Thursday, September 3, 2015

PERBARISAN HARI KEMERDEKAAN

Assalammualaikum dan salam kasih sayang.
Dah 3 hari berlalu hari kemerdekaan yang ke 58, baru hari ni sempat nak post entry nih.

Bersemangat saya dan en suami untuk melihat sambutan hari kemerdekaan di Dataran KTM Ipoh.
Ni first time saya tgk sambutan hari kemerdekaan sekali dengan perbarisan. Rasa jakun sekejap..... =))

Malam tu...janji dengan anak saudara saya Zara..nak bawa dia sekali utk tengok sambutan hari kemerdekaan ni.



seawal pagi dah ramai orang....=))

Seawal jam 7.30 pagi, kitaorang dah sampai ke dataran. Tengok orang dah ramai menunggu dengan sabarnya. Mana yang datang awal, dapatlah duduk di bahagian hadapan....bangku disediakan. Disebabkan kitaorang ni datang lambat, maka berdirilah di mana2 tempat yang disediakan.... ehh...tak kisahlah...asalkan dapat tengok perbarisan tu dengan jelas.



KAMI bertiga



semangat nak kibarkan Jalur Gemilang



disetiap tempat ada pasukan perubatan nih....
manalah tahu...dalam kesesakan orang ramai ni...ada yang pitam ke....

Majlis sambutan hari kemerdekaan dimulakan tepat jam 8.15 pagi setelah ketibaan Sultan Perak.
Ada beberapa persembahan yang disediakan. Memang dapat tgk sipi2 jelahkan...sebab duduk jauh sikit dari pentas utama.

Dah habis persembahan2 semua tu, majlis diteruskan dengan perbarisan.
Wah....ni lah yang saya tunggu2....

Pertama, pergi sebab tak pernah tengok sambutan secara live....asyik dok tgk kat tv je kan....
kedua, pergi tu sebab nak bagi sokongan kat kawan2 saya yang masuk pertandingan dalam perbarisan kawad kaki.

Memula, perbarisan pancaragam daripada sekolah. Seterusnya perbarisan dari jabatan2 kerajaan. Dan masa tulah kawan2 saya yang mewakili daerah dok berhenti betul2 kat depan kitaorang.

Wahh...tengok wajah sorang2 serious betul. Saya dok panggil kawan2 saya yang dekat dengan saya...memang tak lah diaorang nak pandang kan....tak pe tak pe....janji saya bagi semangat kat diaorang.

Tak lama lepas tu, en suami ajak balik. Sebab dah lama sangat berdiri....kaki saya pun dah sakit... so..kitaorang jalan sikit sambil tengok perbarisan. So...dapatlah tengok kesemua kontijen2 dari badan2 kerajaan, sekolah dan pelbagai agensi2 yang terlibat.

Semuanya menarik perhatian yang hadir.

Alhamdulillah......Kontijen yang mewakili daerah Kinta berjaya mengekalkan kejuaraannya untuk tahun ini. Seperti tahun lepas, mereka juga juara.... Tahniah!!!

Ramai juga kawan2 saya masuk dalam perbarisan ni yang mewakili jabatan masing-masing. Dan secara tak sengaja juga, saya ternampak sepupu saya pun terlibat sama dalam perbarisan nih.....sempat jugak panggil2 nama dia...tapiii disebabkan depan belakang bising dengan bunyi pancaragam daripada sekolah yang terlibat, haruslah dia tak dengar saya panggil dia. At last, bila en suami saya check in dalam Fb...dia ada komen....tanya samaada saya nampak dia ke tidak....hehehe....

Itulah pengalaman pertama saya untuk tengok sendiri secara live sambutan hari kemerdekaan dan perbarisan. Kalau dulu masa kecil, mak dan abah setiap tahun akan bawa kitaorang adik beradik tengok kereta berhias kat pekan Ipoh....best betul masa tu tgk hiasan2 dengan pelbagai bentuk yang menarik dan cantik, satu per satu akan keluar dan berjalan secara perlahan mewakili jabatan masing2 dengan kereta berhias mereka. Selalu nya buat di waktu malam lah...sebab boleh nampak kecantikan hiasan lampu2 tu.....adoyaiii...kan dah teringat balik.... kenangan sangat.....hehehe...

Ok...ni gambar2 yang sempat saya ambil...



Pasukan Angkatan Tentera Malaysia.



Pancaragam daripada Pasukan Angkatan Tentera Malaysia



Inilah pasukan kontijen yang mewakili Jabatan saya



Pahlawan2 hebat



Seiring dan sekata =))



Antara kontijen favorite saya....Askar.....nampak sangat unik.





Pakcik nih masih bersemangat mengayuh basikal. Ni posmen dolu dolu nih....
Posto...posto.... =))





Dari Kinta Riverfront
Ehhh...kat Ipoh pun ada i-city jugak tauuu....



Basikal-basikal ini, adalah tarikan utama bagi pengunjung yang mengunjungi Kinta Riverfront nih aka i-city Ipoh nih...

Saya pun tak berpeluang nak naik benda nih lagii....Tunggulah bila ada masa terluang nanti....akan ku naik jugak basikal seperti nih....hehehe



Daripada persatuan berbasikal.
Tayar basikal tu besar...dah macam tayar motor =))



Daripada Persatuan motor2 kuasa tinggi...
Ramai sangat yang menyertai perarakan nih.... menarik sangat



Mungkin daripada persatuan motor2 lama...menarik jugakkk =))



Pos Malaysia dengan motorsikal yang baru



Askar pun ada motor jugak kee....baru ni saya tahu....hijau jugak kan....hehehe







Tahniah kepada kontijen Kinta!!


Selamat menyambut Hari Merdeka ke 58


#SehatiSejiwa =))





Terima kasih kerana membaca entry ini =))

No comments:

Post a Comment