Friday, August 22, 2014

ULANG TAHUN PERKAHWINAN YANG KE 6

Assalammualaikum dan salam kasih sayang...salam penuh ukhwah dan salam jumuah mubarakah.

Alhamdulillah...kita sudahpun sampai ke 26 Syawal 1435 hijrah...semoga ikatan ukhwah dan silaturrahim di bulan yang baik ini dapat dieratkan lagi diantara satu sama lain. Sesungguhnya sifat sayang menyayangi itu adalah sifat Allah...jom kita saling sayang menyayangi bagi membentuk ukhwah yang sejati.

Syukur alhamdulillah...pagi yang indah ini en suami menghantar saya ke tempat kerja. Mood saya sangat-sangat happy. Kerana... hari ini adalah hari ulang tahun perkahwinan kami yang ke 6. Syukur...syukur dan syukur padaMu Ya Allah kerana mengekalkan rasa kasih sayang kami sehingga kini dan harap biarlah ianya kekal hingga ke syurga...[senyummmm sepanjang jalan okehhh...ehehehe...]

Terima kasih kerana menyanyikan lagu anniversary utk saya dengan suara yang ala-ala giant dalam cite Doraemon tu......[memang gelak sakan mcm hapa je tauuuuu.....]

Namun dalam kegembiraan itu sebenarnya ada kesedihan......memandangkan hari ni hari berkabung negara... maka marilah kita menghadiahkan Al-Fatihah kepada kesemua mangsa MH17 [yang beragama islam] yang mana sebahagiannya dibawa pulang pada hari ini. Semoga Allah mudahkan segala urusan dan tempatkan mereka semua di kalangan hamba2Nya yang beriman..... aminnn...

Berbalik pada cerita KAMI....[hehehe...]

Pelbagai ujian dan dugaan dariNya yang perlu kami dan setiap pasangan suami isteri lalui bagi mengekalkan rasa kasih sayang dan cinta ini. Tidak kira ianya datangnya dari kelalaian diri sendiri yang ada ketika mudah tergelincir dek kerana mengikut hati dan perasaan mahupun datangnya dari luar.

Namun Allah kurniakan ketabahan...kesabaran... kekuatan dan rasa redha dalam diri bagi menghadapi setiap cobaan itu. Syukur kerana masih diberi kesempatan utk menikmati kasih sayang Ilahi...Allah masih memandang kita dengan pandangan kasih sayangNya dan atas sebab itulah Allah turunkan ujian buat kita....

Rasa syukur kerana dikelilingi oleh insan2 yang penuh dengan kasih sayang...maksud kasih sayang disini.....bukan sahaja perasaan...tetapi......lebih memahami...memberi kekuatan...dorongan dan nasihat serta kegembiraan yang tidak dapat digambarkan dengan kata-kata.

Dalam mengharungi bahtera rumahtangga ini...saya dan suami diuji dengan zuriat. Kami masih belum dikurniakan cahaya mata walaupun sudah 6 tahun berumahtangga.

Bermacam tohmahan dan kata-kata sinis yang saya dan suami alami... dan syukur..syukur padaMu Ilahi kerana dalam saya sebagai hamba yang hina ini untuk mencari dan mendapatkan redha dalam hati memang terlalu sukar [ini harus saya akui kerana sebagai manusia...saya penuh dengan kelemahan dan kekurangan disana sini...] namun dengan izinNya...akhirnya rasa redha itu hadir dalam keadaan yang tidak disangka-sangka.

Ketika kaki melangkah saie...ketika saya cuba menghayati dan memahami perasaan Hajar yang ke Safwah dan marwah berlari-lari mencari air bagi puteranya Nabi Ismail... hadir satu perasaan tenang...mendamaikan....dan keyakinan bahawa.....janji Ilahi itu PASTI... kekuasaan Allah itu mengatasi segala apa yang ada di dunia ini....Yakin dan redha...
Jika tidak ditakdirkan untuk kami menjadi ibu dan ayah...sekurang-kurangnya....saya dapat mendalami perasaan dan hati seorang ibu......ketika itu.....tiba-tiba Allah hadirkan bayangan satu per satu wajah anak2 saudara saya dan air mata dengan mudah mengalir ketika wajah mereka hadir di saat saya berada di tanah suci...jauh dari mereka......betapa besarnya kekuasaanMu Ya Allah...ketika selesai solat di Safwa...saya mulai terfikir.....sebenarnya manusia itu tidak pernah bersyukur...walaupun saya tiada anak..tetapi saya ada mereka yang sangat rapat dengan saya...[sesungguhnya disana...Allah menjawab setiap persoalan yang bermain di fikiran saya....diri rasa sangat sangat dan sangat hampir denganNya....masyaaAllah...]... dan mulai saat itulah.... bila ada yang mengungkit...bertanya...mengata dan menyindir.... hati seolah buta dan tuli untuk memikir dan mengambilnya sebagai satu perkara yang membebankan fikiran... Allah berikan kekuatan kepada saya ketika berdepan dengan insan2 yang berkongsi kegembiraan mereka bersama anugerah itu... dan alhamdulillah...saya turut merasai kegembiraan mereka...

Hanya ucapan Alhamdulillah...semoga Allah merahmati saya dan juga dia.... itu yang mampu saya tuturkan bagi dia yang sangat2 bangga dengan kesempurnaan kehidupan yang dia miliki... yang dinyatakan sendiri secara terang-terangan dan ditujukan terus kepada saya......membezakan kesempurnaan dia dan saya.... [kesian dengan insan itu...semoga Allah kurniakan hidayah kepadanya...sedarilah wahai makhluk yang bernama manusia...kehidupan ini hanya pinjaman.... bersikap riak dan takbur apa yang ada padanya yang sebenarnya tanpa dia sedari ianya milik Allah sepenuhnya.... -semoga hidayah Allah sampai kepadamu wahai insan...aminnnn].

Ujian dan dugaan akan hadir tanpa henti... ianya hanya akan bertanda nokhta ketika nafas berhenti dan roh bertemu dengan yang Maha Pencipta... selagi roh masih di dalam jasad... selagi itu Allah tidak akan berhenti menguji... Apa yang penting..kekuatan kita dalam menempuhinya. Semoga saya dan suami terus diberi kekuatan...kesabaran...keyakinan dan keredhaanNya dalam menghadapi setiap ujian dan dugaan Ilahi. Terpulanglah...jika ada yang membenci...meluat dan menyampah dengan kehidupan kami dipandangan mereka sekalipun...itu adalah ujian juga buat anda...saya tidak ada apa-apa perasaan iri hati..marah atau dendam.....apa yang saya nyatakan...itulah kebenarannya.... kerana...kini...saya sibuk untuk memperbaiki diri saya ke arah kebaikkan dari saya mencari kesalahan orang lain....

Buat insan yang bernama SUAMI.....

Terima kasih kerana selama ini menjadi peneman...pengubat hati...penawar duka... teman permainan..teman meluahkan masalah....teman ketawa dan teman menangis
menjadi sahabat..rakan dan kawan yang setia berada disisi ketika susah dan senang..ketika sedih dan gembira...
senantiasa meminjamkan bahu untuk meluahkan keresahan....menyeka air mata dan peneman ketika kesedihan....
menjadi doktor yang merawat dan menjaga ketika kesakitan
menjadi pengkritik utama tentang penampilan saya... menjadi cermin bergerak saya untuk saya tanya..cantik takkk...ok takkkk.....
menjadi penegur no 1 saya ketika saya menyimpang dari landasan yang sepatutnya...
menjadi teman untuk membeli dan membelanja .....[ehhhh...sambil tersenyum simpul...]
dan yang lebih utama...menjadi imam yang mengimami solat ketika sujud kepadaNya....

Tiada ungkapan yang mampu saya ucapkan melainkan perkataan SYUKUR kerana senantiasa mengajar saya untuk bersabar dan menerima hakikat dan kenyataan...
SYUKUR kerana saya tidak pernah merasa kurang dengan kasih sayang yang awak berikan....
SYUKUR....SYUKUR dan SYUKUR.... disaat insan lain sedang sibuk mencari kesalahan dan kekurangan kita.... ALLAH...berikan ketenangan...keceriaan dan kegembiraan di dalam rumahtangga kita...
SYUKUR kerana awak senantiasa memperasankan saya dengan pujian2 awak pada saya.... [memang selalu terkembang semangkuk sekejap....hehehe...]
SYUKUR kerana selalu surprise kan saya dengan idea2 best awak.....
SYUKUR diatas segala-galanya....kekurangan dan kelebihan kita terima dengan rasa syukur padaNya...

Semoga awak senantiasa menjadi imam yang akan mengimamkan saya sehingga akhir hayat saya...
semoga awak menjadi suami saya di dunia dan di syurgaNya..
semoga awak senantiasa menjadi pemimpin dan pembimbing saya untuk membawa saya ke arah syurga Ilahi....
Dan akhir sekali..semoga Allah memberkati perkahwinan ini sehingga ke syurgaNya....aminn...aminn..aminn Ya Rabb...

Alhamdulillah...kasih sayang saya kepada awak selepas kasih sayang saya kepada Allah dan Rasul....
Semoga ikatan ini kekal hingga ke syurga Ilahi....
Terima kasih Allah kerana menemukan aku dgn nya....
Happy 6th Anniversary....awakkk.... ;)))
[22 Ogos 2008 - 22 Ogos 2014]
-nukilan rasa seikhlas hati daripada insan yang bernama isteri-

alia shaari ;))




Gambar di pagi raya 2014


~alhamdulillah~






Terima kasih kerana membaca entry ini =)))




8 comments:

  1. Semoga berkekalan hingga ke syurga kak.

    Selamat hari ulangtahun

    ReplyDelete
    Replies
    1. aminnn... terima kasih Eka.... doa yang sama untuk eka dan suami jugak... ;)))

      Delete
  2. Tadi baru lepas komen kat entry 'bypass' tu.
    Bila baca sini..oh.. baru lah tahu..kita punya ujian yang sama.. juga berkahwin tahun yang sama (tp anniv saya ke6 bulan Disember nanti)...

    Apa pun, happy anniversary... semoga kita terus tabah menghadapi ujian ini.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih ida....

      hehehe...kebetulan kan....
      InshaaAllah...semoga kita sama-sama tabah dan redha dalam menerima ujianNya ini bersama insan tersayang.... aminnn.... ;)))

      Delete