Monday, October 13, 2014

KAKI MENGAMPU

Assalammualaikum dan salam kasih sayang.
Hari ni tajuk saya kaki mengampu. Tetiba je nak buat tajuk ni kannn....
Memang menyampah tahap dewa dewi bila berdepan dengan orang yang suka mengampu ni.
Mengampu atas dasar kepentingan. Tak kiralah dalam keadaan apa pun samaada di tempat kerja ke atau di mana-mana saja pun.
[Penulisan ni general......cuma pandangan dan pendapat saya sahaja.....tiada niat nak mengata sesiapa...sila jangan salah anggap dengan saya..... [kenyit mata sikit]....]

Selalu yang diampu dan diangkat2 tu mestilah orang yang ada ada ni kan.... yang kehidupannya mewah....naik kete besauuuu.....yang senang nak ke sana dan ke mari.... yang punya wang berkepuk kepuk..... yang punya segala-galanyalah....

Cara mengampu.... dipuji puji sepuji puji nya....[macam pelik pulak perkataan puji tu kalau dah tulis byk2 kali....ehhh sempat lagi tu......ahahahaaa...] walaupun orang tu tak la pakai cantik ke.... nampak handsome ke..... yang penting duit dia berkepuk kepuk okeh.... ko nak apa..dia boleh je bagi dengan tak rasa luak sikit punnnn.....

Di tempat kerja pula... kalau orang tu berpengaruh.... kemainlah..ramai bebeno pengikutnya....
Merasakan diri tu macam orang penting bagi orang tu lah..... apa orang kata..."orang kuat" [kuatlah sangat kannn....ko tak tahu ke bahana nya nanti kannn....]. Begitulah sebaliknya....

Cara memuji tuuuuu....ibaratnya....... lembut lidah dari gigi...perkataannya...ya ampun.....lebih manis dari madu/ gula or whatever lah yang manis2 tuh kannn.....mentang2 orang yang dipuji tu macam mudah terperasan...terkembang kuncup hidung orang yang kena puji walaupun hakikatnya... semua tu palsu je semata-mata.. Motip memuji....sebab nak dapatkan habuan. Bila dah memuji confirm orang yang perasan tu....[orang yg dipuji tu lah kannn...] akan dengan mudah nak belanja...tak sedor pulak tu orang tu memuji sebab ada kepentingan. Kadang2 saya pun pelik...orang yang kena puji tu....atau orang yang diampu tu...macam suke la pulak....dipuji2...diangkat2...padahal dia macam tak sedar diri je....yang orang tu ada kepentingan ada agenda lain [tapiii betul la kan..manusia mana yang tak suka kena puji.....saya kadang2 pun ada jugak terlebih perasan bila di puji...tapiii diaorang puji saya bukan dapat apa pun....dapat perasan saya je lah kan.....ahahahaa...-sambil gelak sopan] tapiii agak2 lah kan....kalau dah kita tahu kita ni tak la secantik mana....kecuali kita ni ada harta yang banyakk....bila orang puji lebih2 tu....kita kena faham maksud orang tu....[itupun nak kena ajor ke ha.... haishhhh]....memang menyampah tahap ikan dugong okeh....
Mereka diibaratkan macam ingin mendapat redha manusia melebihi dari mendapat redha Allah......

Memuji kerana Allah tanpa mengharapkan apa2 balasan....itu bukan mengampu...kena faham betul2... Kadang2...bila kita melihat sesuatu yang subhanallah indah.... atau...wajah seseorang yang Ya Allah...cantiknya.... kita memuji keindahan ciptaan Allah dan semata2 kerana Allah...itu perkara lain.... itu bukan mengampu namanya...kena faham 2 konsep ini. Agama tidak melarang kita untuk memuji...tetapi...biarlah memuji itu kerana Allah...dan bukan atas dasar kepentingan untuk mendapatkan habuan dari orang itu.

