Friday, October 30, 2015

MENGHARGAI PEMBERIAN

Assalammualaikum dan salam jumuah mubarakah.
Semoga hari yang barakah ini mendatangkan sejuta kebaikkan kepada kita semua.
Jom baca Surah Al-Kahfi.... =))

Hari ni saya nak share kisah di zaman Rasulullah dengan sahabat baginda tentang buah limau.
Hebatnya akhlak Rasullulah yang patut kita contohi.
Setiap peristiwa itu sebenarnya membimbing hati kita pada akhlak yang mulia.

Allah telah berfirman dalam surah Ibrahim ayat 7 yang bermaksud:

"Sekiranya kamu bersyukur, pasti Aku akan menambah (pemberian-Ku) kepada kamu, tetapi sekiranya kamu kufur sesungguhnya azab-Ku amatlah pedih"

Jom kita hayati kisah buah limau..




Suatu hari Rasulullah SAW didatangi oleh seorang wanita kafir. Ketika itu baginda bersama beberapa orang sahabat. Wanita itu membawa beberapa biji buah limau sebagai hadiah untuk baginda. Cantik sungguh buahnya. Siapa yang melihat pasti terliur. Baginda menerimanya dengan senyuman gembira. Hadiah itu dimakan oleh Rasulullah SAW seulas demi seulas dengan tersenyum.

Biasanya Rasulullah SAW akan makan bersama para sahabat, namun kali ini tidak. Tidak seulas pun limau itu diberikan kepada mereka. Rasulullah SAW terus makan. Setiap kali dengan senyuman, hinggalah habis semua limau itu. Kemudian wanita itu meminta diri untuk pulang, diiringi ucapan terima kasih dari baginda. Sahabat-sahabat agak hairan dengan sikap Rasulullah SAW itu.

Lalu mereka bertanya. Dengan tersenyum Rasulullah SAW menjelaskan

“Tahukah kamu, sebenarnya buah limau itu terlalu masam semasa saya merasainya kali pertama. Kiranya kalian turut makan bersama, saya bimbang ada di antara kalian yang akan mengenyetkan mata atau memarahi wanita tersebut. Saya bimbang hatinya akan tersinggung. Sebab tu saya habiskan semuanya.”

Begitulah akhlak Rasulullah SAW. Baginda tidak akan memperkecil-kecilkan pemberian seseorang biarpun benda yang tidak baik, dan dari orang bukan Islam pula.

Wanita kafir itu pulang dengan hati yang kecewa. Mengapa? Sebenarnya dia bertujuan ingin mempermain-mainkan Rasulullah SAW dan para sahabat baginda dengan hadiah limau masam itu. Malangnya tidak berjaya. Rancangannya di’tewas’kan oleh akhlak mulia Rasulullah SAW.

* Kita hendaklah menghargai pemberian orang lain walaupun pemberian tersebut bukan kesukaan kita. Ucaplah terima kasih dan terimalah dengan hati yang ikhlas dan terbuka kerana setiap pemberian adalah rezeki daripada Allah s.w.t .

kredit: Perkongsian Ghazali


Jangan mengharapkan kebaikkan dari orang
yang tidak mengharapkan kebaikan dari kita
lupakan jasa kita pada orang lain,
tetapi INGATLAH dan KENANGILAH jasa orang pada kita
Lupakan kesalahan orang pada kita
tetapi ingatlah kesalahan kita pada orang


 “Tidaklah berterima kasih kepada Allah sesiapa yang tidak berterima kasih kepada manusia!” Demikian sabda Rasulullah s.a.w. dalam hadis yang diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari dengan sanad yang sahih dalam al-Adab al-Mufrad, hadis no: 218. 
 
 
 
Terima kasih kerana membaca entry ini =))



Copy the BEST Traders and Make Money : http://bit.ly/fxzulu
“Tidaklah berterima kasih kepada Allah sesiapa yang tidak berterima kasih kepada manusia!” Demikian sabda Rasulullah s.a.w. dalam hadis yang diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari dengan sanad yang sahih dalam al-Adab al-Mufrad, hadis no: 218.

Copy the BEST Traders and Make Money : http://bit.ly/fxzulu

2 comments: