganggu jiwa2 yang sedang mengharap.... jiwa2 yang sedang dalam kerisauan....jiwa-jiwa yang sedang dalam usaha mencari dan menyelamat....jiwa2 yang sedang kerungsingan....jiwa2 yang sedang bersujud kepadaNya....jiwa2 yang sedang bertafakur...jiwa2 yang sedang dalam kesedihan dan pengharapan. Berhentilah membuat andaian yang tiada kepastiaannya... berhentilah dalam mengeluarkan kenyataan2 yang tidak sepatutnya dilontarkan kepada alam maya ini.....hentikanlah wahai saudaraku.... seandainya tiada apa yang hendak dikatakan...diamkanlah.... dan berdoalah yang terbaik untuk mangsa dan keluarga mereka. 
Pihak-pihak yang berkenaan sedang berusaha untuk mencari jalan penyelesaiaan...kerana mereka juga seperti kita.... mereka mahukan jawapan dan kepastian...mereka mahukan segala maklumat dan bukti dengan segera...mereka mahukan kesemua mangsa2 dapat diselamatkan...mereka sedang berusaha..... jadiii.... berilah kata2 semangat kepada mereka yang sedang berusaha ini... kerana...tanpa kita sedari...mereka juga berisiko tinggi dalam proses pencarian ini..mereka juga ada isteri dan anak serta ibu bapa dan keluarga yang terpaksa mereka tinggalkan untuk misi ini... mereka juga insan seperti kita.... jangan kita cuba mencabar dan perlekehkan kewibawaan mereka dalam menjalankan tugas....mereka sedaya upaya cuba membantu...dan seperti kita...mereka juga mengharapkan agar MH370 dapat ditemui dengan segera dan mangsa2 didalamnya dapat diselamatkan.... jiwa mereka lebih memberontak dari kita...untuk mencari jawapan diatas setiap persoalan.... mereka ditempat kejadian.... saya yakin...mereka ke sana bukan atas keterpaksaan...tetapi.. untuk berbakti kepada negara sendiri.....menghulurkan bantuan kepada yang memerlukan.... Mereka juga mahukan yang terbaik..... kalau kita berharapan tinggi untuk mangsa....apatah lagi mereka..... mata dunia memerhatikan tugas mereka....satu dunia menantikan jawapan dari mereka.... sepastinya mereka akan lakukan yang terbaik.... cuba fahami mereka.... pandanglah mereka dengan pandangan yang disertakan doa..agar misi mereka berjaya tanpa ada seorangpun yang cedera atau ditimpa musibah.... dan diakhirnya  memberi jawapan kepada kita dan seluruh dunia dalam menjawab setiap persoalan.....
Tiada seorang manusia pun di dunia ini yang mahukan musibah menimpa diri mereka...namun itulah janji Ilahi dan inilah yang kita lihat...yang kita dengar.... yang kita harapkan agar segalanya selamat.... apa yang sepatutnya kita lakukan....?
Berilah kata-kata semangat dan doa yang baik kepada keluarga mangsa yang tidak berhenti mengharap...kerana kalau kita ingin tahu.... mereka beribu kali ganda ingin tahu daripada kita kerana salah seorang daripada mangsa itu adalah ahli keluarga mereka...darah daging mereka.... kalau kita sedih mengenangkan mangsa..apatah lagi keluarga mereka yang lebih berjuta kali ganda bersedih diatas apa yang terjadi....anak...isteri...ibu bapa dan keluarga yang tidak pernah berhenti berharap..... jiwa mereka memberontak.... jiwa mereka penuh pengharapan.... fahamilah mereka..selamilah jiwa mereka....seorang ibu menantikan anak....seorang bapa..seorang anak yang menantikan ibu atau bapa kesayangan...seorang isteri yang sedang mengandungkan anak dan zuriatnya.... seorang nenek....seorang abang dan kakak yang mengharapkan keajaiban berlaku... mereka semua mahu melihat darah daging mereka selamat....setiap masa mereka membayangkan agar ahli keluarga mereka yang dalam penerbangan itu datang kepada mereka dan mendakap mereka...... mereka senantiasa mengharap dan membayangkan melebihi pengharapan dan apa yang kita bayangkan....
Jangan lontarkan perkataan yang tidak sepatutnya..... berfikir sebelum mengeluarkan sesuatu perkataan. Cuba letakkan diri kita ditempat mereka. Seharuslah dalam fikiran kita juga akan berandaian seribu perkara dan pengharapan..... mereka mengharapkan andaian yang kita lontarkan itu betul....tetapi malangnya..ianya tidak benar...dan tahukah anda...perasaannya selepas itu akan lebih hampa dari sebelumnya...jiwa mereka akan lebih tertekan...jadi..cuba fahami mereka...menasihati dan memahami....jangan lontarkan ayat yang tidak sepatutnya.....jadilah insan bukan malaikat yang menilai baik dan buruk niat seseorang untuk menuju ke satu destinasi itu.....
Jangan cuba menyalahkan pihak2 yang berkenaan. Tiada manusia yang mahukan kesulitan. Mereka seharusnya berjuta kali akan berusaha berbanding kita yang duduk saja dan menanti jawapan. Mereka lebih tertekan dari kita ....mereka tidak tidur lena untuk mencari jawapan diatas setiap persoalan berbanding kita yang boleh melelapkan mata dan keesokkannya mengadap komputer dan tv untuk mendengar berita dan kemudian tahu menyalahkan pihak2 tertentu...

Jadilah insan yang rasional. Ujian Allah ini bukan untuk mangsa dan kaum kerabatnya..tetapi untuk kita semua... Kita selalu melihat kesengsaraan...peperangan yang berlaku di negara lain.... Allah menduga perkara ini terjadi di negara kita hanya dengan kehilangan pesawat MH370......Alhamdulillah....kita semua bersatu hati dan mendoakan sesama insan agar kesemua mangsa dapat kembali dengan selamat....atau paling tidak Allah membuka pandangan kita untuk menjumpai bukti dan kesan2 yang ditinggalkan untuk memudahkan segala kesukaran.....merungkai segala kebuntuan....Inilah hikmahNya... kita bersatu hati....seluruh dunia turut bersedih dengan ujian ini....seluruh dunia memberi perhatian di atas kejadian ini.

Ujian buat kita.... jangan cuba untuk menjadi ahli bijak pandai membuat andaian sebaliknya serahkan kepada pihak2 yang berkuasa yang lebih arif dalam proses mencari dan menyelamat. 
Ujian buat kita.... bersabar dan terus berdoa agar segalanya berjalan dengan lancar...bukan dengan menghina dan mengeji...mengeluarkan perkataan yang tidak sepatutnya yang akhirnya memakan diri sendiri...
Ujian buat kita.... jangan memboikot produk negara kita sendiri...sedarilah bahawa yang menimpa segala ujian dan dugaan ini bukan captain...bukan pembantunya...tetapi Allah.... maka....kepadaNyalah seharusnya kita kembali....agar kesemuanya terjawab...

Pengajaran di sebalik kejadian ini..... 
Kita sering bertelagah diantara satu sama lain dari segi ideologi politik mahupun pada sesuatu perkara ....namun hikmah yang kita perolehi.... sebelum bermulanya perlawanan bola sepak baru2 ini...kesemua penyokong dan pemain bertafakur seketika sebelum bermulanya perlawanan. 
Di semua masjid2 yang mengadakan solat hajat dipenuhi dengan saudara2 kita yang bertafakur dan bersungguh2 menadah tangan dan berdoa agar segala2nya dipermudahkan. Di satu sudut...kita melihat ramainya hambaNya dan saudara kita yang begitu mengambil berat diantara satu sama lain sebenarnya. Ramainya insan yang berhati mulia mendoakan sesama insan agar semuanya selamat. Inilah antara hikmahNya...
  Last but not least..
Teruskanlah berdoa dan berdoa agar keluarga mangsa lebih tabah dan redha dalam menerima ketentuanNya ini... memang perit untuk menerima sesuatu yang bukan berada di depan mata kita...ianya tiba2 lenyap dalam sekelip mata tanpa ada apa2 lagi berita mengenainya......sebagai hamba...siapa kita untuk mempersoalkan hukum dan takdir Ilahi melainkan kita terus bermohon agar DIA menunjukkan sesuatu kebenaran supaya perasaan itu sedikit sebanyak melegakan hati setiap jiwa yang kegusaran....

Sebagai hamba..saya tidak berhenti berdoa...agar keajaiban berlaku.....Tiada yang lebih berkuasa melainkan DIA... kepada sahabat semua... marilah kita sama-sama berdoa agar Allah memudahkan segala urusan mencari dan menyelamat... melindungi mereka yang bertungkus lumus dalam menjayakan misi mencari dan menyelamat ini...memberi mereka kesihatan yang baik dalam misi pencarian mereka dan menemukan sesuatu keajaiban dan bukti yang kukuh seterusnya menemukan jawapan diatas setiap persoalan.....menampakkan setiap kekaburan kepada yang nyata.... semuanya atas kekuasaanMu Ya Rabb... dengarilah doa dan permintaan hamba2 yang menadah tangan kepadaMu dengan penuh pengharapan dan tawaduk.... menerima ujian dan dugaan ini dengan redha..... perlihatkanlah kepada kami kenyataannya..... merungkai setiap persoalan yang bermain di minda seluruh insan yang bernama hamba dengan belas ihsanMu....janganlah ENGKAU jadikan segala usaha ini sia-sia...
Amiennn ya Rabb...


Jika Allah kehendaki, perkara yang mustahil boleh terjadi. Jika DIA tiada kehendaki, tiada siapa yang dapat mengatasi. Apabila kita memohon dan bertawakal kepadaNYA, maka DIA akan menguruskan urusan kita dengan cara yang DIA kehendaki. Apabila ALLAH itu bersama kita, kesudahan urusan kita pasti memberikan kebaikan buat kita. Kadang kala ada perkara yang kelihatan gagal, jika ALLAH redhai kita, keadaan akan kembali kepada kita. Kadang kala ada perkara kelihatan berjaya, tapi jika ALLAH murka kesudahan buruk akan menjelma. - Dr. Maza



Gambar lukisan ini menceritakan sejuta pengharapan kita kepada MH370.... #prayformh370

No comments:

Post a Comment