Ketahuilah...Allah tahu niat sebenar kita...memuji biarlah ikhlas...tetapi....ada terdetik walau sedikit untuk mendapatkan balasan dan habuan dari manusia....yang itu dah di kira mengampu.

Penulisan ini general..sebab dah selalu sangat berlaku di hadapan mata....dan saya sendiri melihat habuan2 yang diberikan kepada mereka yang memuji itu.... dan sikap itu berterusan sehingga membuatkan saya dah rasa nak termuntah....menyampah tahap hapa je kan.... please la..jangan nampak2 sangat.....kalau nak kan sesuatu benda tu..berusahalah...itu lebih afdhal...bila kita dapat sesuatu hasil daripada usaha gigih kita....InshaaAllah...kita akan rasa puas dan akan rasa lebih bersyukur... Sesuatu yang kita dapat daripada sesuatu yang mudah.... [dengan menggunakan jalan singkat]..percayalah.......ianya tidak akan bertahan lama.

Orang yang suka kena puji tu pun...ingat2lah...jangan nak terkembang lebih sangat.... takut nanti...diakhirnya...ianya akan makan diri sendiri....hidup kita ada kala kita diatas dan adakala kita dibawah. so..beringat ketika diatas supaya tidak kecewa apabila berada dibawah nanti. [at least kita kena sedar percaturan hidup kita tak selamanya akan berpihak kepada kita...itu yang saya maksudkan.]

Ini saya copy paste dari FB Dr. Abu Anas Madani. [saya pernah mengikuti ceramah Dr. Abdul Basit bin Abdul Rahman ni dan sangat tertarik dengan pencerahan2 yang di jelaskan mengenai hadis..hukum dan sebagainya...]

BAHAYA SIKAP MENGAMPU:

Antara ungkapan paling menyentuh hati dalam Khutbah Istisqa' Shaikh Shuraym ialah;

beliau memetik ungkapan Seorang Sahabat Nabi saw, Abdullah bin Mas'ud ra tentang punca hilangnya iman manusia akibat perangai mengampu.

Ia suatu perbuatan yang amat Allah murkai hingga boleh mengundang bala kepada umat manusia.

Abdullah bin Mas'ud menyatakan tentang manusia yang berjumpa pembesar dengan memuji pembesar itu dengan demikian dan demikian bentuk pujian dan ampuan sambil mengharapkan redha dan habuan daripada pembesar itu.

Kata Ibnu Mas'ud, manusia itu balik setelah perjumpaan itu dalam keadaan imannya sudah hilang kerana dia tidak mencari redha Allah, bahkan mengampu untuk mendapatkan reda manusia.

Astaghfirullah! Sungguh sayu seduan tangisan Shaikh Shuraym menaqalkan ingatan sahabat ini tentang dosa-dosa manusia yang menghapuskan amalan mereka dan mengundang kemurkaan Allah.

Shaikh Shuraym juga mengingatkan tentang punca bala Allah turunkan kepada manusia selain sifat jahat manusia yang mengutamakan reda manusia hingga membekalangkan redha Allah, ialah sifat tamak haloba yang tiada batasannya.

Kata beliau, hari ini ramai yang makan, tapi tak pernah kenyang, ramai yang mengumpul harta tapi tak pernah cukup, ramai yang mengampu tetapi tak pernah puas.

Allah! Ampunilah hamba-hamba-Mu. Astaghfirullah!


Soo....jom fikir2kan dari sudut positif.... kita masih belum terlambat untuk mengubah diri kita ke arah kebaikkan. Jika kita masih diberi peluang untuk hidup hari ini...itu tandanya Allah masih memberi ruang dan peluang kepada kita untuk mencari dan membuat kebaikkan dan memperbetulkan kesilapan.....kerana....esok pasti akan datang tetapi....adakah kita sempat untuk bertemu dengannya?



Dari En google.

Macam lawak je gambar nih....sesuai dengan tajuk....ehehee...
 
 
 
 
Terima kasih kerana membaca entry ini =)))
 
 

2 comments: