Wednesday, October 8, 2014

SEKADAR PANDANGAN

Assalammualaikum dan salam kasih sayang.

Jom kita motivasikan diri kita dengan kata-kata hikmah ini;

Tanda orang BERADAT, elok perangai sempurna SIFAT.....
Tanda orang BERIMAN, perangai elok bicaranya SOPAN.....
Tanda orang BERILMU, cakapnya tidak menyingkap MALU.....
Tanda orang TERPUJI, bercakap tidak MENGEJI... Berbicara tidak MEMFITNAH,
menyanggah tidak MENYUMPAH.....

Pepagi nih...seorang sahabat saya berkongsi kegembiraannya. Saya melihat satu per satu gambar2nya....dan... tetiba..air mata saya mengalir.... gembira kerana melihat kejayaannya.... namun...sebak terasa dihati apabila disebalik kegembiraan itu.... ada terselit kedukaan yang hanya Allah sahaja yang tahu tanggungan hatinya. Disebalik senyuman gembiranya...ada kedukaan yang tidak dapat digambarkan dengan kata-kata....

Ntah kenapa kesedihan saya lama...saya terpaku melihat beberapa gambar yang dimuat naik kan. Mungkin satu ketika dulu...saya pernah berada ditempat kesedihannya itu tetapi dalam situasi dan keadaan yang berbeza.... Dan kerana itu...saya amat memahami perasaannya. Namun...saya akur..sebagai manusia..saya juga pernah tersungkur dengan perasaan sendiri...tetapi...tidak sahabat saya nih....dia seorag yang sangat tabah dan kuat. Tidak pernah mengenal erti putus asa. Menjadikan dia adalah insan yang hebat dimata saya. Siapa yang memandang....pasti tidak akan tahu tanggungan kesedihannya itu.

Syukur kerana dapat kenal dengan insan yang sebaik dia. Sekurang-kurangnya....apabila kami berkongsi kesedihan..kami lebih memahami dan saling ingat mengingati....dalam apa jua keadaan sekalipun....Allah adalah tempat utama untuk kita mengadu nasib. Dan percayalah...Allah tidak pernah mensia-siakan permintaan hamba-hambaNya...

Semoga sahabat saya lebih kuat dalam menghadapi ujian Ilahi ini. Semoga Allah melindunginya dan keluarganya dari segala musibah. Aminnn Ya Rabb....

Bila kita memikirkan...kita sorang sahaja yang diuji..... ingat dan ketahuilah...ada insan yang diuji lebih hebat dari kita.
Jika kita sihat hari ini.....ingatlah...ada insan yang sedang bertarung nyawanya demi sebuah kehidupan.
Jika kita diberi kemudahan dan keselesaan hari ini...ingatlah.... ada insan yang derita dan payah kehidupannya.
Jika kita merasakan kitalah insan yang paling gembira hari ini...ingatlah..ada insan yang sedang berduka....

Tiada manusia yang tidak diuji....tiada manusia yang tidak terlepas dari segala masalah.
Cuma cara kita menghadapinya sahaja berbeza2.

Bila kita fikirkan..kenapa Allah turunkan ujianNya kepada kita..... itu maknanya DIA merindui rayuan dan esakan tangis kita kepadaNya.. Allah tidak pernah jauh dari kita.... kita yang menjarakkan diri kita dari Allah dengan melupakan tanggungjawab kita kepadaNya. Wallahualam.

Semoga menjadi manfaat untuk diri saya dan kita semua.

Kadangkala... kita kena memandang sekeliling sebelum kita mengeluarkan sesuatu kenyataan. Berfikir sebelum mengeluarkan sesuatu kenyataan kerana mungkin ada segelintir yang bermasalah dengan kita...tetapi...kebanyakkannya tiada masalah dengan kita yang mana akan menambahkan masalah kepada kita dengan kenyataan kita itu... so..fikir2kan.

Persepsi saya terhadap seseorang ini telah berubah... kerana dengan kenyataannya itu seolah dia tu "macam baguslah sangat" kannn.... betullah....kadangkala....belajarlah setinggi mana pun...sehebat manapun ilmunya...tetapi bila kita tidak pandai mengawal emosi kita sendiri....apalah yang membezakan diri kita dengan orang yang tidak berilmu....

Ada juga...bila dia berjaya melepasi fasa ujian Ilahi.....kita sedar dan ketika kita diuji kita bersujud padaNya...tetapi...apalah maknanya semua itu...apabila kita telahpun melepasi ujian itu dan diberi ganjaran olehNya.... kita mula lupa diri dan masih dengan perangai yang lama....mendabik dada dan membanggakan keturunan yang hanya ada pada NAMA......

Ingatlah.... kehidupan ini singkat....segala apa yang kita miliki hari ini semuanya adalah HAK Allah.... jadi...bersederhanalah dalam berkongsi kegembiraan mahupun kesedihan....kerana kesedihan dan kegembiraan itu kedua2Nya datang dari Allah...dan diakhir dan penghujung hidup kita juga...perkataannya....masih KEMBALI KEPADA ALLAH...so fikir2kanlah wahai sahabat.

Barangsiapa yg kecil hati bila di tegur, itu petanda EGOnya sgt tinggi,
dia merasa dirinya sempurna & org lain tak layak utk menegurnya.
Ingat bahawa setiap teguran atau kritikan drp org lain adalah DIDIKAN & TEGURAN DRP ALLAH yg di salurkan melalui manusia.

Moga kita semua akan lebih redha & bersedia menerima teguran dgn hati yg terbuka agar mudah mendapat mardhatillah.
- Dato Dr Hj Mohd Fadzillah Kamsah


 
 
Nota kaki: Entah kenapa..hari ni macam terlebih emosi....so... layankan ajelah....otak tengah ligat fikir dan fikir.... Semoga Allah mudahkan segala-galanya urusan saya dan urusan anda semua...aminn...
 
 
 
 
Terima kasih kerana membaca entry ini =)))
 
 

No comments:

Post a Comment