Tuesday, December 29, 2015

BARAH PERUT

Assalammualaikum dan salam kasih sayang.

Nak buat entry ni ianya mengambil masa yang lama utk saya luahkan..... Hakikat sebenar harus kita tempuhi.....kita berada di dunia yang nyata.... saya berharap ianya sekadar mimpi... namun.... itulah reality nya... Allah menciptakan kita untuk memikul tanggungjawab sebagai seorang khalifah.... sekaligus menguji kita dengan ujian-ujianNya....samada kita lulus dengan ujianNya atau pun tidak...ianya bergantung kepada tahap keimanan kita padaNya.... InshaaAllah.... moga ujian dan dugaan ini dapat kami hadapi dengan keimanan yang utuh kepadaNya Rabbul'alamin...

Jujurnya...masa menaip ni...hati saya rasa sangat sebak dan sedih tak terkata.... sejak dari awal saya dapat berita nih.....sehingga kini...rasa macam tak percaya..... susah nak percaya sebenarnya....

Namun...itulah ketentuan Yang Maha Esa....Yang Maha Pecipta.....DIA merencanakan takdir setiap hamba2Nya....dan sebagai hamba....kita harus redha dengan ketetapanNya.

Menerima berita bahawa bapa saudara saya mengidap Barah Perut..... sebenarnya sesuatu yang pada awalnya...sukar untuk diterima. Perkataan Barah atau Cancer itu sendiri dah menakutkan saya...apatah lagii....ianya dihidapi oleh orang yang terlalu rapat dengan keluarga saya....bapa saudara saya sendiri.....

Sebagai hamba..... tidak harus tidak....nak bertahan hati dan perasaan...sekuat mana pun kita cuba berpura2 kuat....namun akhirnya.....berderai juga air mata saya..... namun...tidak dihadapan bapa saudara saya..... saya cuba bertahan....saya cuba bagi kata-kata semangat padanya..namun....hakikat sebenar.....jauh disudut hati saya.....saya mempersoalkan..kenapa dia....kenapa dia........ Subhanallah..... RASIONAL menghampiri saya....dan mengatakan..... .dia manusia yang paling baik yang pernah saya jumpa....yang menganggap kesemua anak2 saudaranya seperti anaknya sendiri.....dia akan ada dimana saja kalau kita memerlukannya.....dia tidak pernah merungut untuk membantu kami semua.....dan kerana semua kebaikkan itu jugalah Allah nak angkat martabatnya dan dia terpilih untuk menerima ujian yang Maha Hebat ini...... Allah mengatur segalanya...dan Allah jua yang akan memberi jalan penyelesaiannya....

Symptom awal:

Awal bulan Oktober, bapa saudara saya selalu tak sihat. Beliau cepat penat, hilang selera makan, berak berdarah dan last sekali beliau muntah darah. Ini mengakibatnya.....wajahnya kelihatan pucat akibat kehilangan darah hampir separuh dari badannya kerana hampir setiap hari akan berak berdarah dan kali kedua muntah darah yang banyak.
[muntah darah - keluar cecair yang bewarta hitam pekat
Berak berdarah - najis yang bewarna hitam pekat
- Jika ada 2 simpton ni....
sila ke hospital dengan kadar SEGERA supaya
rawatan awal dapat diambil]

Abang saya segera membawa bapa saudara saya ke Hospital untuk rawatan. Dan alhamdulillah..... tindakan segera pihak hospital....kesihatan bapa saudara saya kembali stable [doktor masukkan beberapa pine darah dan air kerana bapa saudara saya banyak kehilangan darah mengakibatkan tubuh badannya menjadi pucat.

Keesokkan harinya, doktor melakukan ct scan dan memasukkan camera ke dalam perut untuk confirm kan sama ada ulser atau ketumbuhan.

Result nya sangatlah menghampakan apabila doktor mengesahkan bahawa di dalam perut bapa saudara saya ada satu ketulan/ketumbuhan seperti cendawan dan ada banyak ketulan2 di sekeliling perut bapa saudara yang lebih kepada ketumbuhan yang bernama barah [ini andaian awal doktor kerana simptom nya lebih kepada cancer]

Masa mula2 mak saudara saya dengar penjelasan doktor...dan saya rasa sesiapa sahaja yang dapat tahu bahawa orang yang disayangi menghidapi penyakit yang bernama cancer ini.....pasti dan mesti akan rasa sedih........saya cuba pujuk mak saudara saya......hakikat sebenarnya......saya turut menangis dari jauh mendengar berita tersebut......saya cuba pujuk hati saya dan emak saudara saya.....itu baru andaian oleh doktor.... ketumbuhan tidak semestinya cancer.....namun kalau dah demikian takdirnya....yakinilah dengan takdir Allah..... pasti ada jalanNya...setiap penyakit pasti ada ubatnya...InshaaAllah.....kita doalah sama-sama agar itu hanyalah sebuah andaian....... [itu je mampu saya perkatakan....namun hakikatnya...saya sendiri tak kuat]

Setiap hari saya berdoa....dan terus berdoa...agar kesihatan bapa saudara saya kembali pulih seperti sediakala....

Tahap kesihatannya...adakala naik dan adakala menurun.

Bila diberi penjelasan oleh doktor tentang 90% kemungkinannya adalah cancer.... bapa saudara saya jadi seorang pendiam.... kami cuba meyakinkan dia.... bahawa...dia boleh sembuh sepenuhnya...asalkan dia kena kuat semangat.....

Alhamdulillah.... mungkin bukan hanya kami sahaja yang memberi kata-kata semangat.....anak2 saudara di sebelahnya, sahabat handai....yang terlalu ramai datang menziarahinya..... semuanya memberi kata-kata semangat padanya.....dan saya boleh mengukirkan sedikit senyuman bila ayah ali saya balik dari kl ke ipoh dan dari ipoh ke kl.....datang ke rumah kami untuk bersembang dengan mak dan abah.... nampak luarannya seperti orang yang tak sakit....boleh bersembang...boleh bergelak ketawa..... saya yakin.....ayah ali akan pulih.....InshaaAllah...

Start bulan Disember ni, tahap kesihatan bapa saudara saya semakin menurun. Beliau kerap ke hospital dan semakin lemah. Setiap malam PASTI suhu badannya meningkat kerana demam. Selera makan semakin menurun. Namun...kuatnya semangat beliau, dan atas sokongan emak saudara yang senantiasa berada disisinya, bapa saudara saya gagahkan dirinya dan kuatkan semangatnya untuk menjamah makanan. Alhamdulillah.

Baru-baru ni, bapa saudara saya sekali lagi dimasukkan ke hospital kerana berak berdarah. Pembedahan untuk membuang ketumbuhan yang semakin membesar di perut bapa saudara tidak dapat dilakukan kerana kata Dr yang merawat, takut terjadinya komplikasi kerana keadaan jantung bapa saudara saya juga tidak stable. Dan akhirnya, Dr. memberi kata putus bahawa, hari ini [jika diizinkan Allah], bapa saudara akan meneruskan rawatan chemotherapy di HKL bagi mengecutkan ketulan di perut tersebut dan InshaaAllah, jika ianya berjaya, barulah pembedahan dapat dilaksanakan. Bapa saudara saya menghidap cancer perut tahap 3 dan ianya lewat dikesan kerana kata Dr. mengikut pada saiz ketulan/ketumbuhan itu, ianya sudah hampir setahun.....Innalillah.....Subhanallah....Allahuakbar.....semoga Allah memberi kekuatan kepada emak saudara saya dan anak2nya untuk mengahadapi ujian Ilahi ini.....

Mulai saat saya mengetahui tentang penyakit cancer yang dihidapi oleh bapa saudara saya, saya mula alert dengan penyakit yang membunuh secara senyap ini. Banyak informasi yang saya cuba cari bagi membantu pesakit cancer ini. Antara ubat dan pemakanan yang sesuai untuk penyakit ni. Supaya bapa saudara saya lebih bertenaga dan ada selera makan bagi membantu beliau dalam menjalani rawatannya.

Beliau adalah insan yang paling sibuk jika ada dikalangan saudara mara saya yang ingin mengadakan kenduri kendara. Tidak pernah berkira masa untuk menghulurkan bantuan. Anak2 saudara dah macam anak2nya sendiri. Dan inilah peluang yang Allah bagi kepada kami untuk membalas jasa2 beliau kepada kami semua. Makteh dan ayah Ali saya nih antara pasangan yang romantik....dimana usia perkahwinan mereka sama seusia saya....amat mudah untuk saya mengingati ulangtahun perkahwinan mereka.....sebab tarikh nya selang 2 hari dari tarikh kelahiran saya..... dan untuk pengetahuan juga, mereka antara sumber inspirasi saya untuk menyabarkan hati kerana masih belum mempunyai anak. Mak teh dan ayah ali mampu bersabar selama 10 tahun sebelum ditakdirkan mempunyai anak. Mereka selalu memberi kata-kata perangsang kepada saya....

Baru2 ni saya menziarahi beliau di Hospital Ampang. Alhamdulillah.... kami sempat bersembang dan bergurau senda.......dan kami sekeluarga hanya mampu berdoa dan terus berdoa agar Allah mengurniakan kekuatan kepadanya untuk melawan penyakit ini.

Kepada pembaca yang budiman, tolong doakan bapa saudara saya agar terus kuat melawan penyakit cancer ini.....doakan semoga tahap kesihatannya semakin pulih...Allahumma Amin....


Rujukan: Wiikipedia.org [Barah_perut]
Rujukan: eatinghints.pdf
Rujukan: Diet dan Penyakit Kanser dari IKN







Terima kasih kerana membaca entry ini =)))


1 comment: