Monday, October 12, 2015

RASIONAL

Assalammualaikum dan salam kasih sayang.

Sedar tak sedar.... lagi 2 hari kita akan memasuki tahun baru Hijrah. Alhamdulillah....semoga Allah memberkati kehidupan kita dengan memberi kesihatan yang baik dan merahmati kita disepanjang usia.

"Gembirakanlah Allah dan RasulNya dengan mengikut perintahNYA
supaya dikala kamu di rundung malang Allah dan RasulNYA dapat menggembirakan kamu.
Biarlah kamu tidak cantik di mata penduduk bumi
namun namamu menjadi perbualan dan sebutan oleh penduduk langit"

Ok..hari ni nak berkongsi maksud RASIONAL dan sedikit penjelasan.

Rasanya dah lama tak menulis pendapat sendiri =))

RASIONAL
bermaksud alasan munasabah yang mendasari sesuatu tindakan, perbuatan atau pegangan, mengikut fikiran yang baik [sihat].

Boleh rujuk disini: Pusat Rujukan Persuratan Melayu PRPM

Kadang-kadang kita selalu bertindak mengikut perasaan. Jadi pentingnya pemikiran yang RASIONAL ini untuk men transformkan tindakan kita tu kepada tindakan yang lebih baik.

Sebab itu...setiap manusia perlu ada sifat SABAR... bila kita bersabar....akan hadir pertimbangan RASIONAL dalam diri kita...dimana kita akan fikir dua tiga kali sebelum bertindak. Akan ada dua pilihan samaada perkara yang kita bakal lakukan itu baik untuk diri sendiri dan org sekeliling atau akan merosakkan pemikiran orang lain. Boleh juga kita fikir...tindakan dan kata-kata yang bakal kita luahkan akan mengecilkan hati orang atau sebaliknya.... Jadi...RASIONALnya...kita harus pilih yang positif. Yang mendatangkan kebaikkan bukan sebaliknya.

Allah SWT berfirman :

يَاأَيُّهَا الَّذِينَ ءَامَنُوا اتَّقُوا اللَّهَ وَقُولُوا قَوْلاً سَدِيدًا* يُصْلِحْ لَكُمْ أَعْمَالَكُمْ وَيَغْفِرْ لَكُمْ ذُنُوبَكُمْ وَمَنْ يُطِعِ اللَّهَ وَرَسُولَهُ فَقَدْ فَازَ فَوْزًا عَظِيمًا

Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kamu kepada Allah dan katakanlah perkataan yang benar, niscaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan barangsiapa menta`ati Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar.

Surah Al-Ahzab : 70 – 71

Mudahnya.....pandai-pandailah jaga hati semua orang kalau melibatkan sensitiviti masyarakat. Boleh kalau kita nak cakap.....asyik nk jaga hati orang je tetapi hati sendiri sapa nak jaga...jawapan kepada persoalan itu..... hati kita Allah yang akan jaga jika kita yakin dengan DIA....jika kita dekat dengan DIA.... maka secara automatik.... orang lain juga akan menjaga hati kita....... itulah gunanya RASIONAL..... memang harus ada pada setiap manusia sebelum melakukan apa2 tindakan....

Memang betul....bukan mudah untuk kita pada satu-satu masa untuk berfikiran RASIONAL tambahan lagi kalau ianya melibatkan maruah diri kita dan keluarga.... Ada ketika manusia punya nafsu...kemarahan...keinginan...dan kadang kala..ianya terjadi tanpa kita sengaja.

Macam mana nak elak.... mudah saja...

(i) berzikir & beristighfar, seeloknya pegi la ambik wuduk ya....

(ii) berubah posisi kedudukan kita, cth: kalau duduk, kita berdiri....

(iii) cuba tanya pendapat orang yang kita percayai yang banyak memberi kata-kata positif pada kita cth: ibu atau ayah, adik beradik, suami, kawan baik etc. Elakkan memberitau kpd musuh kita atau orang yang kita rasa tak sesuai utk tahu pun.

(iv) banyakkan membaca perkara2 yang berfaedah yang memberi maklumat sahih....

(v) berfikir dahulu sebelum bertindak...sama ada keputusan yang bakal kita ambil tu betul atau tidak. dan paling penting....

(vi) banyakkan mendalami ilmu agama...jika kita dekat dengan Allah...maka..dengan sendiri akan hadir satu perasaan yang menghalang kita untuk bertindak yang mungkin akan mendatangkan mudarat pada diri kita, keluarga dan orang lain..

Sekarang ni zaman IT...maka banyak maklumat2 yang disebarkan melalui laman2 sosial nih... Ada juga yang baik..dimana... informasi yang kita perolehi itu ada ketikanya lebih pantas dari berita di TV. Ada informasi yang dulu kita tak tahu tetapi kita buat yang mana sebenarnya mendatangkan mudarat pada kita....sekarang kita dah tahu...dan harus berhenti dari meneruskan perbuatan kita....contoh...penjagaan anak...info tentang kesihatan....dan lebih menariknya tentang isu2 keagaamaan....seperti hadis....adanya hadis palsu.... bahkan....apa yang berlaku di luar negara pun...dengan pantas kita dapat tahu dulu daripada pihak wartawan..... betul lah kan...dunia sekarang tanpa sempadan.....

Namun....banyak juga yang negatifnya.... Mana yang tidak sepatutnya disebarkan...terus terusan disebarkan tanpa kaji selidik terlebih dahulu. Ini termasuklah hadis2 palsu yang terus di viral kan.... Nasiblah kita ada ahli2 agama yang juga turut berada dikalangan kita di dalam media sosial ini yang berdakwah melalui nya membetulkan keadaan...menjelaskan tentang penyebaran hadis2 palsu ni.....

Jadi...RASIONALnya disini.... kita kena pandai berfikir.......sebelum sebarkan pada orang lain.... harus dikaji kesahihannya.... jangan kita pulak yang menjadi pemanjang dosa2 tu....mengaibkan orang juga salah satu tindakan yang tidak RASIONAL.... walau sebesar mana kesilapan dia....jangan diaibkan dia...seburuk mana perangai dia....sebenci mana kita pada perwatakan dia..... please...jangan aibkan kata-katanya melainkan jika ia melibatkan bab agama....atau bahan bukti..... semua benda yang baik....boleh lah nak sharing is caring.....yang tak elok dan membawa dosa..takkan nak share sama kot dosa tu......hehehe....

Saya sendiri mengakui....saya pernah la share satu maklumat di dalam beberapa group whasap [bukan melibatkan hadis atau bab agama].... bila once sahabat saya tegur kata maklumat tu salah dan memberi maklumat yang betul....RASIONALnya...adakah perkara itu patut didiamkan atau kita berterus terang dengan maklumat yang sahih tu. Dah buat kesilapan....maka kenalah berdepan dengan kesilapan itu dengan memohon maaf dan bg sekali dgn maklumat yang betul... apa ada hal...tak jatuhnya maruah seseorang itu kalau dia meminta maaf. Dan pengajarannya disitu...i will never share sesuatu yang tak ada kesahihannya.....

Ada orang.....jenis yang tak boleh di tegur....kalau kita tegur benda yang betul...tang tang tu jugak nak sentap.... pulakkk dahhh...

RASIONALnya....pendapat sayalah... kita harus bgtahu info yang betul...memberi link yang betul untuk memudahkan orang menyemak kesahihannya..... minat atau tak minat....suka atau tidak suka.....dalam satu komuniti tu ramai yang minat atau suka...bukan ikut tekak dan fikiran sendiri je ya....

Suka atau tak suka pada sesuatu benda...... diamkan ajalah...tak perlu rasanya nak annouce pada satu dunia....awak suka ini...awak tak suka itu.....RASIONALlnya...jangan nak ikut kepala sendiri je ok.... sebab awak duduk di kelompok yang ramai..... jadi kena pandang diluar kepompong fikiran awak.....Kalau tak ada perkara yang nak di sembangkan....better diam...itulah sebaiknya. Jika kita dapat sesuatu berita kenalah kaji terlebih dahulu....reason tak sempat nak kaji....bukan satu reason yang baik.....itu satu...kalau melibatkan hadis...kan buta2 je awak dapat dosa..... jangan panjangkan sesuatu yang tak betul.... sepatah perkataan Nabi...kita salah sampaikan... dosa besar ye kawan2.... saya bukan ustazah...tapiii cuba nak jadi baik pun orang mengata jugak.....saya tegur kerana Allah.... suke tak suke.... itu terpulang lah....apatah lagi bila ia melibatkan halal dan haram..itu bukan perkara yang main2.......sebab mengharamkan yang halal itu lebih berat dosanya..... RASIONALnya....saya sayang awak sebagai sedara semuslim..sebab tu saya tegur...

Islam mengharamkan sama sekali perbuatan mengadakan hadis palsu seperti penegasan Nabi s.a.w dalam hadis mutawatir:

“Sesungguhnya berdusta ke atasku (menggunakan namaku) bukanlah seperti berdusta ke atas orang lain (menggunakan nama orang lain). Sesiapa yang berdusta ke atasku dengan sengaja, maka siaplah tempat duduknya dalam neraka”.

Rujukan: Facebook Dr. MAZA


وَلاَ تَقُولُواْ لِمَا تَصِفُ أَلْسِنَتُكُمُ الْكَذِبَ هَـذَا حَلاَلٌ وَهَـذَا حَرَامٌ لِّتَفْتَرُواْ عَلَى اللّهِ الْكَذِبَ إِنَّ الَّذِينَ يَفْتَرُونَ عَلَى اللّهِ الْكَذِبَ لاَ يُفْلِحُونَ

“Dan janganlah kamu mengatakan terhadap apa yang disebut-sebut oleh lidahmu secara dusta, ‘Ini halal dan ini haram,’ untuk mengada-adakan kebohongan terhadap Allah. Sesungguhnya orang-orang yang mengada-adakan kebohongan terhadap Allah tidaklah beruntung.”

Surah An-Nahl [16]: 116)

Kadang2...sebelum nak keluarkan sesuatu perkataan tu berfikir dulu...cari mana RASIONALnya kalau awak mengeluarkan sesuatu perkataan.....sometimes....perkataan yang awak guna tu bagi orang rasa...ehh..dia ni dah kenapa.... tapiii orang yang matang dan ada pertimbangan RASIONAL....dia tak akan lawan balik kata2 awak melainkan kalau melibatkan fakta dan agama..... bila diamkan.....perkara yang sama berlaku.... mungkin sebab itulah...budak2 tak sesuai masuk dikalangan orang2 dewasa ni....sebab pemikiran mereka ni masih ada tahap ketidakmatangannya.....hehehee.... fikir positif je lah.... tapii yang dah ada anak dua tiga orang pun.... ada ketika perangai sama je..... hehehe....

Ni berbeza kalau kita berlawak...tapii lawak pun ada batas nya jugak ye....

Jaga adab bermasyarakat tak kira dengan siapa kita berhadapan.....kerana ia adalah sebahagian dari agama...

Sampai takat ni dulu lah.....it just my 2cent je ok.....

Saya mohon maaf....mana yang tak betul...tolong perbetulkan..... =)))



Kredit : notainsan.blogspot.my





Terima kasih kerana membaca entry ini =))

2 comments: