Monday, April 14, 2014

BERDAKWAHLAH SECARA BERHEMAH

Assalammualaikum dan salam hari Isnin. Permulaan hari yang sangat baik....nyaman dan tenang. Syukur pada yang Maha pencipta kerana tidak jemu memberi nikmat kepada hamba2Nya ini.

Jom hayati firman Allah di dalam Surah Al-Nahl ayat 125 yang membawa maksud;

Serulah manusia kepada jalan Tuhanmu dengan hikmah dan pelajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang baik.

Sesungguhnya Tuhanmu DIA lah yang lebih mengetahui tentang siapa yang tersesat dari jalanNya dan DIA lah yang lebih mengetahui orang-orang yang mendapat petunjuk.

Syukur alhamdulillah kerana saya dikelilingi oleh insan2 yang senantiasa prihatin akan soal jawab agama. Ianya termasuklah en suami saya sendiri. Pastinyalah..seorang suami mahukan yang terbaik daripada seorang isteri untuk membawa bahtera perkahwinan itu hingga ke syurga...

Seperti yang saya pernah katakan..saya bukanlah seorang yang bijak tentang agama..namun saya tahu batasan saya sebagai seorang mukmin...

Sebenarnya...yang kurang bijak inilah akan senantiasa memperbaiki diri dari semasa ke semasa....
akan senantiasa mencari sesuatu yang bermanfaat sebagai rujukan untuk meningkatkan tahap keimanan dalam diri.
Akan belajar dari A hingga Z tentang tatacara pembacaan Al-quran dan begitulah sebaliknya.
Tapiii semuanya itu memerlukan masa.

Manusia tidak akan mudah menerima apa sahaja perkara baru dalam hidupnya secara drastik.

Walaupun secara luaran kita nampak dia berpakaian menutup aurat dan menjalankan syariat islamiah... namun...sebenarnya..sebagai hamba..banyak lagi kekurangan kita yang perlu kita perbaiki.

Maka..sebagai seorang yang menganggap dirinya itu sudah terbaik dan memenuhi syariat islam yang ditetapkan... yang merasakan ilmunya sudah mencukupi sepenuhnya berbanding orang lain yang dikenalinya... saya mohon... jangan memandang rendah kepada orang yang sedang berusaha untuk berubah. Kadang kala... mereka lebih baik dan elok perilakunya daripada anda yang sediakala tertera muslimahnya.

Bila kita hendak menegur dan menjadi seorang pembimbing... maka..gunalah dengan cara yang berhemah. Saya sedar dan faham..bukan semua orang mampu melakukan yang terbaik untuk memenuhi kehendak semua orang... saya faham..dalam dia nak berdakwah...dia perlu berhadapan dengan pelbagai jenis manusia yang ada daripada mereka menyokong dan ada daripadanya memberi reaksi yang sebaliknya.

Kita tidak boleh tanam dalam diri kita....

"aku nak dia berubah sekarang....kena berubah sekarang jugakkk"

sedangkan..bila kita pandang balik pada diri kita...kita juga perlukan masa untuk melakukan perubahan. Kita tidak boleh memaksa orang untuk buat itu dan ini mengikut telunjuk kita.... sedangkan kita dahulu tak suka orang untuk memaksa2 kita. Kita perlukan ruang..maka sediakanlah ruang kepada sahabat2 mahupun ahli keluarga untuk berubah. Biarlah mereka berubah kerana Allah Taala...dan bukan atas dasar paksaan kita. Biar mereka lakukan secara rela hati.... sebab dahulu..kita pun mahu melakukan perubahan dengan rela hati kita...dengan kesedaran kita sendiri...dan kesedaran itu datangnya dari dalam diri masing2.

Sedarilah bahawa hidayah itu bukan milik kita tetapi milik Allah.

Pelbagai stetament yang di lontarkan kepada mereka yang tidak mengikut syariat islam seperti menutup aurat...termasuklah yang mana dah menutup aurat tetapi tidak sempurna seperti tidak memakai sarung lengan dan sebagainya.....sehinggakan adakalanya statement itu..ianya sedikit sebanyak membuat sesiapa sahaja yang membaca pasti akan mengatakan... hebat sangatkah beliau sehingga sanggup mengeluarkan perkataan begitu.... apa bezanya dia dengan orang yang tak menutup aurat tu kalau dah melontarkan perkataan sampai mcm tu sekali.... dah confirm2 ke dia tu kalau mati akan masuk syurga..tidak kah dia tahu kalau tanpa rahmat Allah....sebanyak mana pun amalannya..dia tidak boleh masuk ke syurga...

"orang yang bijak tidak akan melakukan seperti itu untuk berdakwah"... mengeluarkan statement yang tidak sepatutnya...akan melayani sahabatnya yang memenuhi syariat islamiah..manakala yang tak ikut ni di pandang sinis.... please lah!!!!! boleh je kan nak nasihat.... bg msg...gunakan perkataan yang baik.... menegur...bukan buat statement menunjukkan yang diri awak tu hebat sangat.....

Ikutlah cara Nabi Muhammad s.a.w berdakwah.

Kejayaan dakwah Rasulullah bergantung kepada 3 kaedah yang dilakukan iaitu secara lisan, tulisan [kitabah] dan contoh yang baik. Rasulullah menggunakan kaedah2 itu mengikut kesesuaian sama ada dengan mana-mana satu cara atau gabungan ketiga-tiganya.

Untuk berdakwah... berkatalah dengan perkataan yang benar dan tepat. Ianya seharusnyalah memerlukan kepakaran. bijak dan mahir dalam apa yang diperkatakan. Berbicaralah mengikut tahap apa yang mampu diterima oleh orang yang ditujukan dakwah itu. Fikirkan apa yang sepatutnya disampaikan bukannya apa yang ingin disampaikan sehingga menyebabkan orang lain turut sama bersangka buruk terhadap kita atau terasa hati dengan apa yang cuba disampaikan.

Seorang pendakwah juga perlu menerima apa juga kritikan dan perlu bijak dalam mengendalikan bantahan. Dia tidak boleh terlalu mendesak dan secara tidak langsung perlu terbuka hati menerima pandangan orang lain..bukannya tersentap okeh...

Bantah membantah bukan cara terbaik untuk berdakwah kerana cara itu akan menimbulkan ketegangan dan secara tidak langsung akan menimbulkan perkara yang tidak diingini berlaku.

Mereka juga perlu menggunakan perkataan yang baik, berbudi bahasa dan menghormati pihak yang ingin di dakwah itu. Seorang pendakwah juga perlu senantiasa berlapang dada dan tidak berdendam...biarpun golongan yang didakwah itu agak biadap dan keras.

Percakapan dan penggunaan bahasa yang keras dan menekan agar orang yang di dakwah menerima secara bulat2 apa yang diperkatakan adalah faktor kegagalan dakwah. Selain pastikan perkataan yang digunakan tidak menunjukkan kehebatan diri sendiri sehingga orang akan menganggap anda seorang yang riak.

Pendakwah sejati hanya mengharapkan keredhaan Allah di atas tugas-tugas yang dilakukan. Dia menyebarkan kebenaran kepada orang lain dan melakukan kebenaran itu untuk dirinya sendiri...dia juga akan menunjukkan contoh yang baik kepada sahabat-sahabatnya.



Meminjam kata-kata en suami saya:

Saya sedang belajar supaya tidak menilai org lain sesukahati... Adakah syurga itu boleh dicapai dengan pahala menggunung atau dengan redha Allah.

Nota kaki: saya menulis mengikut padangan dan pendapat saya secara peribadi....kalau ada salah dan silap..mohon betulkan saya dengan cara teguran yang berhemah.... mintak sorry kalau ada tersalah kata dan bicara....sesungguhnya tiada manusia yang sempurna di dunia ini... saya akan terus mencuba menjadi muslim yang terbaik...inshaaAllah.... ;)))) - alia-







Terima kasih kerana membaca entry ini =)))





2 comments: