Monday, June 8, 2015

KENDURI TUNANG SEPUPU

Assalammualaikum dan salam kasih sayang.

Lagi beberapa hari je lagi kita akan menyambut kedatangan bulan yang penuh barakah dan kemuliaan....bulan Ramadhan. Semoga kita diberi kesihatan yang baik dan dapat melakukan ibadat kepadaNya dengan sempurna.

Hari Sabtu dan Ahad.... berkumpullah kami adik beradik di rumah mak abah.... termasuklah anak anak saudara sekalian...maka riuh rendahlah rumah tu seolah ada kenduri dan kendara...Memang best sangat.....berkumpul sekeluarga di cuti persekolahan ni =))

Kebetulan pula, bapa saudara saya mengadakan kenduri pertunangan satu2nya anak perempuan sulungnya pada hari Sabtu tu....maka berkumpullah kami saudara mara di kenduri tu berjumpa emak2 dan bapa2 saudara serta sepupu dan sepapat semua.....



Teringin jugak nak menumpang pelamin orang bertunang nih.....pengantin purba katanya.....ehehe



Saya dengan sepupu...Umaira



teringin jugak kannn...







Saya dan sepupu serta mak saudara..









Alhamdulillah...majlis berjalan lancar dan sepupu saya telah selamat bertunang dengan pemuda pilihannya....



To my beautiful cousin...

Semoga ikatan pertunangan kekal hingga ke satu ikatan yang sah seterusnya kekal bahagia hingga ke jannah....

Doa yang terbaik mengiringi perjalanan awak awak berdua ya.... =)))

Sebelah malam pula kitaorang ke rumah mak saudara di kampung.....ada kenduri menyambut puasa.....maka...kalau dah berjumpa....sampai lewat malam barulah balik ke rumah.....sekali sekala bila berkumpul ramai2.... memang best....alhamdulillah...





Terima kasih kerana membaca entry ini =)) 
 
 

4 comments: