Monday, November 10, 2014

KURSUS PENGACARAAN

Assalammualaikum dan salam kasih sayang...
Fuhhhhh lepas nafas kuat-kuat.....
Kesibukkan melampau....dan menyampah tahap ikan dugong....

Last week dari 5 Nov 2014 hingga 7 Nov 2014 [Rabu hingga Khamis] saya diminta untuk pergi ke kursus Pemantapan Juruacara Majlis kat Tower Regency Hotel.....[nasib le dekat je...]

Memang memula nak pegi tu rasa malas nak matiiii.....adoyaiiii.... kalau dalam hati tu dah kata...ehhh...kursus haku ni dah terlebih cukup lahhh...apa ke heiii nye kena pegi jugak2 kursus nih..... memang malas hanya tuhan jelah yang tahu..... nak tak nak SYMP okeyyy...kena pegi jugaklah....

Kitaorang diberi pencerahan tentang protokol, dan tips2 bagaimana utk menjadi juruacara majlis. Panel nye semuanya hebat2....untuk protokol... disampaikan sendiri oleh Ketua Pengarah bahagian Protokol Negeri. Untuk tips juruacara majlis... En Sazali yang berpengalaman dalam bidang juruacara untuk majlis2 Tuanku dan Majlis rasmi RTM, manakala En Nizam...Juruacara bagi Majlis2 rasmi yang melibatkan PM. [Semuanya hebat2 belaka kan.....rasa mcm diri ni kecillllll jeee.....ehehehe...]

Bila dah masuk bab protokol dan seterusnya penceramah2 yang sangat berbakat dan berpengalaman dalam bidang juruacara nih... bila dengar jer pengalaman diaorang....memang tak jemu dan bosan...asyik dok gelakkk sakan jelah kan.... [booo kat diri sendiri....tu lah....memula malas kan...hambik kau sekarang....dah syokk pulak....mmg saja je kann...]. Bila dengar suara2 MC yang berpengalaman ini......mak aiiiii.....sesedap telinga mendengarnya...mereka punya karisma mereka tersendiri.... mereka punya bakat anugerah Ilahi....tetiba kagummm.... macam mana nak jadi macam mereka ha.....hehehe...

Part yang tak boleh nak di elakkan....kena sorang2 ke depan dan jadi juruacara majlis2 rasmi melibatkan Majlis Tuanku Sultan dan Majlis PM dan MB. Owh sebelum terlupa.... kami juga diajar bagaimana nak buat teks atau skrip MC untuk majlis2 yang berbeza mengikut contoh2 yang diberikan kepada kami pada majlis2 yang berbeza2.

Teks diberikan kepada setiap kumpulan dan seorang demi sorang menunjukkan bakat MC memasing...memang terbaiklah..... saya nih biasa2 jer...baru nak merangkak....kebanyakkan semuanya ada bakat dan pengalaman....[boleh dikatakan semua ada pengalaman menjadi MC]. Kami ni dinilai oleh panel yang dilantik dan berpengalaman. So..masa tu dah macam akademi fantasia la pulakkkk..... atau top host la pulakk..[ehhhh agak2lah kan....ahahaha...perasan nak mam.....kan...]...naik atas pentas dan jadi MC dengan lunak suara dan style memasinglah kan.... lepas tu kami akan dinilai dan diberitahu satu persatu tang mana nak diperbaiki....dari segi intonasinyakah.... lunak suranyakah....dan macam2 lah...

Yang pasti.... saya dah berjaya mengharungi cabaran itu....dan inshaaAllah..lepas nih akan ada keyakinan diri untuk menjadi MC....[ewahhhhh kemain kan.....]

Banyak jugak ilmu yang kami dapat....dan semuanya sangat menarik.... cara2 macam mana nak hilangkan gementar ketika berhadapan dengan orang ramai....dan semuanya memberi nasihat dan tunjuk ajar yang berguna.... terima kasih kepada yang menganjurkan kursus tersebut dan penceramah2 yang banyak memberi ilmu yang berguna kepada kami semua.....sekurang2nya dapatlah saya memanfaatkan ilmu yang ada untuk persediaan kalau2 tetiba kena jadi MC bidan terjun ke kan....tapii setakat dalam jabatan jelah kan....hehehe...

Okey...kursus tu memang sampai ke malam....ada satu hari tu habis sehingga ke lewat malam...so hadap je lah kan...yang penting kursus nih sangat enjoy......

Lepas kursus....memang letih tahap apa je kan...duduk menempek jelah kat rumah tak keluar kemana-mana.....

Elok balik je dari kursus.... start je kerja..pepagi....tgk atas meja ada memo mesyuarat 5S....aaaaaaa....[jerit kuat2....] bila masuk je meeting.... jerit kuat2 lagiiii......... pengauditan final awal bulan 12 nih.....hmmm...positifkan diri..... lagi awal audit lagiii cepatlah lega kerja saya kan..... hadap jelah..... lepas nih...kita bagi ruang orang2 baru...generasi baru pulak take over kita punya kerja okeyyyy...... sambil senyum tgk kiri dan kanan....[sewel sekejap okeh....]

So..sepanjang minggu lepas dan minggu ni hingga hujung bulan...jom kita bersilat dengan kerja dan tempahan2 yang tak henti2 masuk.... nak ditolak kang...serba salah lah pulak....Rasa mcm masa saya yang tak cukup je.... tapiiii tetap akan diusahakan agar tiada hati yang tersinggung......[tawakaltu'alallah.......]....moga2 dapat penuhi setiap permintaan.

Tarik nafas panjang2 dan hembus kuat2.... semoga Allah mudahkan segala urusan2 saya..... aminnn...



Terima kasih kerana membaca entry ini =)))

No comments:

Post a Comment