Tuesday, October 7, 2014

SALAM AIDILADHA

Assalammualaikum dan salam hari Selasa.

Cuaca pagi ni agak mendung dan beberapa tempat hujan lebat..tetapi kat tempat saya ni cuma mendung dan suram. Namun...hati saya sedikit girang..kerana en suami dengan rajinnya menghantar saya ke tempat kerja walaupun dalam keadaan dirinya yang kurang sihat. TQ awak..... kalau tak.....harus rasa bosan nak memandu sendiri....

Beberapa hari ni agak kesibukkan dengan tempahan quilling dan tugasan hakiki.

Rasanya masih belum terlambat untuk saya mengucapkan salam Aidiladha kepada anda semua.....semoga kita semua mendapat kebaikkan dan keberkatan di dalam kehidupan di dunia dan di akhirat...aminnnn...

Syukur kerana berkesempatan menyambut aidiladha bersama-sama dengan keluarga tersayang. Al-maklumlah..bila dah berkumpul...macam2 aktiviti yang kami buat...semuanya aktiviti yang tidak dirancang...main pakai redah je.... hehehe...

Dalam beberapa bulan kebelakangan ini.... saya banyak menerima berita-berita kegembiraan daripada saudara mara dan sahabat handai yang mana mereka menerima kehadiran orang baru di dalam keluarga. Kiranya...merasa jugaklah saya pegang baby....[dah lama tak pegang baby kannn.....ehehehe...].

Tak dapat merasainya...tak apa...itu telah ditakdirkan....kita dah usaha....... dapat menumpang kegembiraan pun dah memadai.... mungkin belum tiba masa saya untuk merasainya.... bertabah je lah kan....ehehehe...

Bersyukurlah dengan anugerah itu...kalau tak dapat apa yang kita impikan lelaki atau perempuan....terimalah anugerah itu seikhlasnya.....kiranya bersyukurlah dapat daripada tak dapat langsung kannnnn......janji anak itu sihat dan dapat membesar bagaikan johan.....

Dalam kita menyambut aidiladha ini...marilah kita sama-sama memahami dan mendalami erti pengorbanan yang sebenar. Menghayati kisah2 Nabi Ibrahim, Saidatina Hajar dan anaknya Nabi Ismail. Kalau dulu...saya kurang faham tentang hari raya qurban nih... yang saya tahu.... hari raya qurban ni.... tiap2 tahun mesti sembelih lembu....kerana kisah Nabi Ismail...[Ya Allah....cetek betul pengetahuan saya masa tu..... sedihh betul lah....ehehehe...] tapi kini.... alhamdulillah..bila kita ada keinginan untuk belajar...sedikit demi sedikit barulah saya tahu dan benar2 memahami peristiwa2 sejarah islamiah ni...[tapiii tak la banyakkkk....biasa2 je...]

Sebelum menunaikan umrah..saya banyak belajar kisah2 yang terjadi di Madinah dan Mekkah. Di setiap tempat ada kisahnya tersendiri. Yang paling saya suka setiap kali nak buat umrah adalah tawaf dan saie.

Bila saya ber saie... saya rasa sangat tenang.

Wanita hebat ini yakni Saidatina Hajar, menerima ujian demi ujian...namun...beliau masih yakin dan menaruh harapan sepenuhnya kepada Allah. Dan atas keyakinan, ketabahan dan kesabarannya itulah.... namanya kini tertulis di dalam Al-Quran... dan kerana kisah inilah dan yang paling utama....atas kekuasaan Allah...maka seluruh umat islam yang mengerjakan haji dan umrah serta sekalian hamba2 Allah dapat merasai air zam-zam yang tidak pernah kering....

Sebenarnya...kisah2 ini banyak memotivasikan diri. Ujian mereka lebih hebat dari ujian yang Allah berikan kepada kita. Benar...ujian Allah terhadap hambanya mengikut kemampuan hambaNya...namun...disetiap ujian Allah terhadap kita PASTI ada jalan penyelesaiannya. Yakin, tabah dan redha. Ibaratnya...dalam pahitnya peria.... sebenarnya...ada kelebihan di dalamnya.... [ni saya punya peribahasa hentam kormo je okeh....ehehehee...]

Last but not least.... salam aidiladha... doa yang terbaik untuk anda semua.... ;)))



kenangan terindah tak terungkap kata
Umrah 2013 bersama dengan al-unta... ;)))



Terima kasih kerana membaca entry ini =)))


1 comment:

  1. Salam Aidiladha (harap belum terlewat)...
    Saya beraya kat Perak kali ni.. asyik makannnn je.. lps tu hujan memanjang .. mujo ari raya tu tak berapa hujan sgt..

    ReplyDelete