Friday, January 30, 2015

KISAH POHON TAMAR

Assalammualaikum dan salam jumu'ah mubarakah...

Jom baca surah Al-Kahfi.... =))

Hari yang penuh barakah ni....saya nak berkongsi cerita yang berlaku di zaman Rasulullah saw yang mana ianya pasti akan memberi kesedaran kepada kita sebagai umat Rasulullah betapa istimewanya nabi junjungan kita itu.

Setiap kali mendengar lagu tentangnya......pasti air mata saya akan mengalir. Kisah yang mendidik jiwa.... kisah yang banyak memberi pengajaran dan kesedaran....kisah yang membezakan hati dan naluri kita dengan makhluk ciptaan Ilahi yang lain....kisah yang simple tetapi tersangat besar pengertiannya...... kisah dari zaman Rasullullah yang disebut2 sehingga kini kerana kemurniaan kecintaannya yang mendalam kepada Rasul junjungan kita.....kisah yang membezakan ukuran kerinduan kita kepada nabi kita dengan hanya sepohon tamar yang tua....... lebih memberi getaran di jiwa..... kisah ini lebih mulia jika dibandingkan dengan diri ini...yang senantiasa mengaku merindui rasul junjungan tetapi selalu lupa dan alpa untuk berselawat ke atasnya..... [kisah ini ada tetulis di dalam buku panduan haji dan umrah - hadiah daripada seseorang kepada ibu saya tentang tempat dan kisah di Madinah dan Makkah] Allahurabbi.

Kisah ini disebutkan di dalam hadis yang diriwayatkan oleh Jabir bin RA seperti yang disebutkan dalam hadis Bukhari . Bahawa Rasullulah saw duduk bersandar pada satu pelepah tamar yang dijadikan tiang masjid. Ketika sebuah mimbar dibina untuk menggantikan pelepah tamar ini, tiba-tiba terdengar suara tangisan seperti bunyi unta merengek hingga semua orang di masjid itu mendengar.

Sampai akhirnya Rasullulah saw datang dan menghampirinya.

Baginda menyakinkan dan memujuknya dan akhirnya pelepah itu diam.
[Hadis ini juga diriwayatkan An-Nasai dan Imam Ahmad (lihat sahih Mukjizat al Nabi, halaman 149-161)]

Jabir RA meriwayatkan seperti disebutkan dalam hadis Bukhari bahawa :

"Nabi Muhammad saw selalu bersandar pada sebatang pohon tamar ketika menyampaikan khutbah Jumaat."

Saidina Abu Bakar As-Sidiq ra mencadangkan supaya dibina mimbar yang baru. Cadangan itu diterima Rasullulah saw . Lalu sebuah mimbar yang membabitkan 3 anak tangga dibangunkan.

Ketika Rasullulah saw duduk di atas mimbar yang baru untuk berkhutbah, sahabat mendengar pelepah tamar itu menangis seperti anak kecil . [Ada juga mengatakan bunyinya seakan-akan seekor unta merengek].

Lalu Rasullullah memeluk pohon tamar itu sambil berkata

"Jika engkau mahu....engkau akan ku kembalikan menjadi pokok seperti sediakala dan jika engkau mahu..... aku akan berdoa kepada Allah semoga engkau akan menjadi pokok di syurga kelak."

Pokok tamar itu memilih pilihan kedua, maka ia ditanam ke dalam tanah dan akan tumbuh di syurga kelak. Pokok tamar itu berkata,

" Aku memilih negeri yang kekal berbanding negeri yang fana ini."
Lalu Rasulullah s.a.w memerintahkan supaya batang tamar itu ditanam di bawah mimbar itu.

Maka ia ditanam di dalam tanah dan akan tumbuh di syurga kelak.

Inilah satu-satunya pokok tamar di syurga yang berasal dari dunia. Tempat tumbuh pokok tamar ini didirikan sebuah tiang dan dinamakan tiang Mukhallaqah. Kerana itu, sejak Rasullulah saw memujuk pokok tamar itu, pewangi bernama 'Khaluq' sering disapukan kepadanya.

Selepas pohon tamar itu mati, sebatang tiang didirikan sebagai tanda kewujudan pohon tamar yang dijamin syurga oleh Rasullulah saw.

Terasa kerdilnya diri ini.... sepohon tamar menangis teresak2 kerana kerinduan dan kecintaannya kepada Rasulullah.....dimanakah pula tempat kita disisi nabi Muhammad saw di akhirat nanti....

Wallahualam

Semoga ilmu ini dapat dimanfaatkan agar dapat kita menebalkan lagi rasa rindu dan kecintaan kita kepada Rasulullah saw dengan selalu berselawat kepadanya.... aminnn...



Terima kasih kerana membaca....semoga dapat manfaat kita bersama-sama.... =)))


2 comments: