Friday, August 29, 2014

KISAH TAULADAN SEORANG PAKCIK, ANAK LELAKI DAN KUDA

Assalammualaikum dan salam jummuah mubarakah.

Syukur kerana Allah masih memberi peluang dan ruang kepada kita untuk terus berjalan dan menikmati apa yang ada di atas muka bumiNya ini. Bersyukur dan terus bersyukur...

Di hari jumaat yang penuh barakah ini....jom kita baca surah Al-Kahfi. Kenapa nak baca surah Al-Kahfi??? Sebab.... antara kelebihannya ialah...

(i) Dipancarkan cahaya pada dirinya di hari kiamat kelak, dari kaki hingga langit
(ii) Diampunkan dosanya diantara 2 jumaat...[Jumaat hari ni hingga jumaat depan...]
(iii) Di selamatkan dari fitnah Dajjal

Dan kalau boleh..jom kita hafal 10 ayat pertama dan 10 ayat terakhir..... kita amalkan bersama ye....InshaaAllah kita akan menikmati kelebihan2 diatas.....

Semasa on the way nak ke pejabat pagi ni...saya mendengar segmen motivasi di IKIM fm yang disampaikan oleh Ustaz Badli Shah bin Alauddin yang bertajuk Kisah Tauladan Seorang Pakcik, Anak Lelaki dan Kuda-kudanya. Tertarik mendengar cerita tauladan ni....soo..saya nak share la di blog ini....

Di sebuah kampung, tinggallah seorang pakcik bersama anak lelakinya dan seekor kuda betina. Pakcik ni seorang yang miskin. Suatu hari kuda betinanya hilang. Datanglah penduduk disitu kerumahnya dan mengucapkan takziah kepada pakcik ini.

"Takziahlah.... dahlah ada sekor je kuda...hilang pulak tu....."

Maka pakcik ni pun menjawab

"yang tak baik tak semestinya tak baik...dan yang baik tak semestinya baik...."

orang yang hadir pelik dengan falsafah pakcik ni maka merekapun beredar tanpa menghiraukan apa yang dikatakan oleh pakcik ni tadi.

Selang beberapa bulan kemudian.... kuda betina ini balik semula ke rumah pakcik ni. Oleh kerana kuda betina ini sangat cantik [mungkin] maka...5 ekor kuda jantan liar dari hutan tu pun ikut sama balik ke rumah pakcik ni tadi... makanya pakcik ni adalah 6 ekor kuda dan kehidupannyapun semakin senang dan mewah.

Bila mendengar berita yang pakcik ni dah senang dan memiliki 6 ekor kuda..maka datanglah penduduk2 di disitu ke rumah pakcik ni lalu berkata..

"tahniah...dulu kamu miskin..sekarang kamu dah semakin kaya dan mewah....."

Pakcik tu pun lalu berkata..

"yang baik tak semestinya baik dan yang tak baik tak semestinya tak baik..."

"apalah orang tua ni...penuh dengan falsafah...." kata orang2 tersebut lalu meninggalkan pakcik ni tadi.

Selang beberapa minggu... si anak lelaki pakcik ni pun cubalah melatih kuda2 liar ni tadi... Oleh kerana kuda jantan ni sangat liar..maka semasa sesi latihan untuk menjinakkan kuda2 tersebut, si anak lelaki ini tiba-tiba di tendang oleh salah seekor kuda jantan lalu cedera dan cacatlah pemuda itu.

Lalu datanglah penduduk disitu ke rumah pakcik ni dan berkata..

"takziah....dahlah ada anak lelaki sorang je... dah cacat pulak tu.."

sekali lagi pakcik itu menjawab

"yang tak baik tak semestinya tak baik dan yang baik belum tentu baik..."

lalu baliklah semua penduduk2 itu sambil mengeleng2kan kepala tanpa mengendahkan falsafah pakcik tersebut.

Selang beberapa bulan kemudian, pembesar kerajaan di negeri tersebut mengarahkan kesemua pemuda-pemuda di dalam negeri tersebut untuk pergi berperang. Makanya kesemua anak-anak lelaki di negeri itu pergilah berperang dan ditakdirkan mereka kalah di dalam peperangan itu dan kesemua mereka mati di dalam peperangan itu.

Maka yang tinggal semuanya anak-anak perempuan dan hanya satu-satunya anak lelaki pakcik tu sahaja yang tinggal oleh kerana beliau cacat dan tidak berdaya untuk pergi ke medan perang.

Kesemua anak-anak perempuan tu pun berkahwinlah dengan anak pakcik ni. Seperti biasa, datanglah penduduk disitu lalu berkata...

"tahniah...tahniah....sekarang kamu dah betul2 kaya kerana bukan sahaja banyak harta...dapat besan yang hartawan...dapat pula menantu yang ramai dan cantik....."

lalu pakcik ni pun menjawab...

"dari dahulu sudah ku katakan....yang tak baik belum tentu tak baik dan yang baik belum tentu baik...maka fikirkanlah kata-kataku itu..."

Di setiap kekurang itu pasti ada kebaikkan di dalamnya...dan disetiap kebaikkan dan kelebihan itu pasti akan ada kekuranganya...maka...janganlah kita menangisi dan mengeluh disetiap kekurangan itu....sebaliknya..yakinlah bahawa.... di sebalik kekurangan yang kita ada itu..pasti ada kelebihannya yang kita ada tetapi orang lain tak ada..... Dan jangan pula kita berbangga dengan setiap kelebihan...kerana..di setiap kelebihan itu juga pasti ada kekurangannya.....

Syukur kerana pagi-pagi lagi Allah memberi nikmat kepada saya untuk mendengar tentang perkara-perkara positif yang memotivasikan diri saya agar... terus tabah dan yakin bahawa sesungguhnya Allah telah menetapkan yang terbaik untuk hamba-hambaNya.

Kekurangan dan kelebihan itu pasti ada baik dan buruk didalamnya...jadi...jom kita positifkan diri...supaya tidak menghina disetiap kekurangan orang lain dan jangan kita berbangga dengan kelebihan yang kita miliki.... Dua perkara ini.. yakni kelebihan dan kekurangan Allah datangkan dengan kebaikkan dan keburukkan di dalamnya....jadi sentiasa beringatlah...segala apa yang kita miliki hari ini....bukan hak mutlak kita...segalanya adalah milik Allah...kita hadir di dunia ini TANPA APA-APA...dan kita akan kembali kepadaNya TANPA APA-APA pun harta di dunia ini melainkan amalan-amalan kita sahaja....

"Kelebihan kita melengkapkan kekurangan orang
dan
kekurangan kita dilengkapkan oleh kelebihan orang lain..
Yang HEBAT hanyalah ALLAH swt..."

Fikir-fikirkan dan jom kita menimba kebaikkan dan mendapat redha Allah...


-senyum sambil menikmati roti bakar dan kopi panas.....jemput sarapan.... ;)))) -



Terima kasih kerana membaca entry ini =)))



4 comments:

  1. satu cerita baik untuk kita sama2 memikirkan apa saja yang ditentukan Allah pasti ada hikmah yang tak diduga. Moga Alia sentiasa dalam rahmat Allah dan bahagia walau jua situasi.
    - kak Haneem-

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aminnnn...terima kasih kak Hanem... doa yang sama juga untuk hanem dan keluarga... ;)))

      Delete